Thursday, December 31, 2009

Sowi...

Aktiviti hari ini sangat-sangat la membosankan...Selepas tidur seketika akibat menyaksikan kemenangan bergaya Arsenal pagi tadi, terus bergegas membuat kerja amal makruf nahi mungkar membersih cum mengemas kelas isteri kesayanganku.Aktiviti amal ini berlangsung sehingga jam 3.00 petang...[Ala-ala kerahan tenaga]...

Sedang asyik lunch [eh! iya ke lunch pukul 3.00 ], handphone berbunyi banyak kali. Bila tengok je, nombor yang keluar tu nombor rumah...Tension betul sebab sure alarm umah sedang berbunyi dengan banyak kalinya.

Actually, aku dah inform dekat company alarm ni tapi sampai sekarang x muncul-muncul lagi..Yang peliknya, alarm akan berbunyi berulang-ulang kali sekitar jam 3.00 hingga 4.00 petang sahaja...Waktu lain tak bunyik pon...Cuba kalau aku telefon cakap nak bagi duit ke...hadiah ke...sure berdesup datang...Lepas ni, aku dah tak nak cakap alarm ada problem. Aku akan cakap nak upgrade system alarm kat umah aku ni...kompom, dia orang datang as soon as posible...[Entah-entah, malam pun dia orang sanggup datang!!!]

Oleh yang demikian, besarlah harapan aku agar jiran-jiran aku mengamponkan dosa alarm aku yang berbunyi sebanyak beberapa kali sekitar jam 3.00 petang hingga 4.00 petang tadi yang menyebabkan anak-anak kecik menangis, bapak-bapak budak nak tidur pun tak dapat, ibu-ibu yang tak dapat meng'konsentret' sinetron indon...

So, to all my neighbours...SOWI ye...

Wednesday, December 30, 2009

1Malaysia..

1Malaysia versi Toyota, kete lambat datang didahulukan, kete aku dikebelakangkan..hampeh betul...Sengaja nak uji aku dengan menda-menda bodoh macam ni.Pressure betol...sakit hati bila tengok kete aku masih lagik tersangkut kat depan mata.Kete lain yang baru datang,terus dihantar ke bengkel kat belakang tu.

Bila ditanya, kejap bang.Kita tengah arrange ni. Kete dia orang pun actually park je kat belakang. Helloooo....Kalau kete dia orang, sekurang-kurangnya dah la jugak park dekat dengan mekanik yang nak buat servis tu...tuan punya kete tak la nampak kete dia lagik.tapi kete aku still kat tempat yang sama dimana aku park tadi.

Aku malas nak gadoh2...last2,aku jawab..suka hatilah...kalau nak park kat situ sampai pukul 11.00 pon tak apa....[Nota:sekarang baru pukul 9.55 pagi].Klaau ada la pusat servis kat area lain kat melaka ni, kompom aku dah bertukar....

Ya Allah, aku manusia lemah.Aku manusia hina. Aku manusia yang sebenarnya tahap kesabaran aku bukan tebal pon...sabar aku tipis je..ala ala nano...Kau permudahkanlah urusanku...Amin..

Monday, December 28, 2009

Warm Up...

Lama dah rasanya tak meng"update" blog ni. Semakin bercuti, semakin banyak aktiviti harian yang dijalankan...yang pastinya, segala aktiviti ini menyumbang kepada pengeluaran wang hatta ke tandas sekalipun...perlu juga dibayar...[sebab banyak masa kami tidak berada di rumah...jalan dan jalan dan jalan]

Mungkin, inilah masanya untuk menjana semangat serta mengembalikan tenaga-tenaga yang sudah hilang,membuang sisa-sisa malas yang ada.

Ada rakan yang bertanya tentang azam...Apa azam tahun baru...Pada tahun ini, azam yang paling utama ialah mendekatkan diri kepada pencipta...Jika azam ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, segala azam-azam yang berikutnya akan berjalan dengan lancar...InsyaAllah.

Friday, December 4, 2009

Interesting...

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

So,
H-A-R-D-W-O-R- K >> 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E>> 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But,
A-T-T-I-T-U-D-E >> 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you.

L-O-V-E-O-F-G-O-D >> 12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore,
one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and
Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Have a nice day & may Allah bless us!!!

Thursday, December 3, 2009

Peringatan 2

Takziah kepada jiran yang kematian isteri beliau malam tadi. Semoga roh isteri beliau dtempatkan digolongan orang-orang yang solehah.Kematian sebenarnya satu peringatan straight to the point kepada kita yang masih hidup. Ia amat signifikan dengan amalan yang mesti kita kerjakan.

Biasanya, pada akhir zaman,kita sering terlupa lalu sentiasa memikirkan tentang kewangan. Walhal, disebalik kemewahan dan nikmat dunia, kita biasanya meminggirkan amalan-amalan sunat yang perlu di "top up" bagi menambahkan amalan kita seharian selain amalan-amalan wajib yang mesti kita kerjakan.

Semoga ia dapat dijadikan peringatan serta motivasi diri sendiri untuk menghampirkan diri kepada Allah sehampir yang boleh. Kurangkan tidur dan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Pastikan semua kerja yang kita lakukan dimulai dengan niat yang tulus suci murni...

Kita tidak tahu bila masa kita akan dijemputNya. Malam sihat, mungkin siang sudang tiada. Siapa tahu? Hanya Allah yang mengetahui...Wallahuaklam.

Friday, November 6, 2009

NikmatNya

Kadang kala kita alpa. Kadang kala kita lupa. Walaupun telah diingatkan berulang kali. Inilah namanya manusia. Setiap kali teringat mati, barulah terasa betapa kita mesti mensyukuri apa yang kita peroleh selama ini. Manakan tidak. Kita dapat hidup aman, makan cukup, pakai cukup malah kadang kala ianya amat berlebihan. Inilah Malaysia.

Negara yang amat bertuah kerana kita sentiasa diselamatkan olehNya ketika negara lain ditimpa musibah.[merujuk kepada negara-negara jiran].

”Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”Begitulah makna pada surah Ar Rahman yang diulang berulang-ulang olehNya sebanyak berbelas-belas kali.Jika kita fikirkan secara logik, mengapa berulang-ulang?? Itu tandanya Allah sentiasa meminta kita supaya sentiasa muhasabah diri serta mensyukuri atas nikmat yang diberi olehNya.Segalanya merupakan nikmat.

Dalam surah al Kahfi, ayat 7 juga ada menyatakan,
” Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah di antara yang terbaik perbuatannya”. Namun, pada akhir zaman ini, masih ramai manusia yang menunjukkan seolah-olah mereka akan kekal di dunia ini, tamak, membuat segala kemungkaran . Hakikatnya, ia hanyalah pinjaman. Akhirat jua yang kekal selama-lamanya.

Nota: Catatan pada hari ini bukanlah catatan kepada orang lain namun ia hanyalah catatan untuk peringatan diri sendiri. Apa yang kita ada? Semuanya bergantung atas kehendakNya. Lemahnya kita. Tanpa kehendakNya, nak makan pun tak boleh...

Wednesday, November 4, 2009

Jasa

Semenjak kecil, kita ditatang bagai minyak yang penuh. Masih teringat lagik cerita-cerita abah tentang cabaran menjaga anak-anaknya. Bukan senang untuk membesarkan anak yang 9 orang.Kami bukan berasal dari keluarga senang. Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Abah dan arwah emak hanya bekerja sebagai penoreh getah. Jika hujan, maka tidak ada la hasil untuk keluarga kami.

Antara cabarannya yang tak boleh dilupa ialah semasa kak cik menghadapi masalah kulit di kepala. Waktu itu musim hujan. Nak makan pun susah inikan pula untuk pergi ke klinik. Akhirnya, arwah mak menggadaikan subangnya. Dapatlah RM30. Waktu itu, RM30 agak besar nilainya. Ia hampir sama nilai RM 50 pada masa sekarang.[agaknya la]...

Mungkin disebabkan kemiskinan, abang cik semasa usianya 12 tahun pernah mengikut tukang jual ubat dengan niat untuk membantu. Maahnya arwah mak bukan kepalang.Manakan tidak. Usia sebegitu bukanlah usia yang ideal untuk bekerja. Sepatutnya, usia sebegitu ditumpukan kepada pelajaran. Waktu it, abah bekerja sebagai buruh di Singapura. Mungkin, gambaran pekerjaan abah pada masa ini ialah seperti orang indon yang membuat bangunan di Malaysia...Akhirnya, abang cik akur dengan arahan mak agar tidak mengikut lagi Si Tukang Ubat...

Satu yang membanggakan saya ialah tidak ada seorang pun anak-anak abah yang tidak belajar setidak-tidaknya sehingga sekolah menengah. Maklumlah, pemikiran orang kampung kadang kala melawan arus. Ada yang berbangga kerana anak mereka sudah dapat membantu pada usia yang muda lagi.[Tidak masuk bersekolah tetapi bekerja mengambil buah sawit]. Saya bukan mengecil-ngecilkan pekerjaan ini tetapi pada pendapat syaa, ada baiknya tuntutlah ilmu terlebih dahulu agar lebih berjaya.

Alhamdulillah, walaupun anak-anak abah tidaklah berjaya sehingga menjawat jawatan yang besar-besar tetapi sekurang-kurangnya, anak-anak abah ini tidak lagi menyusahkan abah.Semuanya berjaya dengan kerjaya masing-masing. Pastinya, kami berjaya kerana doa abah dan arwah mak juga.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, kau tempatkanlah mereka di dalam syugaMu, SyurgaMu yang istimewa[meminjam doa Prof Hj Kamil],Kau jauhkanlah mereka daripada api neraka jahanam, Kau jauhkanlah mereka daripada siksaan azab kubur,Perkenankanlah doa hambaMu yang lemah ini"..

Friday, October 30, 2009

Niat

Apa jua perkara yang ingin dilakukan mesti dimulai dengan niat. Baru-baru ini,isteri bertanya sama ada aku ingin menyambung pelajaran atau tidak?Ye la, memandang ramai kawan-kawan sudah mahu meninggalkan tanah air tercinta. Ada juga juga yang membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam negara memandangkan telah banyak IPTA-IPTA buat masa kini.

Menuntut ilmu wajib atas tiap-tiap orang Islam. Namun, dalam keadaan sekarang, [pekerjaan sekarang juga keluarga], niat untuk menyambung pelajaran memanglah ada namun untuk menyambung secara sendirian, mungkin ianya tidak akan menjadi kenyataan. Banyak kekangan yang harus difikirkan.

Tetapi niat yang ada bukanlah untuk meneruskan bidang Fizik seperti ijazah pertama dahulu. Fokus kali ini mungkin lebih terarah kepada pendidikan.Sekarang pun, aku sudah mula memikirkan apakah tajuk yang sesuai andainya aku terpilih, bertanya-tanya kepada orang yang lebih berpengalaman serta berdoa kepada yang Esa.Itu sahaja yang aku termampu.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah laluan kerjayaku, Kaulah yang maha berkuasa.Amin".

Tuesday, October 27, 2009

Pertemuan

Minggu lepas, semasa berada di kampung, Kak Jang ada memberitahu yang dua pupu saya, Pn X mengajar di sekolah yang terlalu hampir dengan sekolah saya. Jaraknya lebih kurang 2 km sahaja. Walaupun sudah 2 tahun beliau di sana, perkara sebegini tidak pernah terlintas difikiran.

Untuk mendapat kepastian, saya bertanya dengan menghantar SMS kepada seorang kawan yang mengajar di sekolah yang sama. Balasan dari kawan td, "Ya, ada".Keesokkan harinya, Pn x memberi SMS kepada saya. Lebih kurang begini SMSnya,"salam dari Bukit Cina. Seronok dapat berkenalan dengan saudara mara lebih-lebih lagi berada jauh dengan keluarga"...Rupa-rupanya, kawan semalam memaklumkan pertanyaan saya kepada Pn X. Kami ada juga hajat untuk berjumpa selepas ini. Biasalah, sudah jauh ni, saudara la tempat berbual-bual berbinang masalah-masalah dunia..

Hari ini, semasa kursus penambahbaikan LDP, aku duduk di sebelah Cikgu Y,dari SK Bukit Cina. Beliau bukan S/U LDP tetapi hanyalah pengganti. Apabila sudah berbual-bual dan sudah mesra, rupa-rupanya beliau merupakan suami kepada Pn X. MasyaAllah, walaupun jarak tempat kerja saya dan beliau hanyalah 2 km, tetapi kami berkenalan sejauh 40km dari tempat kerja. Lokasinya di Kolej Komuniti Masjid Tanah.Indahnya kuasa Allah memakbulkan hajat kami untuk mula mengeratkan silaturrahim...

Thursday, October 22, 2009

Terkejut besar mula-mula baca tajuk Utusan Malaysia hari ni-"Minyak Petrol RM300 seliter". Ingatkan betul-betul.Rupa-rupanya, segala berbalik pada pegangan agama. Jika semua orang memegang agama sebagai landasan,semestinya perkara sebegini tidak akan berlaku. Negara akan aman. Ekonomi akan pulih dengan lebih cepat. Kemiskinan akan berkurang.[analisa orang biasa].Segalanya akan menjadi lebih baik.

Perkara begini membuatkan aku tersenyum sendiri. Mana mungkin harga minyak yang RM2.05 seliter [sekarang] di jadikan RM300 seliter. Mungkin juga, segalanya berbalik pada sikap tamak. Inilah sikap manusia akhir zaman agaknya. Harap-harap, aku tidak begitu. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifat-sifat mungkar sebegini.

Tuesday, October 20, 2009

Ketinggalan

"Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit isteriku,
Agar beliau dapat menjalankan segala tanggungjawabnya sebagai guru
guru yang sangat-sangat bertanggungjawab
Agar anak-anak muridnya tidak ketinggalan...
Amin..."
Ketinggalan...inilah yang diucapkan oleh isteriku tatkala berada dalam Kaunter Kecemasan Mahkota Medical Centre walaupun suh badannya mencecah 39.6 darjah celsius.
Semasa menanti jururawat sibuk melakukan pemeriksaan darah, X Ray dan sesi berjumpa doktor sebelum di hantar ke wad dan diberi antibiotik serta merta, banyak pesanan yang dipesan.
Maklumlah, segalanya tidak dirancang. Mulanya, hanya untuk ke klinik biasa. Namun, setelah suhu semakin meningkat sehingga hampir pitam, inilah destinasi yang paling tepat...cepat...
Pesanan beliau,
"Yang jangan lupa bawakan telekung renda kuning, pakaian, kain batik, baju panas, minyak panas dan charger". Jangan lupa tolong beritahu GB esok saya tak dapat datang." Macam manalah budak-budak saya. Exam dah dekat. Kalau saya tak ada, agak-agak dia orang buat ulangkaji tak yang?..."
Maklumlah, ajar darjah 1 memang ulangkaji biasanya terarah pada guru yang mengajar. Sebab itu biasanya guru darjah satu merupakan guru wanita. penyayang dan penyabar...sentiasa peka pada masalah ...
Em, dah sakit-sakit pun masih ingat tentang orang...itulah Cikgu Kartini.
Doaku,"Semoga Allah mudahkan kerja kita. Amin".

Monday, October 12, 2009

Peringatan

Khamis minggu lepas, seperti biasa bersolat zuhur di Masjid Al Azim. Apabila sudah terlewat, mesti sukar mencari parking. Akhirnya, terpaksalah aku parking di tempat yang agak jauh dari pintu masuk. Kebetulan, pintu yang terdekat mempunyai beberapa pili paip yang sedia untuk digunakan khusus untuk membasuh kaki mahupun mengambil air sembahyang tetapi tiada berbumbung.

Disebabkan tempat mengambil wuduk utama agak jauh, aku membuat keputusan untuk mengambil wuduk di pili yang disediakan ini sahaja. Disebabkan cuaca yang panas terik, akhirnya aku terpaksa membatalakan untuk mengambil wuduk di situ kerana air yang keluar daripada paip ini terlalu panas. Macam mana nak mencurahkan air yang panas ini ke muka??? Mau melecur dibuatnya...

Akhirnya, terpaksalah mengambil wuduk di tempat wuduk utama walaupun memerlukan perjalanan yang agak jauh...

Hari ini, walaupun cuaca agak panas, air paip yang digunakan untuk mengambil wuduk tidak terasa pun kepanasannya.

Pengajaran: Air yang panas sedikit sahaja pun, kita tidak boleh tahan darjah kepanasannya...Inikan pula kepanasan api neraka. Oleh itu, adakah kita masih lagi berani untuk melakukan perkara-perkara mungkar di muka bumi ciptaanNya? Peringatan hari ini Allah tujukan kepada aku dan ianya boleh dikongsi bersama.Semoga kita mengambil iktibar dari sedikit peringatan tadi...

Friday, October 9, 2009

Kita masih istimewa dan bernilai..

Seorang pensyarah berdiri di hadapan kelas. Beliau mengeluarkan sekeping wang kertas bernilai RM50. Kemudian dia bertanya kepada pelajar-pelajarnya.

"Siapa mahu wang ini?"

Kesemua pelajar mengangkat tangan.

"Saya akan beri wang ini kepada salah seorang daripada kamu tapi biar saya buat begini dulu kepada wang kertas ini".

Pensyarah itu lalu merenyukkan dan menggumpal wang kertas tersebut.

"Sekarang siapa yang masih mahu wang kertas ini?" tanya pensyarah itu kepada pelajar-pelajarnya.

Masih ada yang mengangkat tangan. Bukan senang nak dapat RM50 secara percuma. Kemudian pensyarah tersebut menjatuhkan wang kertas yang bergumpal itu ke lantai lalu memijak dengan kasut. Wang kertas itu sekarang menjadi lebih teruk keadaannya dari tadi, bergumpal dan kotor.

"Ada sesiapa yang masih mahukan wang kertas ini?"

Sungguh hairan, masih ada yang mengangkat tangan, bermakna masih ada yang mahukan wang kertas yang telah bergumpal dan kotor itu.

"Wahai pelajar-pelajarku, kamu telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai hari ini, lebih bernilai dari wang kertas ini. Tidak kira apa yang telah saya lakukan kepada wang kertas ini tapi kamu masih mahukannya kerana kamu tahu nilai wang kertas ini tidak berubah walaupun keadaannya sudah menjadi teruk begini. Nilainya tetap RM50".

Sesungguhnya dalam kehidupan kita samada kita sedar atau pun tidak, kita pernah mengalami kejatuhan, kerenyukan dan disalut oleh debu-debu kekotoran disebabkan kesilapan yang kita lakukan atau disebabkan persekitaran yang tidak begitu meransang kita ke arah positif. Keadaan ini boleh menyebabkan kita berputus asa dan merasakan diri kita tidak berguna.

Walau seteruk mana sekalipun keadaannya, kita mesti selalu ingat dan sedar bahawa kita masih bernilai dan nilai diri kita tidak pernah hilang. Bersihkan diri dari kekotoran, lurutkan diri dari segala renyukan dan gumpalan dan ingatlah kita masih bernilai kepada orang-orang yang kita sayang dan orang-orang yang menyayangi kita .

[sumber: amalan harian]

Thursday, October 8, 2009

Jamuan Makan

Malam semalam, sedang kami menonton televisyen, tiba-tiba telefon berbunyi.

Tini : Assalamualaikum.
Pemanggil: Waalaikumsalam. Tini, ni Abang Sarip. Kita orang nak datang umah kau malam esok.
Tini: Ok.
Pemanggil : Dalam pukul 9.00 kami sampai.

Kami pun berbincang. kata orang, Orang datang membawa rezeki. Memandangkan hari Rabu merupakan hari bekerja, maka kami tidak sempat menyediakan banyak makanan. sekadar mana yang terfikir saja. Saya terus menelefon abang Sate untuk memesan sedikit Sate Ayam. Setakat ni, sate ayam abang ni tidak mengecewakan.

Then, kami plan untuk masak sup ayam serta celur mi hun. So, ala-ala mi hun sup la...Tu je yang boleh sebab masa sangat limited.Nama pun plan,masa jemput Tini selepas balik sekolah tengah hari tadi, Tini mengajak aku ke Mydin untuk membeli 2 ekor ayam.

Tini: Jom g Mydin sekejap. Saya nak beli 2 ekor ayam, beberapa biji tomato, salad, timun dan kiub ayam. Saya nak buat nasi ayam...Malas nak bising-bising, kami pergi ke Jaya Jusco dan lepas tu terus ke Mydin.[Cepatnya berubah...]

Akhirnya, nasi ayam yang dibuat mendapat pujian...habis tanpa baki [ayamnya] manakala nasi hanya sedikit lebihan...
Nota: Kalau makan nasi lebih tu pun tak kenyang...

Semoga kedatangan anda semua dapat memeriahkan kehidupan kami serta menceriakan suasana di Bulan Syawal. Terima kasih kerana sudi hadir. Maaf jika ada kekurangan.

Friday, October 2, 2009

Istiqamah

Beli kereta, mesti yang berkualiti tetapi ia mesti mengikut kemampuan. Beli rumah, mesti yang sedap mata memandang tetapi juga perlu mengira kemampuan bayaran bulanan. Beli pakaian, kita juga biasanya memilih yang sedap mata memandang tetapi juga perlu mengikut keperluan serta kemampuan supaya tidak ter"over" budget. Seperti kata pepatah melayu, alah membeli,menang memakai.Namun, pepatah ini juga perlu dilihat. Ukur baju dibadan sendiri...

Ia normal. Namun, situasi di atas tidak lengkap jika kita tidak kaitkan dengan diri kita. Ini yang lebih penting. Setiap hari, aku berazam untuk menjadi seorang muslim yang baik. Berazam dan berazam. Dugaan??Mana ada perkara yang tidak ada dugaan dan cabaran. Hendak pergi kerja pun ada dugaan...liatnak bangun. Nak makan pun kadang-kala ada dugaan. Mulut pecah...(ulser mulut). Dan banyak lagi.

Namun, dugaan yang paling sukar ialah dugaan mendekatkan hati dan diri kita ke jalan Allah.Aku berazam untuk membaca Al Quran sekurang-kurangnya 2 helai setengah setiap hari, membaca Buku Hadis Fadailul Amal selepas solat magrib serta membaca tafsir Al Quran selepas solat Isya'. Aku juga berazam untuk solat selepas mendengar azan berkumandang. Aku juga berazam bersolat di masjid sekurang-kurangnya 2 waktu sehari. Berazam untuk bangun sepertiga malam..Bkan untuk menonton bla tetapi untuk mendekatkan diri pada yang Esa.Juga berazam untk menjadi muslim yang baik dengan amal maaruf dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

Ianya nampak mudah. Namun cabaran yang paling tinggi ialah sejauh mana amalan yang diazamkan ini di"istiqamah"kan???

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Tolonglah hambaMu ini. Aku insan yang lemah. Hanya Engkau yang berkuasa. Amin..."

Thursday, October 1, 2009

Empat Ringgit

Seperti biasa, solat Zuhur di Masjid Al A'zim. Selepas selesai solat, aku didatangi oleh seorang lelaki tua. Beliau menceritakan kisahnya. Beliau tinggal di Bukit Rambai Melaka. Beliau datang ke sini bersama rakannya. Rakannya telah meninggalkannya dan beliau tiada wang untuk balik ke rumah.

Otak aku ligat berfikir. Betul atau tidak apa yang telah diceritakan? Adakah ianya hanya alasan. Jika aku seperti beliau, mustahil untuk mengikut rakan ke suatu tempat tanpa membawa wang walau sedikit pun. Selepas itu, aku bertanya, berapa tambang untuk pulang ke Bukit Rambai? Beliau pantas menjawab, empat ringgit.

Aku pun memberi seperti yang dikehendaki. Dalam hatiku, nilai empat ringgit tidaklah begitu besar. Kita tidak akan jadi papa jika bersedekah dengan nilai yang kecil itu. Jika benar cerita pakcik ini, mungkin aku telah bersangka buruk terhadap beliau. Maafkan aku wahai pakcik Bukit Rambai.

Namun, jika nilai empat ringgit itu bukan untuk tambang yang diceritakan, aku halalkan. Pendapat aku, jika bukan untuk tambang, mungkin ianya untuk makan. Menolong orang di masa kesusahan adalah kewajipan kita.Aku juga pernah hidup susah. Aku bukan dilahirkan daripada keluarga kaya raya. Bapaku dan arwah ibuku merupakan penoreh getah yang membesarkan lapan orang anak.

Semoga pakcik ini selamat sampai ke rumahnya, InsyaAllah.

Wednesday, September 30, 2009

18 SX

Teringat satu persoalan tapi bukan daripada aku. Ianya keluar daripada mlut kawan aku tapi aku dah lupa siapa. Kenangan ni waktu kami berada di sekolah rendah. Main baling selipar, main rondas, main galah panjang dan macam-macam lagi. Tiap-tiap hari, mesti ada aktiviti yang dibuat. Biasalah, budak kampung....

Masa lepas main, ada seorang kawan ni buat soalan yang aku langsung tak sangka.

Kawan 1:
Kenapa orang putih bila cium perempuan je cium kat mulut. Dah la tu, cium lama pulak tu?Biasanya kan mak-mak kita akan cium kat pipi...

Aku tak tau nak bagi idea apa.Tapi kawan aku yang lagi sorang ni ada jawapan...

Kawan 2:
Orang lelaki tu nak bagi gula-gula dalam mulut dia kat perempuan yang dicium tu la. sebab tu dia cium kat mulut lama-lama..

Kawan 2 aku ni jawab dengan penuh yakin....

Aku pun fikir???Mungkin betul jugak jawapan kawan aku ni...(Budak-budak le katakan...)

Sekarang?? Aku hanya mampu tersenyum sorang-sorang macam kerang busuk apabila teringat jawapan daripada kawan aku ni....Lawak-lawak...Ianya lawak 18SX...hahhaha

Tuesday, September 29, 2009

Prof Noh

Semua budak UMS mesti kenal dengan Prof Noh ni. Nak-nak lagi budak Fizik. Nak dijadikan cerita, aku ngan Juwe plan la nak jadikan Prof Noh sebagai supervisor final year project.Maka, kami pun pergi ke Canselori untuk berbincang mengenai tajuk yang dipilih. Kami pergi dengan penuh semangat. Pukul 6.30 pagi lagi, kami sudah tercegat di hadapan bilik Prof Noh. Maklumlah, bukan senang untuk berjumpa dengan TNC Universiti (ketika itu..). Kini, beliau menjadi NC di Uitho, Parit Raja, Johor.

Maka, bermulalah detik yang ditunggu-tunggu. Juwe memulakan hajatnya tentang project yang dicadangkan. Maka, bermulalah detik ditembak...Aku pun tak ingat betapa syahdunya Juwe ditembak. Kalau budak Fizik, mesti faham sikap Prof Noh yang suka berterus terang dan menyindir dengan tajam. Pernah satu ketika, rakan kami dinasihatkan agar berhenti dari pengajian akibat tidak tahu suhu minimum peti ais. Merah padam muka kawan tu...

Habis je Juwe, aku pun memulakan topik. Aku menceritakan yang aku ingin membuat projek berkenaan dengan kegravitian. Satu soalan mudah dari Prof Noh.

PN: Berapa nilai graviti?
Aku: 9.81 prof.
PN: 9.81 tu di Geneva. Nilai graviti tidak sama mengikut tempat. Jika anda hanya mengetahui nilai graviti di Geneva hanya berdasarkan pembacaan yang sedikit, saya rasa baik anda menukar tajuk.

Terkedu aku. Aku setuju yang kami tidak membuat homework pun tentang tajuk yang dipilih. Kami cuma ingin guide la kononnya bagaimana untuk memulakan project ini, apa yang perlu dibaca, apa objektif khusus project, apa hasil yang dijangka, perlukah perbincangan bersama jabatan mineral dan banyak lagi....

Semangat kami jadi punah. Malu pun ada jugak. Silap sendiri. Akhirnya, aku mengambil Prof Fauziah Aziz sebagai supervisor. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat A- dalam project ini hasil daripada tunjuk ajar beliau serta kawan-kawan.

Sesungguhnya, pengalaman berjumpa Prof Noh merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Ia membuatkan semangat untuk berusaha semakin tinggi hanya untuk membuktikan yang tanggapan Prof Noh salah. Apa pun, Prof Noh, Prof Fauziah dan kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Nota Kaki:Untuk membuat sesuatu, perlu ada ilmu.

Monday, September 28, 2009

Sekolah

First day masuk keje ni cukup memboringkan. Masa cuti, semua ok. Tak pulak risau dengan macam-macam kerja yang perlu dihantar. Masa nak pergi sekolah pulak, cuaca sangat menggalakkan untuk tidur. Hujan renyai-renyai. Dugaan...

Apabila sampai di sekolah sahaja, sel-sel otak dalam kepala seakan-akan mula befungsi membayangkan apa yang perlu dihantar pada hari ini.Keadaan yang pada mulanya cukup memboringkan (secara jujur, bukan boring tetapi malas...), bertukar sekelip mata. Segalanya berpunca dengan kesibukan menyiapkan kerja.

Saturday, September 26, 2009

Kak Nita

Hari ini kami ( aku dan isteri) pergi ke Hospital Melaka. Tujuannya hanya untuk menziarahi sahabat lama yang telah dimasukkan ke sini akibat penyakit kencing manis. Sayu hati apabila mendapat sms daripada Rujita (sorang lagi sahabat tempat kerja lama) menceritakan penderitaan Kak Nita yang sudah terlantar di ICU.

Actually, berita ini aku terima pada bulan lepas. Tapi bulan lepas aku terlampau sibuk menguruskan isteri yang baru menjalani pembedahan, akhirnya kami meneruskan niat kami pada hari ini. Setelah sampai di Hospital Melaka, kami sibuk mencari hingga akhirnya kami meminta bantuan seorang petugas di bahagian pendaftaran. Akhirnya, hajat kami tidak kesampaian kerana Kak Nita telah dibenarkan pulang ke rumah.

Walaubagaimanapun, kami ingin mendoakan agar Kak Nita sembuh daripada penyakit yang dihidapinya. Bersabarlah, ia hanya dugaan daripada Yang Esa.Ia terbukti dengan janjiNya pada surah Al Baqarah, ayat 285

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kau sembuhkanlah penyakit sahabat kami ini, Nita binti Talib,
Janganlah Kau tinggalkan saki baki penyakit beliau ini,
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya,
Agar beliau dapat mendidik anak-anak muridnya,
berjaya di dunia dan di akhirat.
Amin."

Thursday, September 24, 2009

Kelemahan Hari Raya

Sebenarnya, tahuk di atas perlu diperbetulkan.Bukan kelemahan hari raya tetapi kelemahan kita semasa hari raya. Ia di petik dari website Ustaz Zaharuddin . Semoga dapat dijadikan panduan khususnya pada diri sendiri yang banyak kelemahan ini.

Secara ringkas, saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat
Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Semoga ianya dapat dihindarkan dan dijauhkan sama sekali oleh kita.Amin...

Wednesday, September 23, 2009

Jiran

Kami tinggal di kawasan rumah teres 2 tingkat. Mesti ada 2 jiran. Satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Alhamdulillah, kami mendapat 2 jiran yang baik. Satu berbangsa Cina manakala satu lagi berbangsa Melayu.



Jiran yang berbangsa Melayu tinggal di sebelah kanan. Namanya Encik Amir. Seorang pensyarah Universiti Teknikal Malaysia (Utem). Orangnya tidak banyak bercakap tetapi baik orangnya. Walaupun kami tinggal bersebelahan, berkongsi dinding namun kami jarang berjumpa. Ini kerana waktu abis keje antara kami berdua pun berbeza. Kebiasaannya, kami akan berbual apabila terserempak jika ingin keluar rumah.



Pada aku, situasi begini agak baik kerana kadang-kala, jika perhubungan terlalu rapat, ia akan menyebabkan mudah terkecil hati.



Jiran sebelah kiri pula bernama Molly. Agak peramah. Aku sering lama duduk di dalam kereta apabila Pn Molly terjumpa dengan isteri aku kerana banyak cerita yang ingin diceritakan. Pn. Molly seorang jiran yang sangat caring. Beliau selalu memberi ole-ole kepada kami. Semasa isteri aku akit perut, beliau datang bersama-sama dengan buah anggur serta pil sengseh. Semasa wife aku admitted di MMC, beliau bersama suami datang menjenguk bersama dengan buah tangan. Semasa hari raya, beliau memberi kami hamper dan yang paling penting, apa jua hal berkaitan dengan keselamatan rumah, beliau sering memberi info berguna kepada kami.



Aku tersangatlah bersyukur mendapat jiran yang baik seperti beliau. Bukan senang untuk mendapat jiran yang baik serta tiada perasaan hasad dengki seperti kedua-dua jiran ini.



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kekalkanlah hubungan baik kami sesama jiran.

Kau berikanlah rahmat dalam perhubungan kami ini.

Kau jauhkanlah kami daripada berselisih faham.

Amin, Ya Rabbal A'lamin..."

Tuesday, September 22, 2009

Agenda Utama

Tahun ini, kami beraya di rumah Batu Pahat pada Hari Raya Pertama dan Kedua.Ramai adik - beradik berkumpul, bertukar-tukar cerita dan bertukar-tukar pendapat selain memohon ampun dan maaf.

Sudah menjadi kelaziman bagi keluarga kami, pada malam raya pertama, kami bergotong-royong menyediakan juadah serta mengadakan majlis tahlil anak beranak. Selepas tahlil, kami akan bermaaf-maafan sambil mengalunkan selawat beramai-ramai serta menjamu selera. Menu kegemaran kaum Banjar ialah ayam masak gaul. Yum yum yum...Tapi menu ini tidak begitu digemari oleh kebanyakkan menantu. Hem...sebab menu ini sebenarnya gabungan ayam rebus dicampurkan dengan susu cair dan digaulkan bersama timun yang dihiris nipis, hirisan bawang merah serta hirisan tomato.Oleh yang demikian, menu ini agak ganjil dan ia biasanya hanya menjadi kegemaran untuk orang yang berbangsa Banjar sahaja. Hehehe. Buat menantu, mereka lebih gemar makan menu biasa seperti rendang, nasi himpit, ketupat serta ayam masak merah.
Semoga budaya bertahlil ini akan menjadi acara tradisi setiap tahun...

Pada hari raya kedua, ramai orang pergi menziarahi sanak-saudara. Namun, bagi keluarga kami, kami akan bergotong-royong membuat suatu kerja yang hanya boleh dilakukan jika ada ramai orang sahaja. Em, inilah masanya. Selepas sarapan ubi kayu rebus lawan dengan sambal tumis serta ikan kering...terliur rasanya...kami bergotong-royong membersihkan saki baki jambatan kayu di hadapan rumah yang telah usang. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang telah bertungkus lumus menyelesaikan tugasan dengan jayanya.

Thursday, September 17, 2009

Kereta Idaman

Suatu ketika dahulu, aku tak terfikir yang aku mampu membeli sebuah kereta yang aku idamkan. Ye la...Dahulu, pegi sekolah pun naik bas.Kalau lambat, kena berdiri sampai sekolah. Masa matrik, ramai orang yang pergi dihantar manakala balik dijemput. Tapi, aku masih lagi menaiki bas. Cuma masa belajar kat Ums je, apabila balik ke kampung, tak boleh naik bas. Gila hapa nak naik bas untuk merentas Laut China Selatan tu. So, terpaksalah aku menaiki kapal terbang tetapi diakhiri dengan menaiki bas untuk sampai ke kampung halaman.

Macam dah lari topik je. Sejak dua menjak ni, aku selalu lari daripada topik. Mungkin sebab semangat raya yang tinggal tidak berapa hari lagi. Mungkin juga disebabkan bulan bonus bagi umat Islam hampir sampai ke penghujung.Sebenarnya, aku ingin menceritakan kereta idaman aku dari kecil hingga sekarang. Tapi, pada aku, idaman mesti realistik.Janganlah idamkan yang di luar daya akal fikiran kita yang normal ni.

Kereta idaman semasa kanak-kanak


Kreta masa kartun transformer...waktu ni fikiran belum realistik kot...

Kereta Idaman semasa sekolah rendah


Kereta Idaman semasa sekolah menengah


Dah mula minat 4X4 kononnya...

Kereta Idaman semasa Kat UMS

Yang ni aku konpius gila....apasal aku cuma idamkan Wira aje..Mungkin semangat cinta akan negara ...hahhaha

Kini dan ini bukan idaman...ini ialah kenyataan

Alhamdulillah...Ini aje yang mampu ..

Tapi sebenarnya, jika kita impikan sebuah kereta tu, apabila kita dah menggunakannya, kita akan mengimpikan kete yang lain pula. So, tak yah la nak membazir. Kete semuanya sama je. Bezanya, lambat ngan cepat je....

Tuesday, September 15, 2009

Balik Kampung...

Kadang kala, semangat raya meruntuhkan amalan bertolak ansur suami isteri. Ada yang gaduh-gaduh apabila memilih tempat mana yang dipilih untuk balik raya. Alhamdulillah, pengalaman kami suami isteri tidak begitu.

Alhamdulillah, aku dikurniakan isteri yang memahami. Harap-harap sifat 'understanding' ini berterusan sehingga bila-bila. Pada tahun ini, untuk puasa terakhir, raya pertama dan raya kedua adalah di Batu Pahat. Kami mengamalkan sistem giliran tetapi semuanya juga bergantung kepada keadaan. Kadang-kala, kita tidak perlu terlalu mengikut dengan sistem seperti ini. Sistem yang dibuat oleh mansia penuh dengan kelemahan. Allah jua yang maha kuasa dan maha mengetahui.

Pada hari raya ketiga dan keempat, kami akan berada di melaka atau dengan lebih tepat lagi, di rumah mertua. Begitulah keadaannya bertukar-tukar setiap tahun. Sikap tolak ansur ini akan membuatkan kasih sayang antara kami berdua subur dan makin subur.

Bak kata ustaz masa kursus kahwain dulu, "Apabila kita berkahwin, kita berkahwin dengan keseluruhan familinya sekali. Jadi, semuanya perlu diurus dengan sebijak-bijaknya, seadil-adilnya supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Selamat hari raya, maaf, zahir dan batin untuk semua.

Sunday, September 6, 2009

Semoga Berjaya

Kepada murid-murid aku, Selamat menjawab soalan peperiksaan, jangan cuai, jangan buang masa dan jangan terlalu yakin. Bagi yang beragama Islam, berdoa dan bertawakal lah...Semoga Allah memdahkan segala urusan kita. Amin...Untuk semua, semoga anda berjaya...

Friday, September 4, 2009

Kasihan Isteriku...

Akhir-akhir ni, aku tidak ada masa (ataupun mungkin aku buat keje lambat...hehhehe). Pag, bangun sahur,panaskan semula lauk-lauk buka kemudian masak bubur untuk isteri tercinta.Ia lah kan, selama ni, beliau je yang masak...Kesian, dah seminggu makan masakan aku yang tidak sedap...Sebelum ergi sekolah, aku akan menolong beliau untuk mandi.

Apabila ada masa lapang je (gap 2 masa), aku akan bergegas ke rumah untuk membantu isteri pergi ke tandas untuk membuang air besar. Badan beliau masih lemah dan masih belum boleh membongkok. Kemudian, bergegas semula ke sekolah. Terima kasih kepada pentadbir sekolah yang memberi kelonggaran kepada aku.

Apabila waktu balik sahaja, aku bergegas semula ke rumah, bantu beliau untuk ambil air sembahyang. Kemudian, pastikan beliau makan ubat, masak sayur, masak nasi dan mencari juadah pemanis mulut untuk berbuka puasa.

Ada lagi tugas sampingan. Basuh baju, kemudian sidai baju-baju itu di ampaian serta basuh pinggan yang telah digunakan.Emmmmm, baru aku sedar selama ini penatnya menjadi isteri...

Mungkin, inilah masanya untuk aku membalas jasa kepada beliau.

"Ya Allah, Kau sembuhkan penyakit isteriku ini. Janganlah kau tinggalkan saki baki penyakit beliau. Ya Allah yang Maha Berkuasa, Kau cepatkanlah sembuh luka-luka dalam perut beliau. Amin Ya Rabbal A' Lamin..."

Sunday, August 30, 2009

Dugaan Ramadan

Sudah lama aku tak meng"update" blog ini. Sebabnya, aku tiada mood untuk meng"update"nya sebab terlalu risau. Apa yang aku risaukan? Ini yang aku katakan dugaan.

Dugaan pertama. Sudah tentulah murid-murid aku sebab mereka kelihatan belum sedar dan bersedia sepenuhnya walaupun UPSR sudah hampir tiba.Masih ada yang ponteng, masih ada yang membuang masa tidak tentu hala semasa guru tiada serta masih ada yang tertinggal buku semasa P&P dijalankan. Jika begini, adakah dikatakan mereka sudah bersedia? Adakah guru boleh melelapkan mata dengan lenanya? Sudah tentu jawapannya tidah.

Harapan aku agar mereka tidak membuang masa semasa waktu cuti ini. Seharusnya, waktu cuti selama satu minggu ini dijadikan masa yang amat berharga untuk mengulangkaji pelajaran dan menyangkal dakwaan aku sebelum ini.

Dugaan keduan. Berbalik pada rutin harian semasa cuti ini, aku sedih kerana walaupun kita sudah berpuasa selama 9 hari, namun aku belum dapat berbuka bersama abah di kampung. Mulanya, aku rancang untuk balik kampung selepas PTK pada hari Khamis. Namun, rancangan itu terpaksa ditunda ke tarikh yang lain kerana isteri tercinta terpaksa menjalani pembedahan appendiks ( aku pun tak tau betul ke tak ejaannya) pada hari Khamis. So, proses pemulihan selepas pembedahan sudah pasti mengambil masa.

Dugaan ketiga ialah agar aku dapat berkhidmat kepada isteriku semasa proses pemulihan ini dengan penuh sabar dan ikhlas. Aku sedar, ini hanya dugaan kecil daripadaNya.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau permudahkanlah segala kerjaku, Kau sembuhkanlah penyakit isteriku dengan cepat serta Kau mudahkanlah semua muridku agar dapat menjawab soalan Bahasa Malaysia semasa UPSR kelak khususnya dan menjawab soalan semua subjek dalam UPSR kelak amnya. Kau jadikanlah semua muridku murid yang cemerlang keputusan UPSRnya serta terpuji akhlaknya. Amin...

Wednesday, August 5, 2009

Puasa atau Tidak??

Pada Hari Isnin yang lepas, Cikgu Tan Lai Moi ada berbincang dengan aku tentang belanja makan. Actually, aku pun ada terfikir untuk berbincang tentang hal ini. So, dalam perbincangan itu, kami telah memilih samada Hari Khamis atau Hari Jumaat.

Aku sebenarya malas untuk menyusahkan benda yang mudah. Kenapa memilih dua hari ini?Kenapa tidak pilih hari Isnin ke?Selasa ke? Rabu ke?Jawapannya simple...Sebab hanya hari Khamis ataupun hari Jumaat sahaja, semua warga SJKC Siang Lin ada di sekolah. Ustazah pun ada pada kedua-dua hari ini. Jadual aku dan Cikgu Tan Lai Moi pun tak pack sangat. So, senang la nak menguruskannya.

So, kami pun memilih hari Khamis. Lepas tu je, baru aku teringat. Kalau boleh dan diizinkanNya, aku nak puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Emmm, perlukah aku mengubah tarikh dan bagi tau pada Cikgu Tan Lai Moi. Akhirnya, aku malas nak bincang tentang pengubahan tarikh ini sebab takut-takut Cikgu Tan Lai Moi dah tempah semua makanan itu. So, aku redha...

Pada hari ini, Cikgu Tan Lai Moi datang berjumpa aku.

Cikgu TLM: Cikgu, kita tak jadi buat esoklah...Esok GB tak ada.Kita buat pada hari Jumaat.
Aku: OK.No problem...

Besarnya kuasa Allah. Allah mendengar rintihan hambaNya yang lemah ini. So, esok jika diizinkanNya, aku akan berpuasa seperti biasa. Alhamdulillah...

Saturday, August 1, 2009

The Taking Of Pelham 123

Actually, kami tengok movie ni minggu lepas. Best gila. Kalau sebelum ni kami tengok obsess dan sniper, aku bagi 4 bintang. Tapi TTOP123 ni aku boleh bagi 5 bintang. Perfect. Solid 2 jam dan yang paling penting, cerita ni snagat tidak memboringkan.

Untuk maklumat lanjut tentang cerita ini, boleh klik ke sini
Selamat menonton...

Friday, July 31, 2009

Adakah anda takut apabila dipantau??

Persoalan ini sebenarnya ditujukan kepada semua guru yang mengajar Skim Baucer Tusyen. Difahamkan, muai bulan Ogos, pemantau akan datang untuk memantau Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada aku, kita akan takut jika kita melakukan kesilapan. Sebenarnya, kesilapan yang kita lakukan adalah pengalaman yang paling baik untuk mendewasakan kita. Namun, perlu diingat, kita perlu meminimumkan kesilapan. Kadang kala, kita dengan sengaja melakukan kesilapan. Ini adalah kesilapan yang TIDAK PERLU.Oleh yang demikian, jangan sekali-kali cuba untuk melakukan kesilapan dengan sengaja.

Sebagai contoh, kita belum solat asar. Jam ditangan sudah pukul 6.30 petang. Cadangan utama ialah untuk membeli belah di Jaya Jusco. Oleh itu, solatlah dahulu, barulah pergi membeli belah. Jangan silap apabila membuat keputusan....Solatlah dahulu sebelum menghabiskan wang...hehehhe...

Berbalik pada pemantauan tadi, pada pendapat aku, jika hendak dipantau, pantaulah...Kita tak perlu takut. Kita HANYA pelu takut pada pencipta, iaitu ALLAH...

Thursday, July 30, 2009

Syukur

Syukur alhamdulillah...Pada hari semalam, aku mendapat sedikit penghargaan daripada Kementerian Pelajaran. Indahnya dan perasaan seronok dalam hati ini memang tidak dapat dinafikan. Itu baru penghargaan di dunia. Macam mana agaknya kalau kita mendapat penghargaan di akhirat nanti. Mesti jauh lebih indah pengalaman itu.

Honestly, aku tidak menyangka sama sekali. Pada pendapat aku, biarlah kita bekerja seikhlas yang mungkin, balasan akan kita terima di akhirat kelak. Sebab aku telah dididik semasa berada di MPKTBR dahulu, guru adalah segalanya...Mudarris,muallim dan muaddib. Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan penghargaan ini.

Namun, dalam pada gembira, tidak aku nafikan ada 2 benda yang aku takut. Pertama, aku takut jika rakan-rakan sekerja yang merasakan mereka lebih layak menerimanya, menyalahkan aku. Secara jujurnya, sampai ke saat ini, aku masih tertanya-tanya...layakkah aku menerimanya. Percayalah, tidak pernah ada didetik ini untuk mempengaruhi pentadbir dalam pemilihan ini.Harap-harap, semua yang aku takutkan ini tidak berlaku.Kedua, aku takut juga akan wujud perasaan riyak, takbur dan bongkak. Nauzubillah.Minta Allah jauhkan perasaan ini ke atas aku.

Ya Allah, aku bersyukur kerana diberikan penghargaan ini,
Aku amat berterima kasih kepadaMu Ya Allah,
Kau jauhkan aku daripada sifat-sifat yang dicela,
Kau berilah aku semangat untuk menghadapi dugaan dan cabaran di alam pekerjaan,
Kau permudahkanlah aku dalam menjalankan kerja seharian,
Amin, Ya Rabbal A' Lamin...

Saturday, July 25, 2009

Adakah kita menyayangi isteri???

Tajuk hari ini pelik sedikit. Ia mempunyai 1001 persoalan. Setiap insan mempunyai cara yang tersendiri menunjukkan cara yang mereka menyayangi seseorang. Kadang-kala, caranya agak pelik dan lain dari yang lain.

Namun, ada juga cara yang biasa-biasa yang dilakukan oleh suami contohnya memberi bunga, memberi hadiah, memberi ciuman romantik di dahi setiap kali pergi mencari nafkah dan banyak lagi. Bagi aku, aku bukanlah insan yang sangat romantik dan mungkin harapan isteri untuk mendapat sekuntum mahupun sejambak bunga dari suaminya ini adalah sangat tipis sekali.

Ini bukan bererti yang aku tidak menyayanginya tetapi mungkin caranya agak berbeza sedikit. Setiap hari, kita solat lima waktu. Ingatlah, sebagai seorang lelaki, kita tidak pernah "uzur" seperti wanita. Walau bagaimana uzur pun,sebagai kaum lelaki, kita mesti solat.

Selepas solat, ada hadis yang menyatakan orang yang tidak berdoa merupakan orang yang sombong. Sombongkah kita?Bukan lama pun untuk memohon kepadaNya. Biasanya, doa selepas solat ditujukan untuk diri sendiri, isteri, keluarga dan ada juga sedikit untuk muslimin dan muslimat.

Cara aku menunjukkan yang aku mencintai isteri adalah, aku akan mengkhususkan doa selepas solat ba'diah dan qabliah untuk isteri. Doanya begini,

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau ampunkanlah dosa isteriku,
Kau mewahkanlah rezekinya,
Kau jadikanlah isteriku isteri yang solehah,
Yang taat kepadaMu Ya Allah, Yang taat pada suami Ya Allah,
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada beliau,
serta Kau jauhkanlah daripada dijangkiti penyakit.
Ya Allah yang Maha Berkuasa,
Kau temukanlah kami di pintu syuga FirdausMu,
Kau tambahkanlah perasaan kasih,cinta dan sayang
antara kami berdua setiap masa.
Ya Alah, Yang Maha Agung,
Kau Kurniakanlah kepada beliau zuriat yang soleh,
Yang sempurna sifatnya serta yang dapat mendoakan kami Ya Allah
Kau permudahkanlah kerja yang dilakukannya,
Kau permudahkanlah laluan kerjayanya.
Kau perkenankanlah doa hambaMu yang lemah ini,
Amin Ya Rabbal A'Lamin...
Pada pendapat aku, inilah hadiah yang paling berharga...Semoga dimakbulkan olehNya.

Thursday, July 23, 2009

Bengang!!!

Entah la...mungkin aku tak patut buat macam ni...tapi ...aku manusia biasa,ada perasaan, ada akal dan ada emosi yang kadang-kadang, aku sendiri gagal mengawalnya.

Pagi tadi, aku mendapat Local Order dari Pejabat Pendidikan Daerah. So, aku plan nak submit hari ini juga. Jadi, aku lengkapkanlah kedatangan pada 20 Jun 2009 yang lepas. Actually, aku sudah hantar ke PPD kedatangan yang original tetapi aku pun tak faham, mana kedatangan tu pada masa ini. Yang ada cuma yang fotocopy sahaja.

So, dipendekkan cerita, aku pun minta jasa baik cikgu-cikgi ni untuk tanda tangan balik kertas kedatangan tu based on fotocopy yang aku ada simpan la. Semuanya berjalan lancar.Sampai la pada seorang cikgu ni...

Aku :
"Cikgu, boleh tak cikgu tanda tangan kat sini. Actually, kedatangan yang original saya dahbagi ke PPD tapi bila dapat Local Order je, PPD kata belum dapat lagik kedatangan masa tu. So, kita kena tanda tangan lagi sekali."

Cikgu ni:
"Ey.....ini kedatangan saya tak nak tanda tangan....saya tak nak...hahahahah".

Tak sakit hati ko???Hello, aku bukan mintak duit. Aku minta tanda tangan je...Bukan untuk kesenangan aku. Untuk kesenangan semua.

Semua??Ye la...Untie dapat duit makanan dia....Aku tak hadapi sebarang masalah dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai penyelaras LDP, cikgu-cikgu yang tanda tangan ni tak la kena bagi surat tunjuk sebab angkara tidak hadir LDP.

Sometimes, aku tak faham ada orang yang menyusahkan benda yang mudah. Tak kan aku nak tanda tangankan untuk mereka. Sebagai penyelaras, yes...aku bincang dengan pentadbir, nak buat apa, yes, aku fikirkan siapa penceramah , yes....aku buat proposal, yes...aku hantar pra LO bila dah dapat surat kelulusan,yes...aku pastikan LDP berjalan lancar, yes...aku buat laporan tentang perjalanan LDP, yes...aku hantar laporan kedatangan pada PPD...tapi tak kan tanda tangan pun aku nak tanda???

Mungkin, ini adalah sebahagian daripada dugaan hidup.Ialah yang mematangkan kita.

"Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang lemah ini.
Aku tidak berdaya,Ya Allah.Hanya Kau yang berkuasa.Amin"

Wednesday, July 22, 2009

Tak Faham!!!!

Tak ada niat yang tersembunyi. Hari ini, aku dapat bill statement daripada bank I***m. Walaupun ada dasarnya aku tidak lagi berhutang dengan bank I***m tetapi sebaliknya bank inilah yang berhutang dengan aku, tiba-tiba je dapat bil yang meminta aku membayar sebanyak RM60.



Alasan: Annual Fee



Dahulu, Si Sales Girl yang buat promosi kad ni kata,



"that's free for life. Don't worry. Just tolong saya dan menaikkan bank beragama islam kerana kita agama islam".



So, aku dan Tini pun amik aje la.sebab nak tolong...



Aku pun call la bank ini. Dia boleh cakap :



"RM60 tu perlu dibayar. sebab aku tak guna kad tu sekurang-kurangnya 12 kali".



dulu, tak cakap pulak.



Aku bukan kisah sangat pasal RM60 tu. tapi ini soal prinsip. Sebab, aku pernah jugak alami perkara seperti ini dengan bank lain. Hasilnya, setelah aku buat follow up by email je, dia orang akan call dan akan kreditkan balik bank fee tu dengan pujukan agar aku tidak menutup akaun.



Malangnya perkara seperti ini tidak berlaku di bank I****m.Sedih sebab sayangkan RM60, anda kehilangan pelanggan...Inilah beza bank ini dengan bank-bank lain. Bank lain sibuk mengharapkan pelanggan tetapi sebaliknya untuk bank ini.



p/s: Pada hari esok, Bank ini akan kehilangan 2 orang pelanggan ....

Friday, July 17, 2009

Baru Aku Menyedarinya..

Lima tahun yang lepas, kami (aku bersama Aji) mendaftar di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit ( kini dikenali sebagai Institut Perguruan Datuk Razali ). Suasananya amat berbeza semasa kami mendaftar di Universiti Malaysia Sabah dulu. Ini kerana kami diorientasi oleh adik-adik yang jauh lebih muda daripada kami.

Em...Dah lari topik ni. Kali ini, agaknya aku dah matang sikit. Sudah ada target masa masuk kelas. First time kelas je, semangat tak alang-alang. Tapi, dalam pada semangat tu, aku selalu complaint kat gang-gang kelas aku. Aku tak tau kenapa semua pensyarah kat maktab ni suka guna marker pen yang dah nak habis ink. Nampak tak jelas dan kabur je.

Suatu hari, aku cerita ngan Opek tentang hal ni. Dia ketawa besar. Dia suruh aku try cermin mata dia. Em...Nampak jelas yang teramat sangat. Kini barulah aku perasan yang aku sudah rabun. Allah memberi peringatan kepada aku yang aku sudah tua.

Wednesday, July 15, 2009

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.

Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Wallahualam.

(apapun, kita renung kembali kepada firman Allah Ta'ala dalam surah az-Zariyyat yang bermaksud : " dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia itu kecuali mereka beribadat kepada-Ku")

** maka benarlah Allah yang Maha Berkuasa **

Entri ini diambil di blog ini.

Friday, July 10, 2009

Bulan Penuh Ujian...

Sentiasa dan sentiasa berdoa,


" Ya Allah, Kau permudahkan segala kerja yang aku lakukan"


Mengapa? Salah satu senjata ataupun cara kita untuk menyelesaikan masalah ialah dengan berdoa kepadaNya selepas kita berusaha melaksanakan segala tugasan.


Pada bulan ini, Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (LDP) diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 11 Julai dan 25 Julai. Sebagai oenyelaras untuk latihan ini, aku perlu mencari guru yang bermurah hati untuk membentang (kerana tiaada peruntukan untuk pembentang jemputan...Jadi,jika mencari pembentang dari luar, siapa yang akan membayar??), menyediakan proposal, menempah makanan, membuat pesanan tempatan (Local Order) serta menghantar laporan selepas LDP dijalankan.


Selain LDP, aku perlu melatih seorang murid ke pertandingan syarahan Piala Perpaduan( sudah berlangsung semalam...kalah...ada hikmahnya...jika menang, aku perlu melatihnya lagi untuk persediaan ke peringkat negeri...Thank You Allah).Aku juga perlu memilih 4 orang murid yang bijak Bahasa Malaysia untuk menyertai Pertandingan Pemahaman Piala Perpaduan.


Pada masa yang sama, aku juga sedang melatih 5 orang murid Tahun 4M dan 5 orang murid Tahun 4B untuk menyertai Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah pada 21 Julai 2009 ini.


Aku juga sedang melatih 5 orang murid Tahun 6K untuk menyertai Pertandingan Syarahan Peringkat Sekolah yang akan berlangsung ada 30 Julai 2009.

Pada 15 Julai ini juga. Ketua Pentaksir Kawasan akan datang untuk PLBS Bahasa Malaysia. Harap-harap semuanya berjalan lancar.


Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang lemah ini,
Kau tingkatkanlah kesabaranku,
Janganlah Kau beri aku ujian yang aku tak dapat menghadapinya kepadaku,
Kaulah yang berkuasa, Kaulah Maha Agung,
Kau perkenankanlah doa hambaMu yang lemah lagi hina ini,
Amin...

Wednesday, July 8, 2009

Sabak Awor

Pada 3 Rejab yang lepas, saya bersama isteri berpeluang berbuka puasa di port medan ikan bakar yang baru di Muar, Johor. Perjalanan dari rumah mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai sahaja di medan ikan bakar Sabak Awor, tepat-tepat azan berkumandang. Kami hanya berbuka dengan minum air yang dibawa sendiri dan terus berjalan ke surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan terlebih dahulu.

Selesai sahaja solat, terus ke gerai kedua berhampiran surau seperti yang dicadangkan oleh Kak Suzie dan Kak Sham. Dalam kelaparan, kami terus memesan makanan. Pesan tak hingat.Macam-macam ada. Amik kerang di masak rebus, udang masak sambal, sotong goreng tepung, ikan pari masak sambal,ketam butter,2 bungkus nasi lemak serta sepinggan nasi putih.(nafsu tamak tu...).


Dalam hati, terdetik jugak,

"Kalau tak sedap, macam sia-sia je buka jauh-jauh".

Tunggu tak lama la. Lebih kurang 15 minit, semuanya ada di depan mata. Yum yum yum...Sungguhmenyelerakan. Tak sia-sia jalan jauh sikit. Tempat duduk pun selesa, tempat solat pun superb!! Tak malulah mengaku orang Johor...

Abis makan je, kami berdua terkejut. Kenapa...Biasanya, semasa kami makan di tempat lain, anggaran dalam RM 100 la. Saya terpaksa bertanya 2 kali takut-takut tersalah dengar. Hanya RM46.00. Subhanallah.Alhamdulillah. Semoga harga sebegini kekal selamanya. Jangan berubah apabila sudah glamour...Yang pasti, mungkin kami akan datang lagi selepas ini. Credit to Kak Suzie dan Kak Sham yang telah memperkenalkan tempat ini.

Pintu masuk Medan Ikan Bakar Sabak Awor


Depan sekali tu ialah surau



Siap ada menara lagi...

Tuesday, July 7, 2009

Semuanya sudah ditentukan...

Cerita ini berlaku pada hari semalam...

12.00 tengah hari
"Rul, petang ni boleh tolong gantikan kelas saya tak? Saya kena pegi taklimat H1N1 di SMK Padang Temu",kata Mr Seit.Aku dengan tidak berfikir panjang berkata,"OK, No problem".
Sebab, apabila aku gantikan kelas pada hari Isnin ni, maka Mr Seit akan menggantikan kelas beliau pada hari esok. Oleh itu, esok aku tak ada kelas tambahan la...Tapi apa faedahnya??sebab walaupun tak ada kelas tambahan, aku perlu datang juga pada pukul 3.00 hingga pukul 4.30 petang untuk aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia. Emmmm...aku tak kisah la...

4.40 petang
Ketika menjemput Tini, "Yang, saya demam...",kata Tini. Saya membawanya ke klinik. Banyak jugak ubat diberi beserta MC pada hari esok.

Hari ini, aku mengerti mengapa aku perlu menggantikan kelas Mr Seit pada hari semalam. Jawapannya, pada hari ini jadual tersangatlah pack. Kelas aku dari pagi hinggalah pukul 1.05 tengah hari. Oleh itu, selepas meminta kebenaran untuk balik seketika untuk hantar makanan kepada Tini dengan alasan kelas sudah habis.

Jika petang ini ada kelas tambahan, bagaimana nak hantar makanan??Semuanya sudah ditentukan. Hanya Allah mengetahui segalanya. Indahnya perancangan Allah..

Tuesday, June 30, 2009

Harapan...

Hari ini, aku menghadiri mesyuarat pertandingan syarahan piala perpaduan peringkat kawasan Bukit Cina. Mesyuarat berjalan seperti yang dirancang. Namun sedikit kecewa dengan tarikh pertandingan. Pertandingan akan dijalankan pada 9 Julai 2009 (Khamis). Pada aku, ianya terlalu suntuk. Alasan yang diberikan, penganjur baharu dapat tahu pada minggu lepas. Ia tidak boleh diubah lagi kerana pertandingan peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 21 Julai hingga 23 Julai 2009. Aku takut murid aku, Ong Chong Seng tidak dapat menghafal syarahan yang telah diberi awal pagi tadi. Dia cuma ada masa 9 hari untuk menghafal,menggayakan serta mengucapkan dengan intonasi yang betul. Aku beri masa agar dia dapat menghafalnya dengan lancar selewat-lewatnya pada hari Jumaat. Ini kerana aku mula akan mengajar intonasi serta gaya pada Hari Sabtu ini. Semoga Ong Chong Seng bersungguh-sungguh menghafalnya.

Ya Allah, Kau bukakanlah hati muridku, Ong Chong Seng agar mudah mengingati syarahan yang aku berikan kepadanya. Kau naikkanlah semangatnya agar dia mahu belajar, mencuba dan mengimpikan kemenangan agar dia mencuba dengan bersungguh-sungguh. Amin...

Saturday, June 27, 2009

Syukur Alhamdulillah

Allah itu maha kaya,maha adil,maha mengetahui,maha segalanya. Hari ini 4 Rejab. Seperti yang sedia maklum, saya ada membaca “Barang siapa yang berpuasa 3 hari pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat”. Sebagai seorang manusia, saya pun sedang menuju ke arah itu. Alhamdulillah, saya bersama isteri tercinta berjaya.
Pada 4 Rejab, sekolah saya telah mengadakan jamuan hi tea di Hotel Avillion Legacy,Melaka. Bagaimana tarikh ini dipilih? Siapa yang memilih tarikh ini?(Saya tidak terlibat untuk memilih tarikh ini).Jawapannya, satu sahaja. Ianya ketentuan ALLAH.ALLAH menentukan tarikh ini sebagai hadiah di dunia kepada saya. Alhamdulillah...Indahnya perancanganMu Ya Allah...
Untuk gambar meriahnya makan di sana, boleh klik
di sini

Friday, June 26, 2009

Kagum...

Aku kagum melihat orang-orang yang berjaya...(kagum ye...bukan jealous)Contohnya, Prof Haji Muhd Kamil. Beliau merupakan seorang profesor kat Uitm,Pengarah lagik tapi membaca ceritanya akan membuatkan kita berfikir..."Kalau seorang prof yang sangat berilmu, berpangkat tetapi boleh berfikir begini baik....Kenapa kita yang biasa-biasa selalu tidak malu-malu untuk membuat kesalahan sungguhpun kadangkala kita tahu yang perkara itu salah.Semalam, baca Berita Harian...Ada seorang berjaya menjadi pilot walaupun jantinanya ialah perempuan. Aku tau, dan yakin, Semua yang berjaya ni sebenarnya atas usaha mereka dan kehendak dariNya. Oleh itu, walaupun kita orang biasa, kita mesti berusaha menjadi lebih baik dengan satu syarat sahaja,BERUSAHA dan kemudian berTAWAKAL kepadaNya!Tak ada cara lain!Kita patut berazam setiap hari, kita perlu menjadi lebih baik dari hari ini.Noktah...

Sunday, June 21, 2009

Menyedihkan...

Petang tadi, sambil membaca blog, saya membuka email. Ada 2 inbox. Satu daripada facebook saya dan satu lagi,daripada fotopages sekolah yang dah tak diupdatekan lagi.Kenapa?Sebab saya tidak suka apabila mengetahui fotopages berasal dari Israel.Noktah!

Biasanya, saya abaikan sahaja email ini namun pada hari ini, hati saya tergerak untuk melihatnya. Setelah membuka, didapati ada beberapa message pada fotopages tersebut(mungkin daripada murid-murid saya).

Setelah membukanya,saya amat terkejut kerana murid-murid menyalahgunakan ruangan komen yang dibina. Pada pendapat saya, sekiranya saya berdiam diri, ia akan mengakibatkan reputasi saya sebagai seorang guru menjadi buruk. Ini kerana sayalah yang bertanggungjawab terhadap fotopages ini.Ia juga sungguh menyedihkan saya.

Setelah berfikir sejenak, saya membuat keputusan untuk menghalang murid-murid saya daripada melayari fotopages ini lagi dengan meletakkan password sekiranya ingin melayarinya juga. Saya tidak akan memberitahu password fotopages ini kepada mereka. Mereka telah menghancurkan kepercayaan saya terhadap mereka.Mereka mengecewakan saya dalam hal ini.

Nasihat saya kepada murid-murid saya juga terhadap diri sendiri, berfikirlah sebelum kita memberi komen atau hendak bercakap kerana jika kita tidak berfikir, mungkin kita akan mengecilkan hati ataupun memberikan kemarahan orang lain. Mungkin saya juga begitu, Ya Allah,ampunkan aku.Aku manusia lemah.Aku manusia jahil.Kau berilah pertunjuk dan hidayahMuKau jadikanlah semua murid-muridku sebagai murid yang berjaya serta baik budi pekertinya.Amin...

Thursday, June 18, 2009

Fikir Untuk Diri Sendiri

Tidur 5 jam 20.8
kerja 9 jam 37.5%
Solat(sehari semalam) 1 jam 4.2 %
Lepak-lepak 8 jam 33.3%
Mandi (sehari semalam) 1 jam 4.2%

Lemahnya aku Ya Allah...Ampunkan aku Ya Allah

Wednesday, June 17, 2009

Iman...

Kadang kala kita sering lalai...Lalai dengan dunia...Perkataan nanti kejap sering diucapkan tatkala hati mahu bersolat. Akhirnya,wujudlah gelaran subuh gajah lah dan bermacam nama yang sewaktu dengannya...Inilah yang dinamakan manusia...Kadang kala, kita sering alpa dan leka walhal perkara yang dilakukan tidaklah sepenting solat yang merupakan tiang agama.

Buktinya, waktu yang paling susah untuk aku bersolat awal masa kini ialah waktu asar. Aku pun tak tahu apa sebabnya...Mungkin kerana leka berehat. Kalau mahu diikutkan berapa minit je kita bersembahyang??

Mari saya kira berapa lama kita bersolat sehari semalam...Dalam pengiraan aku, katakan lah 1 rakaat bersamaan 1.5 minit. Jumlah keseluruhan rakaat kita bersolat ialah 17 rakaat.Jadi, kita hanya mengingatiNya sehari semalam selama 25minit 30 saat. Katakan setiap waktu kita berdoa...Jangkamasa doa lebih kurang 5 minit(tu pun dah dikira lama).So, total semua kita mengingatinya ialah 25.5+ 25=50minit 30 saat. Kita diberikan waktu sehari semalam 24 jam. Tak kanlah kita sangat kedekut dengan masa yang Allah berikan kepada kita dengan mengingatiNya hanya 50 minit 30 saat sehari semalam.(Ia hanyalah 3.6% daripada masa yang dikurniakan oleh Allah) kepada kita...

Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lemah dan sering melupakanMu ya Allah.Kau berikanlah aku kesihatan dan kau panjangkanlah umurku agar aku dapat mengabdikan diri kepadaMu dan menikmati segala keindahan alam yang Engkau ciptakan.Amin.

Monday, June 15, 2009

Mulut tak Ada Insurans...

Zam PAR Sekolah aku cakap, "Rul, R****** nak pindah".Aku dengan selamba menjawab..."Bagus lah...budak ni pun bukan baik sangat...kurang ajar ngan aku sebab dia ingat dia dah hebat...".Ya Allah,Aku pun tak tau kenapa mulut aku berkata begitu di kala aku sedang berpuasa...Astagfirullah...
Mungkin, keceluparan mulut aku ni sebab kes masa kelas tambahan tempoh hari. Budak ni ngan member dia lagi sorang betul-betul menguji kesabaan aku sebagai seorang guru. ye la...Kalau masa zaman aku jadi murid dulu, aku x berani nak buat macam tu...
Dia orang dua orang tak puas hati sebab dia kata aku ajar lebih kat budak-budak berbangsa cina pada hal, aku sebenarnya bagi latihan pemulihan untuk bebudak yang lemah...Mana-mana budak yang lemah,memang la aku sentiasa tengok....Budak-budak yang dah baik ni, buat je macam biasa...aku tengok sekali sekala dah la....
Tapi dia orang tak faham....Pas tu, buat perangai-perangai yang menunjukkan ketidak puas hatian dia orang ni...tapi honestly,pada aku tindakan macam tu dah dikira kurang ajar la....Jalan2, berbual....masa aku tengah mengajar...Kalau tegur,bat macam tak dengar jek....Aku hanya manusia biasa yang lemah Ya Allah, Bantulah hambaMu yang lemah ini....Kau jadikanlah murid-murid ku sebagai murid-murid yang bijaksana , yang hormat akan kedua ibu bapa serta orang yang lebih tua daripada mereka Ya Allah....Amin Ya Rabbal A'lamin...

Sunday, June 14, 2009

Allah Maha Berkuasa

Malam tadi,aku mengajak wife aku solat isya'."Yang, jom solat isya'".Wife aku kata,"Jap lagi...ada sikit lagi nak print."(maklumlah...lagi 2sehari nak masuk sekolah balik...)
Tetiba je, apa yang dibuat hilang sekelip mata...bukan sebab apa, sebab tersalah tekan...Actually, itulah kelemahan software PLBS ni...x dapek den nak nolog....
Pengajarannya, kalau PM selalu cakap, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan...Dari sudut agama pulak, sepatutya kita semestinya menekankan prinsip ini...solat didahulukan...
Akhirnya, terpaksalah kami berdua bekerjasama menyelesaikan masalah tadi sesudah tanggungjawab dilaksanakan. Alhamdulillah....Ini hanya ujian kecil Allah sebab mungkin hati kami sedikit mengutamakan kerja dunia...Aku kini sedar kebesaranMu...Ampunkan aku ya Allah...Sesungguhnya,aku manusia lemah yang sentiasa berkehendakkan bantuanMu Ya Allah.

Saturday, June 13, 2009

Terima kasih sahabat...

Terima kasih buat sahabat, Md Syaffik Hosnan dan keluarga kerana sudi bermalam di teratak kami...Dah lama juga kita orang tak jumpa...tup-tup...dah 3 orang anak kau...macam mana aku nak kejar nie....Cuma sebab ter"excited" sangat sampai lupa nak amik gambar kat dia orang ni....Actually, dia orang datang melaka sebab nak menghadiri kenduri kawin kawan dia kat alor gajah. Semoga sahabatku sentiasa dimewahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungiNya dunia dan akhirat...Amin.
Seronok bila ingatkan cerita-cerita lama.Rasa macam nak balik seperti dahulu...Namun, kita perlu ingat!!Hidup ini umpama roda....Semakin lama, tanggungjawab kita semakin besar. Dahulu, semasa kecil, tanggungjawab kita hanya pada diri sendiri...Apabila dewasa, tanggungjawab kita terhadap kedua ibu dan bapa...Kini, apabila sudah berkeluarga, tanggungjawab kita bertambah kepada diri sendiri, kepada kedua ibu dan bapa, serta tanggungjawab kepada keluarga. Kita tidak boleh sama sekali melangar amanah yang dipertanggungjawabkan ini.
Dan yang paling penting, hidup hanya sementara. Semakin lama kita hidup, itu bermakna kita akan semakin menghampiri mati. Adakah kita sudah bersedia?? Jadi,Beramallah seperti kita akan mati esok hari dan berkerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi...Skadar renungan untuk diri sendiri...Tiada maksud tersembunyi...Allah maha mengetahui...

Tuesday, June 9, 2009

Cabaran ...

Kadang-kala,manusia boleh berubah dengan sekelip mata jika diizinkanNya. Namun, antara faktor keberubahan seorang manusia itu ialah samada dapat menghadapi cabaran ataupun idak. Peliknya, suatu yang baik kadang-kala sukar diterima oleh rakan mahupun sanak saudara. Ini adalah cabaran yang paling hebat walaupun ianya merupakan masalah picisan jika ingin dibandingkan dengan cabaran semasa bekerja!!

Semoga kita tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran ini...InsyaAllah...

Wednesday, June 3, 2009

Dunia...

Kita boleh menghabiskan masa selama 2 jam tengok movie kat GSC.Kita boleh duduk depan tv tengok Detective Conan. Kita boleh berjalan sampai penat window shopping kat hypermarket,jusco,Giant dan banyak lagik.Kita boleh menghabiskan separuh hari di zoo melihat haiwan-haiwan. Tapi semua ini hal dunia...Pernah tak kita terfikir berapa masa yang kita peruntukkan untuk pencipta?Berapa minit kita baca Al Quran pada hari ini? Adakah kita mengunjungi rumahNya? Hanya diri sendiri yang boleh menjawab soalan - soalan ini...Fikir-fikirkan...

Monday, June 1, 2009

Jiwa Anak Sekarang

Mungkin murid sekarang tak sama dengan murid pada zaman aku dulu. Masa zaman aku dulu, takut sangat dengan cikgu. Walaupun di dalam hati, actually kita tak suka dengan cikgu ni, tapi luarannya kita tak berani melawan samada dengan perbuatan mahu pun dengan kata-kata lagi la jauh.

Benda yang paling aku tak suka adalah mendenda murid-murid. Ada 2 sebab kenapa aku tak suka. Pertama, sebab aku harap murid tidak tertekan dengan denda-ddenda yang aku kenakan. Jadi, murid akan belajar tanpa ketakutan dan senang bertanya (tak takut dimarahi) jika ada masalah. Sebab kedua, di zaman yang canggih ini,ibu bapa sekarang sudah tidak sama dengan ibu bapa zaman makbapak kita dulu. Dulu, jika kita kena rotan contohnya...kalau berani,cakaplah kat ibu bapa!!!tak dirotannya kita sebab mereka menganggap apa ang guru buat semuanya untuk kebaikan muridnya pada masa akan datang. Sekarang, ada guru yang dibawa kes merotan atau mendenda ke mahkamah...kena serang dengan mak bapak lagi....Ada berani???

Tadi, aku nasihatkan murid-murid yang aku ajar...Actually, aku lebih tumpukan pada budak yang bukan berbangsa Melayu sebab mereka memang selalu buat kesilapan terutama semasa meletakkan imbuhan. Tapi,aku tetap tekankan untuk budak-budak Melayu pun kadang-kadang ada yang buat silap...So,watch out...Honestly,aku nasihat ni bukan untuk budak-budak yang dapat markah tinggi...jadi, tak payah lah marah-marah and buat muka tak puas hati kalau markah yang awak dapat tu tinggi!!

Aku pun tak faham ada murid yang tak puas hati bila aku cakap macam tu...Mungkin dia ingat aku bias...Aku tak kisahlah kalau setakat macam tu..Dia mula buat perangai...tak dengar apa yang aku suruh buat...tak apa...aku sabar lagi...pas tu, dia dengan suka hati bejalan ke belakang pegi tempat partner dia yang mungkin tak puas hati dengan aku jugak...Aku pun tak pasti apa yang dibuat oleh mereka berdua ni...tak ke tu namanya kurang a*ar namanya...

Cuma aku sedih sebab orang yang buat macam ni adalah dari bangsa dan agama aku sendiri....Mungkin, ini adalah dugaan dariNya terhadap diri aku...Semoga murid ini berjaya dengan apa yang dikehendakinya. Amin...

Thursday, May 28, 2009

Apa Yang Perlu Kita uat As A Khalifah...

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam
dan yang paling penting...

Jangan sengaja lewatkan solat...
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Wednesday, May 27, 2009

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Tuesday, May 26, 2009

8 kurang 11 jangan!!

Agar kita tidak mudah lupa...Ada 8 perkara yang perlu dikurangkan dan 11 perkara yang di"jangan"kan...
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Sunday, May 24, 2009

Minyak naik???

Dua hari lepas, saya atu mendengar berita yang kurang menyenangkan di kala ekonomi yang tidak menentu ini. Berita itu ialah berita tentang kenaikan harga minyak. Honestly, berita kenaikan harga minyak ini bukan berita yang mengejutkan. Walaubagaimanapun, saya kurang bersetuju dengan kenaikan yang dicadangkan. Pihak kerajaan mencadangkan kenaikan sebanyak 0.20 sen per liter. Ini bermakna harga minyak akan naik dari RM1.80 ke RM2.00 seliter. Kenaikan ini dicadangkan pada bulan September...Em,betul ke bulan September??Dulu pun macam ini jugak...Hari ni cakap harga minyak tak naik...esok berlaku pengumuman yang harga minyak naik...Alasan,supaya rakyat tak panik...Saya bukan orang politik...Saya bukan orang ekonomi..Saya tak tau semua itu dan mungkin saya tak faham apa yang dicakapkan. Yang saya faham ialah, jika harga minyak naik 0.20 seliter, ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan RM8.00 jika saya mengisi minyak sebanyak 40 liter seminggu.Oleh yang demikian, kenaikan sebulan ialah RM32.00. Adakah ia membebankan??Ya,bagi saya RM32.00 boleh digunakan untuk membayar bil air dan bil elektrik. Saya setuju jika alasan kerajaan sekarang harga minyak dunia telah naik. Jadi harga minyak sekarang sudak tidak releven kerana kerajaan perlu menyediakan subsidi yang tinggi. Cuma pada pendapat saya sebagai rakyat biasa,kenaikan RM0.20 seliter terlalu tinggi (walaupun tidak setinggi zaman Pak Lah dahulu). Mungkin, kenaikan boleh dinaikkan sekitar 0.05 hingga 0.08 sen seliter. Mana tahu, satu masa nanti harga minyak akan turun semula...

Thursday, May 21, 2009

Slide Sarawak....

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru. Semoga sentiasa bersaha dan tidak jemu mendidik anak murid walaupun menghadapi pelbagai cabaran.Mungkin entry kali ni sangat boring tapi aku nak jugak cerita tentang cikgu aku.

Actually, guru yang mengenalkan aku A, B dan C ialah Cikgu Rashidah bte Abu Bakar. Beliau ni cikgu yang sangat baik. Tidak emosional dan tak lah terlalu garang...Di sebabkan tak terlalu garang, kita orang x lah takut sangat ngan Cikgu Rashidah ni...tapi aku tak pernah jumpa dia sebab cikgu ni pindah masa aku tahun 5.

Masa jamuan perpisahan, aku masih ingat bila Cikgu Rashidah mengumumkan cikgu yang menggantikan beliau ialah cikgu Maskam. Semua orang terkejut...tension...(Em, masa dajah 5 agak2 korang tension ke...)...sebenarnya takut...kecut perut sebab Cikgu Maskam ni garang gila....First day masuk kelas dah sound banyak perkara....

Aku boleh katakan semua budak tak kira pandai ke apa lagi yang dungu tu memang lah kena denda...tampar, hantuk kepala kat papan hitam, marah jangan cerita la....cubit kat perut sampai merah2 and cubit kat pipi sampai bengkak tu adalah perkara biasa....kita orang x ngadu pon ngan mak bapak ni sebab kalau ngadu memang mencari nahas namanya....tapi alhamdulillah....kebanyakan murid yang ada kat kelas aku tu jadi orang yang ok la....at least kalau x jadi PM macam YAB Dati Seri Najib pon x la nyusahkan orang....

Masa tu tak ada saman menyaman...x ada bawak lawyer g sekolah...x ada ugut mengugut...cuba benda macam tu berlaku sekarang....nak mampos....

Pada pendapat aku, ibu bapa patut lebih rasional...mana ada guru yang suka2 nak belasah anak orang...mana ada cikgu yang suka tengok muird-murid ni bodoh and mana ada mak bapak suka tengok anaknya dapat merah je kat report card lepas exam....

Guru ibarat mudarris,muallim, muaddib...Dulu, kalau namanya guru je mesti disanjung...dihormati...sekarang????macam keji je keje ni...mungkin sebab imbuhan keje guru tak la sehebat keje-keje yang lain kot tapi pada pendapat aku itu bukanukuran kehebatans seseorang...

Setelah bergelar seorang guru sekarang, baru aku faham kenapa dan mengapa cikgu aku dulu marah aku...jawapannya supaya aku jadi "orang".Bukan orang-orang....

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

Minggu ni tak ada apa yang menarik. Cuma sibuk dok dengar tentang sambutan hari ibu di mana-mana tempat yang aku pergi lebih - lebih lagi kat pasar raya yang besar-besar. Sales sana,sales sini atas tiket prsent for mother's day.

Honestly, aku tak berapa excited pun sebab ada apa yang dapat aku berikan kecuali sedekahkan Al Fatihah aje. sebab arwah mak aku meninggal dunia since tahun 2000. Masa tu aku dalam final year kat UMS. Tengah dok sibuk siapkan tesis and preoare for industrial training. Sedih sebab arwah meninggal 3 hari sebelum hari raya.

Biasanya, pada hari raya, aku memang tak balik. tapi aku pun tak tahu, kenapa aku teringin sangat nak balik pada tahun tu. Mungkin Allah dah gerakkan hati aku untuk balik agar dapat melihat wajah arwah mak buat kali terakhir.

Sempena hari ibu ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu dan juga kepada mak mentua aku, Pn Nyonya binti Talip yang sudi menumpangkan dan memberikan secebis kasih sayang yang aku amat hargainya sehingga kini. Honestly, aku sangat-sangat terkilan kerana tak sempat berjasa kepada arwah mak. Satu sen pun arwah mak tak pernah merasa duit anaknya ini sebab masa kematiannya, aku masih belum habis belajar lagi.

Untuk yang masih ada ibu, jagalah dan bahagiakanlah ibu anda. Kita akan merasa kehilangannya apabila dia tiada lagi. Pada waktu ini, kita akan menyesal jika kita tidak berbuat sebaik yang mungkin kepadanya. Al Fatihah untuk roh Maslimah binti Hj Omar.

Wednesday, May 6, 2009

Arsenal

Em...kesian kat team yang aku sokong since aku kecik lagi ni...This year memang x ada luck...ari tu, kalah semi final dengan Chelsea...Liga pulak kedudukannya amat mendukacitakan...sekadar berada ditempat keempat..tu pun nasib baik dapat potong Aston Villa. Kalau x, x dapat le masuk liga juara-juara tahun depan...and malang pasukan Arsenal ni bertambah dengan ketewasan pada awal pagi tadi...(Malu nak cakap kena belasah).Arsenal perlu menerima kenyataan bahawa mereka telah tewas 1-3...

Harap-harap pada musim yang akan datang, Arsenal akan lebih cemerlang....Untuk pasukan-pasukan lain, tahun ni kira Arsenal bagi peluang la...Next year...Arsenal akan menang dan menang dan menang....

Tuesday, April 28, 2009

No Topic

Kadang-kadang, aku x berapa faham dengan masalah internet connection kat tempat aku nie...Last week, satu minggu ada problem...Mula-mula, dia terdisconnect sendiri...Selang beberapa hari aku menghadapi masalah macam tu, pas tu terus x bleh connect...Bengang gila...bukan sebab x ada internet dunia aku gelap ...tapi sebab setiap detik adalah wang...aku kan bayar line nternet ni...bukan free..So, selepas 3 hari masalah ni wujud, aku dengan cargasnya(ikut bahasa masa aku belajo dulu) meng"complaint" kat tm...mula2 complaint guna email...pas tu, aku rasa tm nie x berapa aktif...apa lagi...teruskan peng"complaint"nan guna telefon pulak...So, dia cuba la selesaikan masalah aku by phone jek...Pas cuba lebih kurang 15 minit, sorang mamat ni pun bagi tau la yang bagi masa dalam 2 init untuk buat report masalah aku nie...Pas dapat no report, mamat ni kata dalam masa 2 hari, ada juruteknik yang akan datang...emmm...hampeh...sampai sekarang x datang2 pun...tapi aku tak hot sangat sebab sejak semalam, internet connecton kat tempat aku x ada masalah pulak...Harap-harap biarkan panas sampai ke petang...jangan lah hujan dutengah hari.....Kalau x, nak tengok anak Johor ni mengamuk...tunggu....

Thursday, April 23, 2009

Apa Dah Jadi???

Sebelum ni aku sering kali terdengar rintihan(ayat power tu) pengguna-pengguna yang menggunakan broadband celcom,digi and etc yang cakap connection dia orang lembap macam siput...Pada masa itu aku masih berbangga sebab aku tak mengalami masalah sedemikian...Tu dulu.....

But, now,this post ditujukan khas buat streamyx...Dari aku masuk streamyx sampai last week,everything ok. But lately, connection teruk betul. Selalu terdisconnected. Perkataan ter tu bermakna tak disengajakan...Tension betul...Apa guna every month aku bagi duit kat ko tapi kalau ko bagi service yang macam taik ayam nie je...hampeh betul...My blood pressure is going up...hahahhahaha...Ke TM dah tak nak duit aku???

Kesimpulannya, semua nya cuma nak untung je...kalau tengok Astro pun,kalau hujan bukan bleh dapat tengok pun...and this problem was happen since aku bujang lagik...Macam mana la engineer dia orang tak boleh selesaikan masalah macam ni???(dah lari topic pulak da....ala-ala membebel macam orang pompuan...)Kalau nama engineer,masalah ciput macam nie je pon tak bleh selesaikan, baik berhenti je...

Sunday, April 19, 2009

Improve Your English...

i want to share this web to my dearest readers:) if u r interested

http://www.roadtogrammar.com/

Wednesday, April 15, 2009

Kehilangan...

Jangan salah sangka...bukan kehilangan orang yang disayangi sebaliknya kehilangan PENDRIVE. Walaupun ianya cuma berkapasiti 2GB, namun segala data yang penting disimpan disitu. Pendrive inilahibarat sahabat yang sentiasa dibawa ke mana-mana. Wahai Pendrive, muncullah sayangku...hahahahha...mana da.............
Back up???ada la tapi mungkin sekadar 75% daripada data...tu pon aku simpan dalam laptop je...But, semua yang berlaku mesti ada pengajaran...
1) Kita mestilah berhati-hati semasa membawa pendrive
2)Kita hendaklah menyimpan salinan data yang boleh digunakan ketika data utama mempunyai masalah.
3) Kita harus sabar semasa menghadapi dugaan...
4) Sentiasa ingat Allah...
5) Jangan kelam kabut semasa membuat sesuatu kerja
Thats all...

Lama tak Update...

Lama dah tak update blog ni...sibuk sikit...Last week, abah kena buat rawatan laser untuk memecahkan batu karang yang ada di salur kencing dan di dalam buag pinggang kat Putra Hospital yang dulunya dikenali sebagai Southern Hospital Melaka.(Please correct me if i'm wrong). So, sebagai anak lelaki,amat tidak mengenang budi,jasa dan yang sewaktu dengannya jika aku tidak mengambil bahagian secara langsung dalam hal ini. Ye la...kalau x ada abah,maka tak akan wujud la seorang manusia yang biasa-biasa ni...hehehehe..Aku tak nak dilabel sebagai anak derhaka....Ops, dah lari topic ni...
Back to story...Aku pun amik la cuti pada hari Khamis dan Jumaat sebab nak jaga abah nie...Thanks to all my siblings yang sangat mengambil berat tentang abah. Semoga seorang anak ni x ada lain, Semoga abah dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik,Amin...
Thanks to mak and bapak mentua juga kepada Achik Idah yang sudi melawat abah kat sini.
Thanks also to Bro Kamil,Kak Ngah and Kak Long yang sudi melawat abah masa abah ada kat sini. At least, aku boleh lihat pancaran kegembiraan di mata abah apabila abang2 dan kakak aku ni datang kat sini....
Last but not least, special thanks to Kak jang and her family yang telah menjaga abah kat kampung.
Di harap,dengan sedikit penjelasan di atas, ia dapat menjelaskan sedikit sebanyak Kenapa aku tidak men'update' blog aku....hehehheeh

Sunday, April 5, 2009

Boring sikit...

x tau kenapa boring sangat minggu ni. Maybe sebab x ada kete nak jalan2 kot. Kang kete dah siap, ingat nak pekena cocunut shake kat Klebang. Nak cuba sangat sebab tempat ni siap masuk surat khabar lagik. So, wait ar..For those read this blog, please give a suggestion what i must to waktu boring2 ni....BORING!!!!!!!

Tuesday, March 31, 2009

Jom Senyum!!!

Biasanya kita dengan jom heboh la...jom ke kedai la...But today, jom senyum...Why????It's coz....

1. Smiling makes us attractive.We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away ,but a smile draws them in.

2.Smiling changes our mood.Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.

3. Smiling is Contagious.When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.

4. Smiling Relieves Stress.Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.

5. Smiling Boosts Your Immune System.Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.

6. Smiling Lowers Your Blood Pressure.When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?

7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin.Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.

8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger.The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.

9. Smiling Makes You Seem Successful.Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.

10. Smiling Helps You Stay PositiveTry this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.

p/s: pas bace nih...marilah kita terus tersenyum lagi dan lagi macam bateri energizer....