Friday, October 2, 2009

Istiqamah

Beli kereta, mesti yang berkualiti tetapi ia mesti mengikut kemampuan. Beli rumah, mesti yang sedap mata memandang tetapi juga perlu mengira kemampuan bayaran bulanan. Beli pakaian, kita juga biasanya memilih yang sedap mata memandang tetapi juga perlu mengikut keperluan serta kemampuan supaya tidak ter"over" budget. Seperti kata pepatah melayu, alah membeli,menang memakai.Namun, pepatah ini juga perlu dilihat. Ukur baju dibadan sendiri...

Ia normal. Namun, situasi di atas tidak lengkap jika kita tidak kaitkan dengan diri kita. Ini yang lebih penting. Setiap hari, aku berazam untuk menjadi seorang muslim yang baik. Berazam dan berazam. Dugaan??Mana ada perkara yang tidak ada dugaan dan cabaran. Hendak pergi kerja pun ada dugaan...liatnak bangun. Nak makan pun kadang-kala ada dugaan. Mulut pecah...(ulser mulut). Dan banyak lagi.

Namun, dugaan yang paling sukar ialah dugaan mendekatkan hati dan diri kita ke jalan Allah.Aku berazam untuk membaca Al Quran sekurang-kurangnya 2 helai setengah setiap hari, membaca Buku Hadis Fadailul Amal selepas solat magrib serta membaca tafsir Al Quran selepas solat Isya'. Aku juga berazam untuk solat selepas mendengar azan berkumandang. Aku juga berazam bersolat di masjid sekurang-kurangnya 2 waktu sehari. Berazam untuk bangun sepertiga malam..Bkan untuk menonton bla tetapi untuk mendekatkan diri pada yang Esa.Juga berazam untk menjadi muslim yang baik dengan amal maaruf dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

Ianya nampak mudah. Namun cabaran yang paling tinggi ialah sejauh mana amalan yang diazamkan ini di"istiqamah"kan???

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Tolonglah hambaMu ini. Aku insan yang lemah. Hanya Engkau yang berkuasa. Amin..."

2 comments:

Mohd Halim said...

Salam perkenalan Sham...

Perkara yang paling Allah sukai pada hambanya ialah istiqamah. Semoga kita mampu melakukannya.

Kamarulhisham bin Haron said...

mudah-mudahan...