Tahun ini, kami beraya di rumah Batu Pahat pada Hari Raya Pertama dan Kedua.Ramai adik - beradik berkumpul, bertukar-tukar cerita dan bertukar-tukar pendapat selain memohon ampun dan maaf.
Sudah menjadi kelaziman bagi keluarga kami, pada malam raya pertama, kami bergotong-royong menyediakan juadah serta mengadakan majlis tahlil anak beranak. Selepas tahlil, kami akan bermaaf-maafan sambil mengalunkan selawat beramai-ramai serta menjamu selera. Menu kegemaran kaum Banjar ialah ayam masak gaul. Yum yum yum...Tapi menu ini tidak begitu digemari oleh kebanyakkan menantu. Hem...sebab menu ini sebenarnya gabungan ayam rebus dicampurkan dengan susu cair dan digaulkan bersama timun yang dihiris nipis, hirisan bawang merah serta hirisan tomato.Oleh yang demikian, menu ini agak ganjil dan ia biasanya hanya menjadi kegemaran untuk orang yang berbangsa Banjar sahaja. Hehehe. Buat menantu, mereka lebih gemar makan menu biasa seperti rendang, nasi himpit, ketupat serta ayam masak merah.
Semoga budaya bertahlil ini akan menjadi acara tradisi setiap tahun...
Pada hari raya kedua, ramai orang pergi menziarahi sanak-saudara. Namun, bagi keluarga kami, kami akan bergotong-royong membuat suatu kerja yang hanya boleh dilakukan jika ada ramai orang sahaja. Em, inilah masanya. Selepas sarapan ubi kayu rebus lawan dengan sambal tumis serta ikan kering...terliur rasanya...kami bergotong-royong membersihkan saki baki jambatan kayu di hadapan rumah yang telah usang. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang telah bertungkus lumus menyelesaikan tugasan dengan jayanya.
Bengkel Kuasai Penyuntingan (BM SPM)
4 months ago
No comments:
Post a Comment