Saturday, July 25, 2009

Adakah kita menyayangi isteri???

Tajuk hari ini pelik sedikit. Ia mempunyai 1001 persoalan. Setiap insan mempunyai cara yang tersendiri menunjukkan cara yang mereka menyayangi seseorang. Kadang-kala, caranya agak pelik dan lain dari yang lain.

Namun, ada juga cara yang biasa-biasa yang dilakukan oleh suami contohnya memberi bunga, memberi hadiah, memberi ciuman romantik di dahi setiap kali pergi mencari nafkah dan banyak lagi. Bagi aku, aku bukanlah insan yang sangat romantik dan mungkin harapan isteri untuk mendapat sekuntum mahupun sejambak bunga dari suaminya ini adalah sangat tipis sekali.

Ini bukan bererti yang aku tidak menyayanginya tetapi mungkin caranya agak berbeza sedikit. Setiap hari, kita solat lima waktu. Ingatlah, sebagai seorang lelaki, kita tidak pernah "uzur" seperti wanita. Walau bagaimana uzur pun,sebagai kaum lelaki, kita mesti solat.

Selepas solat, ada hadis yang menyatakan orang yang tidak berdoa merupakan orang yang sombong. Sombongkah kita?Bukan lama pun untuk memohon kepadaNya. Biasanya, doa selepas solat ditujukan untuk diri sendiri, isteri, keluarga dan ada juga sedikit untuk muslimin dan muslimat.

Cara aku menunjukkan yang aku mencintai isteri adalah, aku akan mengkhususkan doa selepas solat ba'diah dan qabliah untuk isteri. Doanya begini,

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau ampunkanlah dosa isteriku,
Kau mewahkanlah rezekinya,
Kau jadikanlah isteriku isteri yang solehah,
Yang taat kepadaMu Ya Allah, Yang taat pada suami Ya Allah,
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada beliau,
serta Kau jauhkanlah daripada dijangkiti penyakit.
Ya Allah yang Maha Berkuasa,
Kau temukanlah kami di pintu syuga FirdausMu,
Kau tambahkanlah perasaan kasih,cinta dan sayang
antara kami berdua setiap masa.
Ya Alah, Yang Maha Agung,
Kau Kurniakanlah kepada beliau zuriat yang soleh,
Yang sempurna sifatnya serta yang dapat mendoakan kami Ya Allah
Kau permudahkanlah kerja yang dilakukannya,
Kau permudahkanlah laluan kerjayanya.
Kau perkenankanlah doa hambaMu yang lemah ini,
Amin Ya Rabbal A'Lamin...
Pada pendapat aku, inilah hadiah yang paling berharga...Semoga dimakbulkan olehNya.

No comments: