Sunday, June 21, 2009

Menyedihkan...

Petang tadi, sambil membaca blog, saya membuka email. Ada 2 inbox. Satu daripada facebook saya dan satu lagi,daripada fotopages sekolah yang dah tak diupdatekan lagi.Kenapa?Sebab saya tidak suka apabila mengetahui fotopages berasal dari Israel.Noktah!

Biasanya, saya abaikan sahaja email ini namun pada hari ini, hati saya tergerak untuk melihatnya. Setelah membuka, didapati ada beberapa message pada fotopages tersebut(mungkin daripada murid-murid saya).

Setelah membukanya,saya amat terkejut kerana murid-murid menyalahgunakan ruangan komen yang dibina. Pada pendapat saya, sekiranya saya berdiam diri, ia akan mengakibatkan reputasi saya sebagai seorang guru menjadi buruk. Ini kerana sayalah yang bertanggungjawab terhadap fotopages ini.Ia juga sungguh menyedihkan saya.

Setelah berfikir sejenak, saya membuat keputusan untuk menghalang murid-murid saya daripada melayari fotopages ini lagi dengan meletakkan password sekiranya ingin melayarinya juga. Saya tidak akan memberitahu password fotopages ini kepada mereka. Mereka telah menghancurkan kepercayaan saya terhadap mereka.Mereka mengecewakan saya dalam hal ini.

Nasihat saya kepada murid-murid saya juga terhadap diri sendiri, berfikirlah sebelum kita memberi komen atau hendak bercakap kerana jika kita tidak berfikir, mungkin kita akan mengecilkan hati ataupun memberikan kemarahan orang lain. Mungkin saya juga begitu, Ya Allah,ampunkan aku.Aku manusia lemah.Aku manusia jahil.Kau berilah pertunjuk dan hidayahMuKau jadikanlah semua murid-muridku sebagai murid yang berjaya serta baik budi pekertinya.Amin...

No comments: