Wednesday, July 8, 2009

Sabak Awor

Pada 3 Rejab yang lepas, saya bersama isteri berpeluang berbuka puasa di port medan ikan bakar yang baru di Muar, Johor. Perjalanan dari rumah mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai sahaja di medan ikan bakar Sabak Awor, tepat-tepat azan berkumandang. Kami hanya berbuka dengan minum air yang dibawa sendiri dan terus berjalan ke surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan terlebih dahulu.

Selesai sahaja solat, terus ke gerai kedua berhampiran surau seperti yang dicadangkan oleh Kak Suzie dan Kak Sham. Dalam kelaparan, kami terus memesan makanan. Pesan tak hingat.Macam-macam ada. Amik kerang di masak rebus, udang masak sambal, sotong goreng tepung, ikan pari masak sambal,ketam butter,2 bungkus nasi lemak serta sepinggan nasi putih.(nafsu tamak tu...).


Dalam hati, terdetik jugak,

"Kalau tak sedap, macam sia-sia je buka jauh-jauh".

Tunggu tak lama la. Lebih kurang 15 minit, semuanya ada di depan mata. Yum yum yum...Sungguhmenyelerakan. Tak sia-sia jalan jauh sikit. Tempat duduk pun selesa, tempat solat pun superb!! Tak malulah mengaku orang Johor...

Abis makan je, kami berdua terkejut. Kenapa...Biasanya, semasa kami makan di tempat lain, anggaran dalam RM 100 la. Saya terpaksa bertanya 2 kali takut-takut tersalah dengar. Hanya RM46.00. Subhanallah.Alhamdulillah. Semoga harga sebegini kekal selamanya. Jangan berubah apabila sudah glamour...Yang pasti, mungkin kami akan datang lagi selepas ini. Credit to Kak Suzie dan Kak Sham yang telah memperkenalkan tempat ini.

Pintu masuk Medan Ikan Bakar Sabak Awor


Depan sekali tu ialah surau



Siap ada menara lagi...

No comments: