Thursday, December 23, 2010

Hadith

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:

”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

Huraian
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa. (Muslim)

Tuesday, December 21, 2010

Motivasi

Tips Motivasi Daripada Irfan Khairi:

Tidur secukupnya. 8-9 jam adalah jangkamasa tidur terbaik untuk orang dewasa sehari. Zaman ini, kita sering korbankan waktu tidur kerana gaya hidup yang semakin demanding. Namun, dengan tidur yang secukupnya, sebenarnya akan menjadikan kita lebih bertenaga, efisyen dan lebih produktif. Bagi yang jarang tidur 8 jam, cuba-cuba lah.

Saturday, December 18, 2010

Tahniah Malaysia

Tahniah kepada Malaysia kerana berjaya ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Walapun hanya seri di Vietnam, namun Malaysia mempunyai bekal 2 gol yang diperolehi semasa di Bukit Jalil. Tahniah Malaysia. Semoga berjaya menewaskan pasukan Indonesia di perlawanan akhir nanti.

Friday, December 17, 2010

ADUN Tenang meninggal dunia

Takziah atas kematian ini. Semoga Allahyarham tenang menghadapi ujian yang mendatang.Allahyarham meninggal pada usia 59 tahun. Usia sebegini sebenarnya jika disamakan dengan diri saya merupakan usia yang agak singkat. Mengapa saya berkata begitu?Kerana saya perlu berkhidmat dengan kerajaan sehingga usia saya 58 tahun. (Rasa menyesal juga tidak mengambil pencen 56 tahun).

Bayangkan, jika kematian saya pada usia sebegini, saya hanya sempat mempersiapkan diri secara totalnya selama lebi kurang satu tahun. Ajal, jodoh, pertemuan di tangan Tuhan. Ia tidak akan lambat dan cepat sungguhpun sesaat dengan kehendak Allah.

Pengajaran dari peringatan ini untuk diri sendiri ini , ingatkah saat saat kematian setiap masa agar bekal yang perlu dibawa ke sana nanti mencukupi.

"Ya Allah, Kau masukkankanlah aku serta keluaraku ke dalam syurga Firdaus dengan rahmatMu Ya Allah..Aminn..."

Tuesday, December 14, 2010

Ikhlaskah kita?

Panduan untuk mengukur keikhlasan kita:-

1. Apakah kita sembahyang, wirid, zikir, doa dan baca Quran di rumah dengan di masjid ada perbezaan? Di rumah kita buat cepat-cepat dan lebih kurang sahaja sedangkan di masjid kita lakukan dengan penuh teratur, tertib, sopan, dengan suara sedap atau cuba sedap-sedapkan suara kita. Ertinya kita buat lebih baik bila berada di masjid yakni di depan orang ramai. Itu tandanya tidak ikhlas.

2. Pernahkah kita tidak buat sembahyang sunat sewaktu di rumah tetapi kita buat atau buat lebih banyak kalau di masjid? Kita buat kerana takut orang kata atau malu pada orang. Itu tanda tidak ikhlas.

3. Kalau ada orang puji, apakah ada rasa berbunga, sedap dan suka hati? Waktu dikeji adakah rasa marah atau sempit dada dan sedih? Kalau terasa megah atau sedih, ertinya belum ikhlas.

4. Apakah kita menderma dengan bersyarat, misalnya mesti ditulis dalam daftar atau disiarkan dalam akhbar dan tv? Kalau tidak, kita tidak mahu menderma untuk masjid, surau, anak yatim, sekolah Islam dan lain-lain lagi. Atau terpaksa ditulis nama kita pada mana-mana batu asas. Kalau tidak, kita tidak menderma. Itu tanda tidak ikhlas.

5. Adakah kita membaca Al-Quran bertujuan untuk dapat hadiah besar atau piala dan lain-lain? Kalau tidak kita malas atau langsung tidak membacanya. Ini tanda tidak ikhlas.

6. Cuba kita renung-renungkan, adakah kita buat kebaikan kemudian suka sebut-sebut atau dengan harapan supaya orang itu balas kebaikan kita? Apakah selepas kita berbuat baik pada seseorang, kemudian bila dia lukakan hati kita, langsung kita berkata di depan atau di belakangnya: “Tidak patut engkau buat begini pada aku. Aku dah banyak tolong engkau. Kalau aku tak tolong selama ini, susah engkau. Memang orang tak kenang budi.” Ini juga tanda tidak ikhlas.

7. Pernahkah kita menderma hanya di depan orang tetapi kalau secara sembunyi, kita tidak menderma? Ini juga tidak ikhlas.

8. Apakah kita suka segala kebaikan hanya dicetus oleh kita sahaja? Bila orang lain yang buat kebaikan itu, kita tidak suka. Ini juga tidak ikhlas.

9. Adakah waktu kita berjawatan, kerana ada gaji dan elaun maka kita aktif dan gigih berjuang memperkatakan Islam? Kita bersyarah merata-rata tempat. Tapi bila tidak ada jawatan, kita tidak minat buat kerjakerja itu lagi. Atau kita ditukar jawatan, bukan jawatan agama lagi, langsung kita tidak minat sebut Islam lagi. Ini ada udang di sebalik batu namanya, tanda tidak ikhlas.

10. Apakah kalau pergi berdakwah di tempat yang jauh itu kita pandang pada elaun? Kalau tidak ada mileage dan elaun kita tidak pergi. Atau kalau pergi pun dengan hati yang berat. Terpaksa. Ini juga tanda tidak ikhlas.

11. Apakah kita ghairah menyebut Islam ini hanya dalam pidato-pidato atau seminar-seminar saja tetapi dalam perbualan-perbualan biasa tidak sibuk mengatakannya? Ertinya tidak sebut langsung fasal Islam. Ini juga tidak ikhlas kerana ada motif nama dan kemasyhuran.

12. Adakah kita sanggup mengajar hanya kerana kita diberi gaji? Kalau tidak ada gaji, kita tidak sanggup? Atau kalau mengajar juga secara terpaksa kerana takut dikatakan, ‘Ada ilmu, tapi tidak sampaikan ilmu!’. Itu tanda tidak ikhlas.

13. Pernahkah kita memperkatakan Islam itu hanya sewaktu-waktu kita harapkan dapat kerusi di Parlimen? Atau hendak tambat hati rakyat dengan harapan parti kita dapat memerintah? Tapi bila tidak ada kerusi lagi atau sudah tua, kita tidak sibuk-sibuk lagi memperjuangkan Islam. Ini ada kepentingan diri namanya. Juga tidak ikhlas.

14. Adakah kita buat teguran hanya pada orang-orang kecil atau orang bawahan sahaja? Tetapi bila tuan-tuan di atas kita buat kesalahan, kita tidak berani hendak tegur? Ini tanda tidak ikhlas.

15. Adakah di depan ramai sahaja kita kuat jaga disiplin? Berlakon jadi baik. Bila di belakang orang, hilang disiplin. Mulalah tidak dapat hendak kawal mata keranjang. Mula tidak dapat mengawal telinga, dan tidak berakhlak. Ini berakhlak tidak ikhlas namanya.

16. Adakah bila kita ada jawatan dalam kampung atau di masjid atau apa-apa juga jawatan dalam masyarakat, baru mahu berkorban? Tetapi bila tidak ada jawatan, tidak mahu berkorban lagi. Itu tanda kerja kita tidak ikhlas.

17. Renungkanlah, apakah kita mahu belajar Islam kerana ada jaminan masa depan? Kalau tidak, mungkin kita tidak belajar. Atau tidak bersungguh-sungguh belajar Islam. Ini juga tidak ikhlas.

18. Pernahkah kita beri bantuan kerana orang itu berbuat baik kepada kita? Sedangkan kalau orang tidak berbuat baik pada kita, kita tidak suka membantunya, walaupun orang itu patut dibantu. Ini juga tidak ikhlas.

19. Adakah kita rasa tidak senang bila ada orang sekali-sekala menggantikan kita berceramah atau bersyarah di tempat-tempat kebiasaan kita. Atau kita rasa bangga atau rasa senang hati kerana dia membantu kerja-kerja kita buat kebaikan? Jika tidak, ini juga tidak ikhlas.

20. Pernahkah terjadi dalam mana-mana mesyuarat atau mana-mana perbincangan, kita mahu biarlah cadangan-cadangan yang baik dan bagus hanya datang dari kita? Kalau ada orang lain turut sama memberi pandangan walaupun baik, kita rasa tidak senang? Ini tanda tidak ikhlas. Orang yang ikhlas, dia mahu orang lain juga dapat memperkatakan kebenaran. Bukan hanya melalui dirinya seorang.

21. Adakah depan orang ramai saja ilmu Islam itu jadi bualan kita tetapi bila berhadapan dengan anak isteri, kita bungkam? Malas hendak memperkatakan Islam. Tidak ghairah hendak sebut hal-hal Islam atau hal-hal perjuangan. Ini juga kerana bermotif nama dan kemasyhuran. Depan anak isteri mana dapat nama atau kemasyhuran.

22. Adakah kita hantar anak belajar di satu-satu sekolah kerana mengharapkan didikan, tarbiah dan akhlak yang baik? Bukan kerana jaminan sijil atau dapat kerja? Atau sebaliknya yakni kalau tidak ada sijil atau tidak ada jaminan kerja, kita tidak hantar anak kita walaupun sekolah itu baik didikannya? Ini juga tidak ikhlas.

23. Adakah kita menutup aurat kerana orang suruh atau menutup aurat ini hanya di tempattempat yang tertentu sahaja? Atau di majlis-majlis rasmi sahaja seperti majlis kematian. Atau menampakkan sebahagian anggota yang terlarang atau pakaian terlalu ketat atau jarang? Atau bertudung untuk bermegah-megah? Ini semua tidak ikhlas.

24. Seorang yang pernah kita beri bantuan kerana dia patut menerima lantaran kemiskinan atau kesusahannya, kemudian dia cacatkan hati kita, apakah kita terus memberikan bantuan itu? Kalau kita teruskan memberi bantuan itu kepadanya, itu tanda ikhlas.

Cukuplah setakat ini contoh-contoh yang lumrah berlaku di tengah-tengah kehidupan kita. Agar ia menjadi kayu pengukur sejauh mana keikhlasan kita selama ini. Kita tentu ada penga-laman bersama dalam salah satu hal-hal yang berlaku di atas.

Kalau begitu ukurlah diri masing-masing, apakah usaha-usaha, kerja-kerja dan amal ibadah sudah ikhlas atau belum?Untuk mendapat ikhlas amat susah. Tetapi bila tidak ada ikhlas, ertinya tidak ada roh amal. Tidak ada nyawa ibadah. Walaupun manusia itu nampaknya hebat, di sisi Allah, tidak ada apa-apa nilai. Kosong. Ibarat habaan mansura yakni habuk-habuk yang berterbangan, hilang begitu sahaja.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT:
“Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas. Jadikan usaha kami kerana-Mu. Jangan diselit di hati kami selain-Mu. Pimpinlah kami wahai Tuhan. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Agar usaha-usaha kami tidak sia-sia. Amin. Ya Rabbal’alamin. Ya Mujibassailin, Wahai Tuhan yang menunaikan segala permintaan orang yang meminta.”Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu balasannya ialah syurga seperti sabda Rasulullah SAW: Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh (ikhlas), apa yang belum terlihat oleh mata dan belum terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.” (Muttafaqun ‘Alaih).

Sumber:
http://pukullima.blogspot.com/2010/11/bagaimana-mengukur-keikhlasan.html#comments

Tuesday, November 30, 2010

Cuti

Salam...

Pada Hari Sabtu yang lepas, kami bercuti di Kluang. Banyak kenangan lama yang tertinggal di sana. Kluang merupakan bandara dalam taman yang "cool".Kami pergi ke sana juga sebab menunaikan janji kepada sahabat lama, Cicun dan Apis untuk melepak di rumah mereka.

Tidur di rumah Cicun. Sempat jugak menyaksikan kemenangan Arsenal. Huhuhu. Main boling (walaupun kalah...kena titik gila-gila ngan Cicun..), then makan kat kedai Tom yam. Malamnya, makan mertabak kat Kluang. Sedap gak. Dulu masa zaman aku kat sini, tak ada tempat tempat nak melepak macam ni. Nak tengok wayang pun kena gi Batu Pahat.Huhu. Sekarang siap ada 2 lagi tempat menonton wayang....

Esok pagi je, kami sarapan di roti bakar keretapi. Walaupun cuma cawangan je, rasa tetap sama. Sempat lagi bawak balik Melaka 2 bungkus kopi. Satu uncang dan satu serbuk.

Lunch kat umah Apis. Thanks to wife Apis yang masak untuk kami walaupun sedang mengandung 5 bulan. Kenyang gila.Siap ada cup cake lagi dan puding segala. Thanks to Cicun and wife yang banyak belanja kami makan. Senang senang datang la jalan jalan kat Melaka pulak...

Tapi satu yang sengalnya, kami lupa amik gambar walaupun bawa kamera....

Wednesday, November 24, 2010

JCard Day

Pagi ini, isteri saya memaklumkan esok merupakan Hari JCard. Itu makluman yang tersurat. Agenda yang tersirat, seperti biasa...membeli-belah...

Kaum perempuan pantang dengan jualan murah. Pasti terbuka fikiran tentang apa yang masih belum ada dan perlu dibeli pada ketika itu juga...

Tuesday, November 23, 2010

Kita Lemah

Semalam merupakan hari yang menunjukan kepada saya tentang kita hanya insan yang lemah. Hanya mampu merancang namun hanya Dia jua yang menentukan. Awal pagi, pergi ke sekolah untuk membuat beberapa kerja yang masih belum diselesaikan. Maklumlah, sebelum ini, pc di dalam bilik guru merupakan pc mempunyai rating yang paling hot...

Kejam celik kejam celik, tau-tau je dah pukul 1 tengah hari. Claim pun tak sempat buat. Nampaknya, kenalah minta talian hayat daripada Encik Zam...Zam, kalau kau baca statement aku ni, harap dipersudikan jua la ye...

Lepas mengambil orang rumah dan makan, perancangan sebelumnya pergi ke bengkel kete untuk servis kete...tapi terpaksa di tangguhkan sebab nak bawa orang umah ke Hospital Pantai sebab demam...suhu tinggi, batuk, selesema...full package!

Punya lah ramai yang nak jumpa doc ni, nak tak nak kenalah tunggu juga. Nurse kat situ suggest amik darah just nak tau takut-takut kena denggi. So, lepas bawa form nak amik darah tu je, kos dia dah RM178...Lepas tu, tibalah azab nak tunggu doc panggil.Punyalah lama.At the end, bila sampai turn kami, doc tu pun periksa dan bagi dia punya pendapat itu dan ini dan bagi resit untuk amik ubat.

Lepas bagi resit je dekat Encik Cashier, Encik Cashier pun meletakkan kalkulator di atas meja. Balance yang perlu dibayar ialah RM345.Honestly, aku sikit terkejut beruk la sb doc tadi kata pun demam biasa je. Ye betul, bila pergi ke private hospital, inilah bayaran yang perlu dibayar tapi jumlahnya tu macam membuatkan aku terkedu sikit.

Sebelum ni, aku memang selalu pergi kat MMC je tapi sb HP ni la yang terdekat, ingat tak nak buang masa. Pernah masa kat MMC, siap pergi emegency, lepas tu jumpa specialist yang on call lagi sebab malam,cuma kena RM300 ++.

Akhirnya, kami keluar awal pagi dan balik ke rumah selepas magrib...Dah mengalahkan keje pulak. Pas tu, perancangan untuk menservis kete terpaksalah ditangguhkan...

Agak-agak, kalau wife aku demam yang luar biasa, berapa pulak kena ek...

Sunday, November 14, 2010

Bulan Madu

Alhamdulillah, kami selamat kembali semula ke Melaka dengan selamat. Secara tidak disangka-sangka, saya dikehendaki menghadiri kursus di Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Pada masa yang sama, dengan izin Allah, isteri saya juga dikehendaki menghadiri kursus yang sama oleh ketua jabatannya.

Oleh yang demikian, kursus pada kali ini ibarat "bulan madu" bagi kami. Saya tidak susah hati. Isteri juga tidak susah hati. Mana tidaknya, jika saya seorang saha yang ke Kuala Lumpur, saya perlu memikirkan cara isteri pergi ke sekolah. Ini kerana isteri masih belum mempunyai keyakinan untuk memandu kereta.

Apa yang saya dapat ucapkan di sini ialah terima kasih kepada kerajaan kerana memberi pakej "percutian" ini dan yang paling penting, Terima kasih Allah.

Monday, November 1, 2010

49

Saya menerima panggilan daripada seseorang yang saya tidak kenali. Setelah memperkenalkan diri, beliau memberitahu bahawa saya dipelawa untuk menjalani "basic medical check up" bersama pasangan di Hospital Pantai secara percuma.Setelah berfikir seketika, akhirnya saya bersetuju untuk hadir pada hari Ahad.

Saya tiba tepat pada masa yang dijanjikan. Emm, memang sikap saya tidak suka lewat apabila sudah berjanji. Mengapa saya berkata begini?Disebabkan saya mengejar masa, saya tersalah memakai selipar. Selipar di sebelah kiri tidak sama dengan selipar di sebelah kanan. Mujur warnanya sama. Saya hanya menyedarinya di pertengahan jalan. Mahu berpatah balik, sudah tidak sempat.

Setelah mendengar penerangan daripada Encik Arasan, seorang yang berbangsa India, kami membuat "basic medical check up". Untuk saya, semua yang lain kelihatan seperti tidak ada masalah. Cuma bahagian tekanan darah saya agak rendah serta denyutan nadi saya agak lemah. Ia sekitar 49 denyutan seminit. [Denyutan normal dari 60 hingga 80 seminit].

Menurut Encik Arasan, beliau tidak tahu apa sebabnya. Mungkin saya kurang membuat senaman...Tetapi mungkin juga jantung saya lemah.Takut juga saya...huhu.Apa tidaknya, banyak benda yang saya fikirkan.

Adakah saya akan mati? Sudah cukupkah bekalan saya di hari pembalasan nanti? Adakah saya dapat menjawab soalan munkar nakir dengan mudah? Dan banyak lagi yang bermain dibenar fikiran saya.

Namun, saya amat bersyukur kerana mungkin inilah turning point untuk saya lebih berusaha untuk sentiasa mengingatiNya...Alhamdulilllah, isteri saya walaupun mengalami tekanan darah yang rendah, namun denyutan nadi beliau berada pada tahap normal.Semoga beliau sentiasa sihat...Amin.

Wednesday, October 27, 2010

Entah

Kadang kala, apa yang kita lakukan gagal difahami dan dipandang sinis..Mengapa??Mungkin itulah yang dikatakan manusia...Mesti banyak kekurangan...Entahlah...

Tuesday, October 26, 2010

Manusia

Sudah lama rasanya saya tidak mengemaskini blog ini. Bukannya sibuk sangat pun tapi ntahlah..Minat saya untuk menulis blog agak berkurang...Tidak tahu mengapa...

Hari ini, saya pergi ke sebuah bank untuk membayar pinjaman kereta. Semasa dalam perjalanan, saya melalui beberapa kedai judi (toto dan magnum). Apa yang menyedihkan saya, terdapat beberapa orang yang saya rasa beragama Islam [berdasarkan kulit mukanya] tidak rasa segan apatah lagi bersalah membeli nombor di premis itu. Emmm,kadang kala, tabiat manusia sukar difahami...

Apa yang menggelakkan hati saya, di antara dua premis ini, ada seorang wanita berbangsa Cina bersama sebuah komputer riba mencari pelanggan untuk meramal nombor apa yang akan keluar....Yang menambah kelakar lagi, ada jugak manusia yang saya rasa bodoh yang menginginkan perkhidmatan meramal nombor yang akan keluar oleh wanita itu.

Pada pendapat saya, sekiranya wanita itu boleh meramal nombor apa yang mesi keluar, buat apalah beliau duduk berpanas di tepi premis menjual nombor itu untuk mencari pelanggan. Kan lagi untung jka beliau sendiri membeli nombor yang diketahui akan keluar pada hari esok....

Kelakarkan??

Monday, October 18, 2010

Syukur

Alhamdulillah, akhirnya, hari-hari yang sangat sibuk sudah mengurang akan kesibukannya. Skrip jawapan sudah selesai, claim juga sudah selesai, soalan peperiksaan PJK juga sudah selesai. Tinggal menunggu hai peperiksaan sahaja. Semoga semua murid dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang boleh dielakkan. Jangan lupa meletakkan tanda noktah diakhir ayat, serta menggunakan huruf besar semasa memulakan ayat bagi mengelakkan markah berkurang...

Pada minggu lepas juga, PM telah membentangkan bajet untuk tahun hadapan. Saya bukanlah orang ekonomi. Namun, saya pasti segala bajet yang dirancang pasti bertujuan ke arah kebaikkan demi kemampanan kehidupan kita seharian...Cuma, apa yang saya harap, segala yang dirancang dijalankan dengan seamanah yang mungkin.

Alhamdulillah juga, PM telah mengumumkan wang tambahan untuk penjawat awam sebanyak RM500. Ia...mungkin ada yang memandang sinis dengan jumlah itu. Namun, pada pendapat saya, ia lebih baik daripada tiada langsung. Duit banyak mana pun jika tidak digunakan dengan berhemah, pasti tidak akan cukup....

Alhamdulillah juga kerana PTK telah dihapuskan. Secara jujurnya, saya bukanlah orang yang menentang PTK. Pada pendapat saya, sistem penilaian begini amat baik. Setidak-tidaknya, sebagai penjawat awam, kita perlu tahu hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. Oleh yang demikian, disebabkan PTK, ramai penjawat awam yang membaca buku bagi mempersiapkan diri untuk menjawab soalan yang diberi...Emmmm....Baikkan begitu...

Apa yang saya kurang setuju ialah mereka mengehadkan yang setiap penjawat awam (dalam kes ini...untuk yang lain saya tidak pasti tetapi untuk skim DG,ianya begitu),hanya boleh mengambil peperiksaan PTK sebanyak 2 kali sahaja. Jika masih gagal mendapat aras cemerlang untuk kedua-dua kertas, maka tiada lagi peluang untuk melonjakkan tangga gaji dari P1 ke P2.

Pada pendapat saya, jika tiada had yang 2 kali ini, PTK merupakan suatu penilaian yang adil dan baik.Harap-harap, penilaian yang menggantikan PTK akan lebih baik dan lebih adil...

Alhamdulillah juga kerana selesema, sakit tekak dan batuk saya semakin baik. Juga dengan mood bekerja yang telah kembali seperti sedia kala. Thanks Allah...

Friday, October 8, 2010

Pening Lalat

Sekarang saya sentiasa pening lalat saja setiap hari. Apa tidaknya, saya sedang mengejar dateline untuk menyiapkan penandaan karangan Bahasa Melayu. Macam-macam ada...Macam Astro jugak...Dari jawapan yang hebat meletop da bom hinggalah jawapan yang tak boleh dibaca...

Kalau jawapan yang Da Bom meletop tu senanglah. Begitu juga dengan jawapan yang tidak boleh dibaca. Tidaklah risau dengan markah yang diberi.

Kadang-kadang, takut jugak. Takut jika markah yang diberi tidak bertepatan...Kalau telebih, ok kot tapi kalau terkurang...Saya memohon kepada Allah agar memudahkan segala urusan. Segalanya dari menanda, memberi markah, menghantar semua jawapan dengan selamat hinggalah mereka berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi.

Namun, saya tidak dapat nafikan, pengalaman ini merupakan pengalaman yang sangat berguna dan bernilai . Ia dapat digunakan semasa saya mengajar murid-murid saya. Ia tidak dapat digambarkan. Amat subjektif tetapi tidak semua guru berpeluang merasainya. Terima kasih Allah.

Sunday, October 3, 2010

O.H

Musim raya sudah hampir tiba ke garisan penamat. Namun, jemputan ke open house banyak di sana dan sini. Acara yang sangat baik jika difikirkan secara positif. Namun, ada segelintir yang sentiasa memikirkan kekurangan pada majlis yang dianjurkan. Moga saya dijauhkan daripada sifat ini.

Betul kata seorang insan, buat makanan banyak pilihan pun akan ada orang yang mengata. Buat makanan cukup-cukup supaya tidak ada yang terbuang pun ada orang mengata. Kadang-kala, rasa makanan yang tidak kena dengan tekak pun juga dijadikan bahan untuk dikomen.

Bagi saya sebagai orang biasa, jika makanan itu makanan yang tidak kita gemari, makanlah sedikit tetapi tidak perlulah bising-bising dengan orang lain. Bukan sahaja tidak baik namun ia juga mengundang kecil hati kawan yang mengundang itu.

Pergi ke majlis baik sepatutnya untuk mencari keredaan yang Esa. Wallahuaklam.

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Lahir

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri terchenta. Semoga dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. aaf kerana tiada sambutan yang istimewa seperti kek dan lilin segala.

Mengikut kuliah ustaz Azhar, sambutan hari lahir ini termasuk di dalam bid'atun jaizatun [berpandukan kitab yas' alu naka fiddin]-bid'ah yang harus kerana tidak ada contoh dibuat pada zaman nabi. Namun begitu, sambutan ini tidak perlu mengikut seperti sambutan orang barat.

Cara terbaik untuk membuat sambutan hari lahir mengikut Ustaz Azhar, buatlah solat hajat, sujud syukur dan doa selamat.Oleh itu, kita juga akan mendapat pahala sunat atas kebajikan yang dilakukan.

Bagaimana jika meniup lilin. Tiup lilin hukumnya haram kerana adat ini hanya dilakukan oleh agama Kristian. Barang siapa yang mengikut satu adat yang lazim untuk satu kaum sahaja, maka dia termasuk kaum itu. Selain itu, tidak perlulah menyanyi. Perkara yang terbaik ialah selawatlah ke atas nabi kerana siapa yang selawat ke atas nabi sekali, Allah akan mengampunkan disanya sepuluh kali.

Wallahuaklam.

Monday, August 23, 2010

Isu Halal Haram

Pagi ini, saya membuka akaun "facebook" saya. Ada satu link yang membincangkan tentang sebuah restoren makanan segera yang mengambil daging yang tidak dipastikan samada halal atau haram. Justeru, ia menimbulkan seribu satu persoalan tentang status halal makanan dari restoren segera itu.

Saya sebenarnya takut untuk membincangkan tentang isu ini. Bukan apa. Kerana secara jujurnya, saya juga tidak pasti tentang kebenarannya.

Secara langkah berjaga-jaga, kami mungkin tidak akan makan di sini. Kita perlu menjaga tentang makanan yang kita makan kerana ia akan menjadi darah daging kita. Justeru, ia amatlah penting.

Saya baharu sahaja mengahantar email kepada pegawai yang terbabit. Semoga beliau tidak memandang remeh tentang hal ini.

Wednesday, August 18, 2010

Kecil tapi signifikan

Pada bulan Ramadhan ini, satu hikmah yang amat nyata buat kami [saya dan isteri] ialah kami dapat datang untuk ke sekolah lebih awal. Tidaklah tergopoh-gapah yang kadang kala,ianya boleh menimbulkan pergaduhan kecil...GGM[gaduh-gaduh manja].

Biasanya, kami keluar dari rumah pukul 6.50.Ops...memang awal tapi perlu diketahui seantero dunia, waktu tempat saya bekerja lebih cepat 15 minit dari waktu biasa. Tujuannya agar tidak berlaku kesesakan di kawasan sekitar. Kawasan sekitar kami mempunyai beberapa sekolah yang jaraknya amat dekat.

Tetapi pada bulan Ramadhan ini, kami dapat keluar lebih awal dari bulan-bulan lain...6.40 pagi [waktu dunia...ahahaha]. Walaupun beza dengan waktu sebelum bulan Ramadhan hanya 10 mini, namun kesannya amat signifikan.

Saya perlu mengelakkan kesesakan yang biasanya berlaku di sekolah isteri saya jika saya sampai di sana jam 7.00 pagi dan ke atas. Ini kerana ramai ibu bapa yang sampai pada waktu ini.

Jika saya sampai pada jam 6.55 pagi, biasanya tiada kesesakan berlaku. Ia sangat signifikan buat diri saya.

Tuesday, August 10, 2010

Demi Masa

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih
dan nasihat- menasihati dengan kebenaran
dan berwasiat dengan kesabaran

Esok, kita akan memulakan ibadah puasa. Semoga kita dapat mengerjakan ibadah ini dengan sempurna serta dapat melipat-gandakan usaha untuk mendekatkan diri kepadaNya. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNya.Hargailah masa. Janganlah jadi manusia yang rugi. Ia telah diperingatkan olehNya kepada kita pada surah Al'Asr yang telah saya paparkan maknya seperti di atas. Selamat berpuasa kepada semua.

Thursday, August 5, 2010

Dilema lagi...

Entah hati ini kejap mahu, kejap tidak. Kejap rasa hendak sangat, tapi dalam pada masa yang lain, rasa seperti tidak sangat. Risau dan bimbang tentang hal-hal akan datang barangkali.Kita mana tahu tentang hal-hal yang akan datang. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Semestinya, apa yang terjadi sebenarnya ingatan Allah kepada diri ini. Diri ini yang selalu melalaikanNya. Itu tanda betapa sayang Allah kepada hambanya. Cuma, kadang kala, hati ini tertanya-tanya[macam drama pulak...hehehe].

Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat aku. Bantulah aku,tolonglah aku. Kau berikanlah aku tanda agar aku mudah membuat keputusan. Amin.

Tuesday, August 3, 2010

Hati Panasssss

Panassss…ada seorang cikgu bertanya…

Si Penanya: Awak belajar di mana dulu?
Saya: Universiti Malaysia Sabah.

Si Penanya: Wah, itu universiti tak pandai punya…
Saya: (Terkejut).Pada saya,apa yang penting, saya dapat kerja dan saya boleh buat keje…
(Nota: Saya mendapat APC pada tahun ketiga berkhidmat di sini…itu tanda saya boleh membuat kerja)...[bukan riyak tapi kecewa dengan statement si penanya].

Si Penanya : Universiti yang bagus Universiti Malaya…
Si Penanya membentangkan hujahnya tentang universiti yang dikatakan bagus ituh…
Si itu dari UM, Si ini juga dari UM dan banyak lagi…

Jika nak dibandingkan dengan UMS,memang la tak sama tapi unfair la kalau nak kata UMS universiti loyarrr punya….depend on student tu sendiri.
Kalau study kat Oxford sekalipun,kalau malas dan tak berusaha, tak kan berjaya. Menghabiskan borah ajo...

Malas nak layan tapi sebagai seorang manusia biasa, hati tetap panasss jugak…Hati saya berkata...Lebih baik masuk universiti biasa dari tak dapat masuk langsung macam Si Penanya…Sabar aje la…Ya Allah, Kau ampnkanlah hambaMu ini.Aku hambaMu yang lemah...

Monday, July 26, 2010

Dilema

Bulan ini merupakan bulan dilema bagi saya. Mengapa? Kerana ia sedikit lari dari perancangan. Maklumlah, sedikit masa lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak...

Mulanya, bermula bulan lepas lagi, kawan saya semasa matrik malahan semasa berada di UMS, susah senang bersama,Cicun dan Apek menyatakan untuk hadir ke Family Day kilangnya di Melaka. Maka, beliau menyatakan keinginannya untuk tidur di teratak saya. Honestly, saya amat mengalu-alukan kehadiran beliau sekeluarga.

Tiba-tiba abang saya mewar-warkan hajat di FBnya untuk bergotong-royong di kampung pada tarikh yang sama. Emmm, saya merasa sedikit serba-salah kerana saya telah menyatakan persetujuan kepada 2 orang kawan saya ini.

Sudah menjadi kebiasaan ibu mertua saya pula mengadakan kenduri pada minggu akhir sebelum bulan Ramadhan. Oleh itu, mahu tidak mahu, suka tidak suka, saya juga perlu menghadirinya.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menyambut kehadiran sahabat saya pada minggu ini,31 Julai 2010, kemudian pergi ke kenduri doa selamat sebelum Ramadhan di rumah ibu mertua saya pada minggu hadapan. Saya akan pulang ke kampung pada hari keempat pada Bulan Ramadhan [minggu lagi satu]. So, kami boleh berbuka puasa bersama-sama serta pergi bersolat tarawikh bersama-sama di kampung.

Harap-harap, tindakan saya ini betul. Bukan kerana saya mengutamakan kawan-kawan tetapi saya menginginkan menyambut awal Ramadhan di kampung bersama bapa saya yang amat saya sayangi.

Harap-harap juga, kawan-kawan saya suka tidur di rumah saya. Saya amat menghargainya.

Wednesday, July 21, 2010

MLM

Suatu ketika dahulu, saya di"add" di FB saya oleh seorang wanita yang saya kenali. Beliau merupakan rakan sekelas saya semasa saya berada di sekolah rendah. Ini bermakna saya sempat merasa pengalaman sekelas dengan beliau selama 6 tahun.

Saya tidak lagi sekelas dengan beliau selepas saya menjejakkkan kaki ke sekolah menengah. Berbalik pada cerita FB tadi. Saya tidak mengesyaki sesuatu. Pada pendapat saya, mungkin beliau ingin mengembalikan kenangan kami berkawan semasa di sekolah rendah itu. Saya mula berfikir agak jauh.Mungkin ia melampaui apa yang kita paut fikir.

Saya mula berfikir, sekiranya saya menjumpai kesemua 40 orang rakan di kelas saya semasa di sekolah rendah ini, maka apa salahnya untuk membuat satu program yang tujuannya dapat membantu kepada sekolah rendah saya...SK Seri Comel...[barangkali kerana ramai muridnya comel-comel belaka...].

Kami mula bertukar pendapat melalui status di FB saya. Beliau beriya-ia bertanya kepada saya tentang waktu saya pulang ke kampung...Beliau ingin berjumpa kami suami isteri. Saya tidak menghadapi masalah mengenai perjumpaan begini. Pada saya, perjumpaan seperti ini merupakan titik permulaan unuk kami merancang mencari kawan-kawan lama...

Tibalah waktu yang dirancang. Malangnya beliau datang bersama seorang kawan.Emmm...saya tidak kisah tetapi saya mulai curiga tentang tujuan beliau berjumpa saya...

Tibalah masanya...beliau berbual seperti biasa...Bertukar-tukar cerita...dan akhirnya beliau memperkenalkan kawan beliau ini...Sah! Rupa-rupanya, beliau ingin mengajak saya menyertai skim Multi Level Marketing ,MLM dari satu produk yang memang terkenal buat masa ini. Modalnya sangat banyak. Secara jujurnya,saya tidak mampu dan berani untuk menyertai aktiviti seperti ini. Saya meminta sedikit masa untuk berfikir....

Keesokkan harinya, beliau menghantar pesanan di FB saya...bertanya tentang keputusan saya.Saya hanya membalas ...

"Saya minta maaf. Saya tidak berminat untuk menyertai.Saya harap anda faham."

Semenjak hari itu, beliau tidak lagi memberi sebarang komen tentang apa yang saya tulis di FB. Saya tak tahu mengapa?mungkin sibuk, mungkin juga topik yang ditulis membosankan tetapi tidak mustahil ia berkaitan dengan keputusan saya yang lepas...

MLM...boleh merubah persepsi seorang kawan...Harap-harap, saya tidak begitu walaupun saya memangpun tidak aktif dalam apa jua MLM. Saya menyertai Zhulian,Cosway,Amway dan apa ntah lagi yang saya sendiri pun sudah lupa adalah kerana ingin menjaga hati seorang kawan.

Tetapi jika yuran untuk menyertainya sampai puluhan ribu, saya minta maaf...

Monday, July 19, 2010

Tidur

Bukan menjadi budaya saya tidur di kala siang. Emmm... walaupun saya mengajar di sjkc Siang Lin, ia sama sekali tidak bermakna yang saya menyukai perkara ini(tidur di waktu siang la...). Bukan ego tetapi ia adalah kenyataan.

Pernah satu ketika semasa kecil, saya pergi ke rumah saudara saya untuk bermain. Maklumlah, saya merupakan anak kampung yang memang tidak ada jadual yang teraur seperti kanak-kanak sekarang...Ketika itu saudara saya ini sedang tidur. Maka, ibunya memberi saya bantal agar saya juga tidur bersama anaknya. Hehehhe..Apa yang terjadi...

Mulanya, saya terpaksa akur dengan permintaan ibu saudara saya ini...Saya berpura-pura tidur...Namun, setelah ibu saudara saya ini pergi ke dapur untuk membuat kerja rumah, saya berlari tidak cukup tanah kerana tidak selesa dipaksa tidur di kala siang...

Emmm...Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza...Tidur di waktu siang bukan hobi saya...Saya lebih rela berjalan-jalan melihat pemandangan sekeliling kampung berbanding tidur...Entah, jika ditanya sebabnya...Secara jujur, saya tidak tahu memberi sebabnya...Ia hadir secara tidak dirancang....

Namun,setelah usia menjangkau 30-an, kadang-kala saya dapat juga melelapkan mata di waktu petang...Mungkin bila usia kita sudah meningkat, tenaga yang tersimpan pun tidak sebanyak dahulu...Ia sebenarnya peringatan kepada diri saya sendiri yang saya sudah semakin tua...Mungkinkah saya berpeluang menikmati keindahan dunia seumur dengan saya?? Mungkinkah saya akan mati sebelum merasa duit pencen?? Saya tidak tahu...Allah sahaja yang tahu...

"Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku agar aku dapat mengabdikan diri kepadaMu..Amin...

Saturday, July 17, 2010

Kerjasama

Minggu lepas, banyak aktiviti dalaman yang dirancang. Antaranya, pertandingan syarahan, pertandingan bercerita, latihan kebakaran dan pertandingan kempen penjagaan mulut anjuran Kementerian Kesihatan. Alhamdulillah, secara amnya, semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Cuma ada sedikit sebanyak masalah yang "biasa-biasa" berlaku.

Salah satu masalahnya ialah masalah kekurangan kerjasama dari seorang parent ini.Saya pun tak faham kenapa dan mengapa. Pada mulanya, saya memilih anaknya ini kerana anaknya ini memenuhi ciri-ciri untuk saya pilih dalam pertandingan syarahan Piala perpaduan untuk tahun hadapan. Ye la...sekarang, murid ini berada di tahun lima. Jadi, dia bolehlah mula menghafal serta berlatih sedikit demi sedikit agar segalanya dapat berjalan lancar tahun hadapan.

Betul kata Guru Besar saya,jika kita berusaha lebih sedikit, bemula lebih awal,ia akan memudahkan kita serta dapat menambah kepuasan baik untuk diri sendiri, nama sekolah serta murid itu sendiri.

Pada minggu yang sama, saya juga mendapat surat untuk memilih sekurang-kurangnya seorang murid dan maksima lima orang tahun lima supaya dapat menulis esei yang panjangnya tidak lebih daripada 120 patah perkataan tentang Kempen Penjagaan Mulut.

Pada pendapat saya, pertandingan menulis esei ini baik bukan kerana ia menawarkan hadiah berupa wang malahan ia boleh juga dijadikan latihan penulisan. Oleh itu, saya membuat sedikit homework untuk mencari beberapa isi yang baik serta mudah untuk dikembangkan. Saya membuat perbincangan tentang cadangan-cadangan isi ini agar murid-murid dapat menulis dengan baik. Bukan apa, kita tidak boleh meletakkan aras yang tinggi untuk penulisan murid-murid tahun 5.Mereka perlu ditunjukkan jalan agar tidak menulis karangan yang melalut-lalut serta lari dari apa yang dincangkan.

Dari ramai-ramai murid tahun 5, saya memilih 4 esei yang agak menarik. Oleh itu, saya memanggil keempat-empat orang murid ini supaya mereka dapat menulis semula di kertas yang disediakan memandangkan ada beberapa kesilapan pada esei yang pertama. Salah seorang murid yang terpilih ini ialah murid yang terpilih untuk syarahan Piala Perpaduan nanti. Memandangkan masa yang agak suntuk, saya meminta mereka menghantar semuala keesokkan harinya.

Keesokkan harinya, semua murid semalam menghantar esei yang telah ditulis semula kecuali murid yang seorang ini. Dia menerangkan yang ibunya tdak membenarkan dia menyertai kedua-dua pertandingan ini. Saya agak terkejut kerana ibunya juga seorang guru. Guru Cemerlang lagi. Seharusnya sebagai guru cemerlang, mentaliti kita seharusnya berbeza...Jadi, sebagai seorang guru, kita sepatutnya bekerjasama.

Untuk pertandingan syarahan, jika tidak mahu menyertai, saya faham. Mngkin kerana banyak komitmen lain seperti latihan renang, tusyen dan sebagainya. Namun, saya tidak faham mengapa dia tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan menulis esei??Hanya menyalin semula pun tak boleh ke???

Sesengguhnya,pengalaman seperti ini amat menyedarkan saya tentang pesanan Wonderpet...apa yang penting???Kerjasama....

Monday, July 12, 2010

Corat - coret Piala Dunia

Hari ini, tamatlah pertandingan yang paling ditunggu - tunggu khususnya untuk kaum lelaki. Ia hanya dijalankan 4 tahun sekali. Mereka sanggup menunggu awal pagi hanya semata-mata menonton pasukan pilihan mereka bermain. Ehem...Saya juga begitu...Semestinya, pasukan itu bukan pasukan bola sepak Malaysia kerana Malaysia tidak layak untuk menyertainya.

Alangkah baiknya jika selepas bangun dari tidur, solat tahajjud dahulu, kemudian baharulah menonton bola sepak. Tapi, benda yang baik memang sukar untuk dilakukan.Banyak syaitan yang memankan kata-kata "jangan" ditelinga kita...Alasan...

Tahniah kepada pasukan Sepanyol yang telah memenangi pertandingan ini. Ia sangat menarik kerana pasukan ini merupakan pasukan "Sang juara " yang menjaringkan gol paling sedikit sepanjang pertandingan ini. Mereka hanya menjaringkan lapan gol namun jaringan-jaringan yang sedikit inilah yang membuatkan mereka dinobatkan sebagai juara. Tahniah. Sebelum ini, gol yang sedikit untuk pasukan juara adalah sebanyak 11 gol.

Satu lagi info yang menarik minat ramai ialah berkenaan dengan ramalan sotong. Ia sering diperkatakan di mana-mana. Yang lebih menariknya, semua ramalan itu secara kebetulan betul. Namun, saya percaya, ia hanyalah kebetulan. Sotong itu memilih pasukan yang betul dengan takdir Allah. Apa yang saya risaukan, ada yang percaya tentang ramalan ini.Saya takut ia akan menjejaskan akidah kita. Saya bukan dari bidang agama namun saya tidak berani untuk memberi komen. Pada saya, hanya Allah yang mengetahui.

Namun, satu yang mengecewakan saya, ada di antara rakan-rakan yang mengambil kesempatan daripada pertandingan ini untuk berjudi. Emm, inilah salah satu benda yang merosakkan kita jika kita menyalahgunakan hiburan.Semoga ianya tidak terjadi kepada saya. Wallahuaklam.

Sunday, July 11, 2010

Konsisten

Saya bukanlah penulis blog yang konsisten. Ia hanya akan ditulis ketika ada minat, masa dan idea. Masalahnya, kadang kala, saya ada masa namun tiada idea. Kadang kala, saya ada idea namun tiada masa pula untuk dituliskan di sini.

Namun, satu yang saya terfikir...Mengapa orang hebat dan berjaya dapat melakukan banyak perkara. Emmm,saya tiada jawapan tentang itu namun saya ada andaian tentang diri saya sendiri..Mungkin, saya bukan manusia yang rajin...mungkin juga, saya bukan manusia yang suka merancang sesuatu sebelum melakukan sesuatu perkara...mungkin juga, saya bukan manusia yang berfikiran positif...Asyik fikir tak sempat, tak ada masa ,tak pandai nak buat dan bermacam-macam perkataan tak lagi...

Maka, saya kena berubah...Untuk menjadi manusia hebat, kita mesti berbeza dari yang lain...berubahlah...

Tulisan saya pada hari ini agak merepek-repek...ia bukan mungkin..Ia adalah kerana saya sedang mengalami selsesema dari tengah hari tadi. Sudah 3 biji panadol saya telan namun selesema masih belum hilang juga. Ya Allah, sembuhkanlah Ya Allah...

Friday, June 18, 2010

Sedikit Info Bersama

Salam,

Cerita ini diperolehi daripada Razali Awang mengenai satu realiti yang tidak diketahui umum lalu diceritakan kembali oleh seseorang yang ingin berkongsi bersama dengan yang prihatin. Wallahu'alam...

Razali kata Mesir ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine... Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak...tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel. (Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ...tapi dia mention Hashim....)
Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)... So, inilah yg diceritakan oleh beliau.Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

Wednesday, June 9, 2010

Rachel Corrie

Dahulu, semasa kanak-kanak, saya suka mendengar berita di televisyen. Tetapi berita yang saya suka dengar bukanlah semua. Sebaliknya, hanya berita sukan yang sering dibacakan di akhir-akhir berita. Semasa penyampai berita membaca berita utama, saya tesangatlah boringnya.

Selepas menuntut di universiti, minat saya tentang berita sudah sedikit beralih arah. Namun, berita tentang sukan tetap menjadi pilihan utama. Pada waktu ini, saya juga mula berjinak-jinak mendengar berita utama dalam negara. Berita politik, ekonomi,isu semasa seperti isu buang anak, isu cintakan jejaka Lombok dan banyak lagi.

Namun, saya hanya mendengar secara sepintas lalu berita-berita luar negara. Emm, agaknya, saya belum lagi sedar.

Kini,saya mula sedar. Setelah membaca kisah Mavi Marmara dan Rachel Corrie. Kenapalah ada orang yang sangat zalim. Hendak member bantuan kemanusiaan pun ditentang habis-habisan. Sungguh tidak berperi kemanusiaan Israel laknatullah ini.

Bercakap tentang Rachel Corrie. Saya cubalah mencari kenapa kapal ini dinamakan Rachel Corrie. Siapa si Rachel Corrie ini?? Setelah meng”google” nya, saya mendapati Rachel Corrie ini rupanya nama seorang wanita Amerika yang kini berusia 31 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 16 Mac 2003 setelah dilenyek oleh bulldozer oleh tentera Israel di Palastin.

Beliau memang seorang sukarelawan yang aktif. Semasa berada di tahun akhir , beliau mengambil cuti selama setahun demi pergi ke Palastin hanya untuk menjadi sukarelawan. Akhirnya, beliau terbunuh di sana.

Saya amat kagum dengan usaha beliau. Jadi, logiklah bahawa nama kapal ini dinamakan sempena nama beliau.

Kini, saya betanya pada diri sendiri.Apa jasa saya pada ibu dan bapa saya? Apa jasa saya kepada sekolah saya? Apa jasa saya kepada kampung saya? Apa jasa saya ada negara?Apa jasa saya kepada dunia?

Jawapannya, saya malu apabila melihat jasa saya ini.Ada ke??Harap-harap, selepas ini, saya boleh meninggalkan sedikit jasa saya kepada semua.

Wednesday, June 2, 2010

Boikot


Inilah antara syarikat yang mempunyai "track record" yang menyokong Israel Laknatullah. Sekecil-kecil iman, jika kita tidak dapat melemahkan serangan komando Israel di kapal laut Mavi Marmara, namun pada pendapat saya yang biasa-biasa ini, kita boleh bertekad serta berusaha untuk memboikot produk-produk di atas.

Kalau dahulu selalu makan maggi,kini bertukarlah kepada mi goreng. Kalau dahulu menggunakan Hugo Boss sebagai minyak wangi, kini bertukarlah kepada produk keluaran tempatan.

Semoga mereka selamat sampai dan pulang dalam membawa bantuan untuk penduduk Gaza.

Friday, May 21, 2010

Timbul kembali

Salam…

Sudah lama rasanya saya tidak mengupdate blog. Bukan kerana kesibukan tetapi ianya mungkin kerana tiada apa yang ingin diceritakan. Entah,tidak tahu kenapa namun itulah hakikatnya. Niat untuk mengupdate blog ada namun kadang-kala,niat itu terbantut di tengah-tengah jalan…huhu

Mungkin, masih ada sisa-sisa peluang untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di mana jua anda berada. Hormatilah ibu. Sayangilah ibu. Doakanlah ibu. Tiada ibu,maka tiadalah kita. Pengorbanan ibu tidak boleh dijual beli. Tidak lupa juga kepada semua guru, Selamat Hari Guru.

Emm…Bercerita tentang Hari Guru ini, mungkin banyak yang boleh diceritakan. Saya juga seorang guru. Kakak saya seorang guru. Kakak ipar saya seorang guru. Abang ipar saya seorang guru. Dua abang saya juga bekerja sebagai seorang guru. Isteri saya juga seorang guru. Pendek kata, separuh daripada keluarga saya bergelar pendidik.

Apabila kami berkumpul, kami kurang berbincang mengenai hal-hal lain. isu yang sering dibincangkan hanyalah berkisar tentang pendidikan. Walaupun ianya bukanlah secara formal, namun hakikatnya ia adalah perbincangan mengenai teknik-teknik yang terbaik dalam memajukan anak bangsa kita.

Hati kadang kala terguris apabila tugas guru sering dipertikaikan. Tidak cukup dipertikaikan di dada-dada akhbar malahan ia juga dipanjangkan terus ke pengarah di Jabatan Pelajaran Negeri. Pada pendapat saya, ianya amatlah tidak adil sama sekali. Janganlah kita menghukum insan yang bernama guru dek kerana kesilapan yang dilakukan oleh sebilangan kecil guru-guru.

Ada yang mengatakan guru sekarang tidak bagus-mencabul murid,menghisap dadah dan meragut walhal jika dikira bilangan guru yang melakukan kerja-kerja keji ini hanyalah beberapa kerat sahaja. Ada yang mengatakan guru sekarang kurang mendidik berbanding guru dahulu, namun apakah yang sering dilakukan oleh ibu bapa apabila guru menghukum anak didiknya itu dek kerana kesalahan yang telah dilakukan?Jawapannya mudah. Saman!

Apabila anak mereka cemerlang-ibu bapa yang berbangga serta mengatakan usaha mereka. Apabila anak mereka tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan, ibu bapa mulalah membuat kesimpulan sendiri - ramai guru mudalah [kurang pengalaman…], ramai guru sudah hendak pencenlah..[sudah tidak berminat untuk mengajar..], ramai guru lelakilah…[murid takut kerana guru lelaki garang-garang…] dan ada juga alasan yang diberikan kerana ramai guru perempuan…[guru perempuan lemah lembut - murid tidak takut…].

Sepatatutnya, ibu bapa perlu berganding bahu demi memajukan prestasi anak dalam melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka perlu bekerjasama dengan guru-guru. Bertanya masalah. Bukan membuat masalah. Jika kerjasama yang mantap antara ibu bapa serta guru-guru, saya percaya dan penuh yakin, tidak ada anak yang gagal kecuali murid itu terencat akal!.

Friday, May 14, 2010

Mencari

Lagi 2 hari, kita akan menyambut Hari Guru. Namun, saya masih lagi tidak dapat mencari di manakah guru pertama semasa saya pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah dahulu. Puan Rashidah binti Abu Bakar. Beliau mengajar saya dari tahun 1 hingga tahun 5. Beliaulah yang mengajar saya untuk mengenal huruf sehingga saya pandai membaca. Namun, beliau terpaksa berpindah ke Pahang kerana mengikut suami yang ditugaskan untuk berpindah ke sana.

Masih ingat lagi, semasa keputusan UPSR diumumkan, beliau sempat bertanya keputusan UPSR sekoah kami.Itu tanda kasih sayang beliau kepada kami. Dahulu, saya kurang memahami namun perasaan seperti itu mula saya fahami hari demi hari lebih-lebih lagi ketika saya bergelar sebagai seorang guru.

Saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru terutama kepada guru-guru yang mengajar saya tidak kira semasa saya berada di SK Seri Comel, SA Seri Comel,SA Parit Sulong, SM Dato Sulaiman, SMK Dato Bentara Luar, SM Sains Muar, Universiti Malaysia Sabah malahan di mana jua. Saya doakan semoga semua guru diberi ganjaran yang setimpal di akhirat kelak. Jasamu akan saya kenang hingga akhir hayat saya. Terima kasih Cikgu.

Tabahlah dengan apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapi kerana di sebalik cabaran dan rintangan itu, pasti ada manis dipenghujungnya.InsyaAllah.

Sunday, April 18, 2010

Petunjuk

Semalam, saya mencuba menggayakan sebuah alat canggih hanya untuk bersiar-siar di sekitar negeri Melaka. Bukannya tidak tahu jalan atau untuk berjalan-jalan pun tetapi tujuan sebenarnya adalah untuk mencuba kebolehgunaan alat yang baharu dibeli.

Minggu lepas, saya dan isteri telah mengunjungi pameran komputer di MITC. Tujuan utama hanyalah untuk meninjau-ninjau harga GPS. Apabila tiba di sana, biasalah...mulalah rambang mata....Hati pun mula berkata...belilah...belilah...belilah...apa tunggu lagi..

Setelah meninjau beberapa jenis, akhirnya kami membuat keputusan untuk membeli GPS yang berjenama Garmin...Pada pendapat saya, walaupun harganya agak mahal, tetapi keupayaan jenama ini telah terbukti dan ia tidak dapat dinafikan.Tambahan pula dengan kepetahan penjual itu bermain dengan kata-kata membuatkan hati kami berdua cair ibarat ais terkena air suam-suam kuku.Hahaha.

Berbalik pada cerita tadi...Pada hari semalam, saya pergi ke mana-mana dengan menggunakan alat ini. Secara jujurnya, saya amat berpuas hati. Pada pendapat saya, jika kita menggunakan alat ini, InsyaAllah, kita tidak akan tersesat jalan. Hebatnya Allah mencipta akal manusia...

Pengajaran daripada cerita ini ialah sekiranya kita kuat berpegang kepada petunjuk, kita mesti tidak akan tersesat. Dalam konteks kehidupan yang lebih luas, ia bolehlah disimpulkan petunjuk kita ialah mengikut Al Quran dan hadis. Jika kita mengikutnya, kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Tuesday, April 13, 2010

Dia Yang Maha Mengetahui

Pagi semalam, saya menerima berita sedih daripada kakak yang berada di kampung. Dalam pesanan ringkasnya menyatakan kematian sepupu saya yang memang saya tahu akan keadaan kesihatannya sejak beberapa bulan ini.

Arwah telah dijangkiti sejenis penyakit kulit yang saya juga tidak pasti akan sebabnya. Pada ziarah saya bersama abah, arwah masih boleh bercakap namun tidak dapat berjalan lebih kurang setahun lamanya kerana di bahagian kaki arwah,terdapat cecair yang mengalir sentiasa. Ianya tidak kering walaupun telah berubat di mana-mana. Apa yang saya kagumi ialah semangat arwah dalam menangani ujian Allah. Masih boleh tersenyum serta masih boleh berdebat isu-isu semasa terutama hal-hal yang melibatkan dengan agama.

Sebulan selepas itu, kami pergi buat kali kedua menziarahi arwah. Saya agak terkejut apabila isteri arwah memberitahu yang arwah tiada di rumah kerana minum di pekan. Menurut isteri arwah, titisan cecair di kaki rwah sudah kering dan arwah sudah mula mengajar di sekolah. Alhamdulillah.

Namun, pagi ini, arwah meninggal dunia. Semoga arwah ditempatkan pada golongan salihin. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup. Dia yang maha mengetahui.

Monday, April 12, 2010

Penyakit Hati

Penyakit ini merupakan penyakit yang paling ramai mengganggu manusia. Apa tidaknya.Ia sudah lali diperkatakan. Sedar atau tidak,kadang kala,kita juga mengalaminya. Saya akui, kita bukan maksum. Kita hanya manusia yang lemah. Justeru, tidak hairanlah kita kadang-kala terlupa dan alpa.

Kenapa? Sememangnya, syaitan sentiasa berada hampir dengan kita. Hanya satu tujuan, satu matlamat,satu wawasan...untuk menyesatkan kita...menjauhkan kita pada yang Esa.

Ada orang sakit hati kerana rumah jirannya besar. Ada yang sakit hati kerana kereta rakannya lebih besar daripada keretanya. Ada yang tidak senang dengan rakan yang lebih tinggi gajinya. Ada pula yang sakit hati lantaran rakan sepejabatnya disayangi oleh bosnya. Em...Ianya pelbagai kisah.

Jika kita amati sedalam-dalamnya, ia hanyalah ujian kecil daripada Allah. Mengapa? Jika kita fikir, siapakah yang menyebabkan mereka berjiran? Siapa yang menyebabkan mereka menjadi rakan sepejabat?Siapakah yang membuka hati bos untuk menyayangi pekerjanya?Jawapan untuk semua persoalan hanyalah satu. Allah.Hanya Allah yang maha mengetahui.

Ya Allah, Kau jauhkanlah penyakit ini daripada hambaMu yang lemah ini...Amin...

Saturday, April 10, 2010

Antara angan-angan dan Rojab...

Dua hari lepas, saya berpeluang untuk menghadiri kuliah tasauf di Masjid Al Alami MITC Melaka. Kuliah tasauf ini diadakan setiap hari Rabu bermula selepas maghrib. Pada pendapat saya, ianya sangat menarik kerana ilmu yang disampaikan amat berguna untuk kita dalam menilai tentang usaha terhadap diri sendiri.

Menurut ustaz yang menyampaikan kuliah, terdapat perbezaan antara angan-angan dan rojb. Angan-angan merupakan suatu yang tidak akan dapat dicapai. Sebagai contoh, seorang lelaki melihat kawannya termenung di hadapan tangga rumahnya Lelaki itu bertanya. "Mengapa kamu termenung"". Jawab kawannya, "Aku sedang menunggu padi masak". Soal lelaki itu pula,"Kamu sudah tanam padi itu?". Jawab kawannya lagi,"Belum". Lelaki itu bertanya lagi,"Kamu sudah cari benih padi?"Jawab kawannya lagi,"Belum lagi".

Jadi, adakah lelaki ini akan mendapat padinya? Beliau tidak akan mendapat padi yang ditunggu di depan tangga. Ia hanya dikatakan angan-angan.

Rojab pula merupakan permintaan kepadaNya disertai usaha ikhtiar daripada si peminta itu. Seperti ingin masuk syurga dan berjaya di dunia, kita perlu bekerja seperti hidup seribu tahun dan beramal seperti kta akan mati pada hari esok. Wallahuaklam.

Tuesday, April 6, 2010

Pergi

Kita selalu mengeluh jika kita kehilangan suatu barang. Ia lebih lagi dirasai sekiranya kita kehilangan orang yang disayangi. Apabila orang yang disayangi pergi tak kembali, kita seakan-akan sukar untuk menerimanya. Namun, itulah hakikat yang telah ditentukan olehNya.

Peristiwa pemergian arwah emak lebih kurang 10 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Saya pun tidak tahu mengapa post pagi ni berkisar dengan pemergian emak tercinta. Mungkin...oh tidak...bukan mungkin!! Semestinya, saya amat merinduinya.

Semoga arwah emak bersemadi dengan tenang. Alfatihah. Kematian merupakan ingatan daripada Allah untuk kita semua yang masih hidup. Ia merupakan satu refleksi menilai diri sendiri dari segi amalan dan penghayatan kepadaNya.

Semoga kita berjumpa di syurga firdaus nanti, emak. Insyaallah.

Wednesday, March 31, 2010

Isu

Akhir-akhir ini, kta sentiasa mendengar keluhan - keluhan orang ramai berkenaan fenomena membuang anak yang baharu lahir. Ia bukan sahaja dibincangkan oleh golongan profesional malahan juga dibincangkan oleh golongan artis-artis.

Tetapi pada pandangan saya, kebanyakkan perbincangan yang dipaparkan lebih terarah pada isu anak yang dibuang itu sendiri. Sepatutnya, perbincangan haruslah dilakukan secara holistik. Cuba kita fikirkan siapa yang biasanya membuang anak-anak yang tidak berdosa ini? Kebanyakkan kes adalah berpunca dari hubungan luar nikah. Apabila mereka sedar yang mereka mengandung, mereka buntu mencari penyelesaian kepada masalah ini. Akhirnya, mereka mengambil jalan mudah!

Banyak sebab berlakunya masalah ini. Antaranya ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Selain itu, ia juga berlaku kerana hubungan ibu bapa yang renggang yang mengakibatkan anak-anak ini terabai.

Tidak hairanlah , saya ada mendengar kata-kata daripada seorang penjaga di rumah penjagaan anak-anak remaja bermasalah. Beliau mengatakan pada bulan Julai hingga September, jumlah remaja wanita yang datang kerana mengandung anak luar nikah antara yang teramai jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain.

Ini kerana banyak sambutan yang "dirayakan" oleh golongan-golongan ini. Antaranya sambutan tahun baru serta sambutan hari kekasih.

Justeru, pada pendapat saya, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting. Jangan harapkan orang lain jika mahu anak-anak berjaya.

Tuesday, March 30, 2010

Berkembang

Mengikut statistik, pada tahun 1990,jumlah bilangan penduduk Muslim dunia hanyalah 12.4%. Ianya didominasi oleh penduduk yang beragama Kristian sebanyak 26.9%. Peratusan ini telah berubah dari tahun ke tahun yang mana jumlah penganut agama Islam didapati telah berkembang lebih tinggi dan lebih tinggi saban tahun.

Jika mengikut statistik terkini,pada tahun 2000, jumlah penduduk Islam dunia berubah menjadi 19.2%. Ia peningkatan sebanyak 6.8% selama 10 tahun berlalu. Jika dikira secara matematik, peratus peningkatannya hanyalah 0.68% setahun. Namun, alhamdulillah, sekurang-kurangnya, ia masih dikatakan peningkatan. Namun, peratus penganut agama Kristian juga didapati meningkat kepada 29.9%. Purata peningkatan setiap tahun adalah sebanyak 0.3%.

Tetapi kita tidak boleh menganggap yang kita telah berada di zon selesa. Dakwah bukan tugasan orang agama sahaja. Dakwah bukan tugasan alim ulamak sahaja. Ianya tugasan Muslim sejagat.

Apa yang mendukacitakan, ada dikalangan Muslim kita sendiri yang "mengkondem" orang-orang yang sedang berdakwah. Sekurang-kurangnya, jika kita tidak turut serta untuk berdakwah, janganlah kita "mengkondem" usaha-usaha murni mereka ini. Itu lebih baik rasanya.

Sumber: Majalah Milenia Muslim keluaran April 2010

Monday, March 29, 2010

Tensi

Hari ini antara hari yang amat memenatkan. Dari jam 7.00 pagi hinggalah jam 5.30 petang, ada sahaja yang perlu dilakukan...apa boleh buat,as a goverment servent, perkataan yang biasa kita baca ialah "saya yang menurut perintah".

Awal pagi hingga tengah hari, menghias bilik tv [dah nak masuk bulan 4, baharulah nak menghias bilik ni...kesiannya..] , masuk ke kelas seperti biasa kemudian menyediakan kerja yang murid-murid perlu lakukan sempena ketiadaan saya selama 3 hari di sekolah ini. Saya ditugaskan untuk membantu di Kejohanan Olahraga Kawasan. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, saya mesti meninggalkan murid-murid kesayangan saya selama 3 hari ini.

Petangnya pula, saya perlu ke SMK Cannossa Convent untuk mendengar taklimat tentang kejohanan esok. Yang kesiannya ialah isteri saya. Beliau terpaksa menunggu sehingga jam 5.00 petang kerana beliau belum mempunyai keyakinan diri untuk memandu kereta. Kesiannya...

Malam pulak, internet connection ada problem. Lepas godek-godek sikit, alhamdulillah. Ianya dapat berjalan dengan baik semula. [Kebetulan].

Semoga segalanya berjalan lancar...Aminnn...

Friday, March 12, 2010

Tempat jatuh lagi dikenang...

Hari ini, bermulalah upacara menghabiskan wang...lalala...Kami berdua akan berlepas ke Kota Kinabalu...tempat permainan saya selama 3 tahun 11 tahun yang lalu. Esok, kami akan bermula operasi menawan Sabah bersama dengan Naim dan isteri [rakan sekelas a.k.a pengantin baru...].
Harap percutian kali ini berjalan dengan lancar...Cuti seminggu ni merupakan cuti yang paling pack dalam pengalaman hidup saya selama 32 tahun ini. Bermula hari ini hingga Isnin,kami akan berada di Sabah. Selasa hingga Rabu, Kami akan berada di Kuala Lumpur. Khamis hingga Jumaat,kami akan berada di kampung di Batu Pahat. Sabtu, kami akan pergi ke Johor Baharu dan akan kembali semula ke Melaka selewat-lewatnya pada hari Ahad. Isnin...mula bekerja seperti biasa...Itulah perancangan kami..Semoga Allah memudahkapercutian kami pada kali ini.Amin...

Kami telah selamat mendarat di Terminal 2, Kota Kinabalu...Terllau banyak perubahan selepas meninggalkan Kota Kinabalu selama 11 tahun.

Wednesday, March 10, 2010

SPM

Esok pagi merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi calon-calon SPM tahun 2009. Mungkin, disebabkan oleh itu, ramai di antara calon -calon yang tidak selesa untuk tidur dengan nyenyak pada malam ini. Situasi begini juga terjadi pada saya 15 tahun yang lepas.

Semoga semua calon yang telah berusaha bersungguh-sungguh berjaya dengan cemerlang teutama buat anak saudara saya, Amir Khairuddin bin Mohd Zin.

Alhamdulillah, Amir telah berjaya mendapat 7A, 3B...A untuk BM,BI,FIZIK,KIMIA, MATEMATIK TAMBAHAN,MATEMATIK dan Sejarah...Tahniah. Pesanan saya, teruskan berusaha, jangan cepat puas hati dan ingat Allah selalu. Semoga berjaya menjadi orang yang berguna apabila sudah berjaya kelak

Monday, March 8, 2010

Masjid Selat Melaka

Selepas lunch di Mc D, saya dan isteri terus bersiar-siar di Masjid Selat Melaka. Pemandangannya indah dan suasananya sangat tenang jika dibandingkan dengan fenomena cuaca masa kini.

Sampai di masjid ini, terus masuk ke dalam selepas selesai mengambil wuduk. Sebelum mula bersolat, hati tergerak untuk menghidupkan kipas yang letaknya betul-betul hampir dengan saya.[Kipas berdiri].

Setelah selesai bersolat, baharu saya sedar bahawa saya tidak merasa pun angin dari kipas ini. Saya hanya mendengar bunyi geseran perlanggaran antara angin laut yang bergerak dari kanan ke kiri saya sambil melanggar angin yang dihasilkan oleh putaran kipas ini yang berada berhampiran dengan saya. Semestinya, saya tidak berasa panas. Saya berasa sangat selesa, tenang dengan angin tulen pemberianNya.

Masyaallah. Hebatnya kuasa Allah. Allah ingin memberi pengajaran dan kesedaran kepada saya. Tanpa izinNya, kita tidak akan berjaya.

Thursday, March 4, 2010

Penambahbaikan

Kejadian ini berlaku 2 hari yang lalu, sekitar jam 2.15 petang di salah sebuah bank yang terkemuka di negara ini. Saya selalu tidak menggunakan baki wang syiling selepas membeli barang. Saya hanya menyimpannya di dalam tabung. Lama - kelamaan, tabung itu pun penuh. Setelah dikira, nilainya agak banyak...[ratusan ringgit...berat jugalah membawa wang ini menggunakan plastik Jaya Jusco].

Sampai sahaja di bank ini, saya memaklumkan kepada customer service, lalu beliau memberikan nombor giliran kepada saya dan meminta saya naik ke tingkat atas. Setelah beberapa minit menunggu, sampailah giliran saya. Saya memaklumkan kepada pegawai itu yang saya ingin memasukkan wang syiling ini ke dalam akaun simpanan saya. Beliau meminta saya pergi ke bahagian kiri sekali dan masuk ke dalam sebuah bilik.

Saya pun masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan. Seorang pegawai bertanya tentang tujuan saya. Apabila saya mengangkat beg plastik wang syiling ke meja kaunter, pegawai ini terus berkata

"Encik, urusan berkaitan dengan wang syiling hanya boleh dijalankan sebelum jam 12.00 tengah hari."

Saya dengan keadaan blur membalas.."Saya bukan untuk menukar wang. Saya ingin memasukkan wang syiling ini ke dalam akaun simpanan saya."

Pegawai itu membalas lagi, "Ya Encik,saya tahu. tetapi ia hanya boleh dilakukan sebelum pukul 12.00 dengan nada yang lebih tinggi."

Pakcik jaga yang ada di dalam bank itu pun menunjukkan sedikit kuasa yang ada..." Encik, sekarang sudah pukul 2. Kan dah ada tertulis di kertas di cermin itu, sebelum pukul 12."

Hati semakin panas. Panas kerana membuang masa, panas kerana penat menaiki tangga sambil menjinjing wang syiling berkilo-kilo dan semakin panas lagi apabila ada pegawai menegur pelanggannya dengan nada yang sedikit tinggi...

Sampai di rumah, saya membuat aduan kepada customer service bank ini. Aduan saya begini,

" Sebelum ini, saya tidak pernah mengeluh dengan perkhidmatan m******.tetapi kejadian hari ini sangat mengecewakan saya.Saya tidak boleh memasukkan wang ke dalam akaun simpanan m***** saya sendiri kerana wang yang ingin dimasukkan itu merupakan wang syiling. Alasan,urusan berkenaan syiling hanya boleh dijalankan sebelum pukul 12.00 tengah hari.Persoalan saya:-saya BUKAN untuk menukar wang daripada syiling kepada ringgit.Saya ingin bank in duit saya ke dalam akaun M**** saya sendiri.Pada pendapat saya,jika urusan pertukaran wang- bukan berurusan dengan simpanan, mungkin ada logiknya dengan alasan yang diberikan tadi.Apalah salahnya,pegawai yang mengurus bangun dan memasukkan wang syiling berkenaan ke dalam mesin pengira.Mana mungkin orang yang bekerja seperti saya pergi sebelum pukul 12.00 tengah hari. Harap ia diberi perhatian sebagai penambahbaikan kualiti m***** sendiri."

Sehari selepas itu, saya pergi ke CIMB kira-kira jam 4.10 petang.Biasanya, pelanggan luar sudah tidak boleh masuk tapi di sini, ianya tidak menjadi masalah. Segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah.

Hari ini, pengurus di cawangan bank berkenaan menghubungi saya. Beliau meminta saya menceritakan kembali apa yang terjadi. Saya menceritakan "pengalaman" saya ini.

Beliau memaklumkan, tiada had masa untuk urusan ini. Beliau meminta maaf dan memberi jaminan perkara sebegini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

Saya pula menyatakan kepada beliau yang saya tiada niat untuk memburukkan imej bank ini. Oleh kerana itu, saya membuat aduan terus. Tidak seperti sesetengah orang, hanya berani menulis surat di kolum surat khabar ibarat baling batu sembunyi tangan sambil mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat aduan saya. Semoga perkara seperti ini tidak akan terjadi kepada orang lain.

Persoalan, adakah saya membuat tindakan yang betul? Adakah saya mementingkan diri sendiri? Adakah saya tidak sabar? Hanya Allah yang mengetahui hati ini.

Saturday, February 27, 2010

From Paris With Love

Tajuk kali ini sedikit pelik. Actually, ia merupakan tajuk sebuah cerita penyiasatan dibintangi oleh John Travolta. Honestly, ceritanya amat menarik,penuh dengan aksi yang mencemaskan dan sangat tidak membosankan. Mungkin, ianya setanding dengan Taking of Pelham 1,2,3 dan juga Taken. Ia ditambah lagi, John Travolta merupakan salah seorang pelakon idaman saya.

Cuma, apa yang membuatkan hati saya terguris ialah kebanyakkan cerita-cerita penyiasatan dari negara barat banyak mengisahkan orang-orang Islam ini adalah pengganas, penjahat yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Mengapa begini gambaran mereka?

Dan yang masih menjadi persoalan dibenak hati saya sehingga kini, mengapa filem yang memburuk-burukkan agama rasmi negara kita dibenarkan ditayangkan sewenang-wenangnya? Kita ada FINAS,kita ada JAKIM, kita ada majlis mufti, kita ada pelbagai parti politik yang memang berteraskan dan bertunjangkan Islam dan banyak lagi NGO. Mengapa tiada tapisan? Mengapa?Mengapa?Mengapa? Sehingga kini saya belum mengerti...

Nikmat

Sekadar gambar hiasan

Rentetan aktiviti minggu lepas

Isnin
Pagi-pagi GPK 1 datang dengan membawa sampul ang pow yang berisi RM5. Nilainya tidaklah besar tetapi amat mencukupi untuk makan tengah hari. Alhamdulillah...

[Nota: Makanan tengah hari saya yang biasa ialah nasi, sejenis lauk - daging,ikan atau ayam, sejenis sayur serta teh O ais = RM4.50 (rates di Melaka untuk kedai biasa-biasa)]

Selasa
Semasa ingin membayar makan tengah hari, tiba-tiba baju yang dipakai tersimpan wang kertas RM5 di poket. [mungkin, baki belanja minggu lepas yang tertinggal tetapi tidak rosak walaupun baju ini telah dimasukkan ke dalam mesin basuh].Alhamdulilah...

Rabu
Ketika ingin membayar makan tengah hari, Pak Hassan [tuan punya kedai makan] memberitahu yang makanan pada hari ini telah dibayar oleh Encik Zam...Terima kasih banyak-banyak kepada Encik Zam.Alhamdulillah...

Jumaat
Ketika ingin membayar sarapan pagi, inilah kata-kata akak tuan punya kedai...
"Tak payah bayar cikgu. Ada orang ingin sedekah pada hari ini". Terima kasih pada insan yang ingin bersedekah. Alhamdulillah...

Makan tengah hari pula di Hotel Equtorial. Amat enak dan banyak pilihan walaupun masa sangat terhad kerana berkejar ke Masjid Selat untuk menunaikan Solat Jumaat. Terima kasih kepada Kelab Guru sekolah kerana menganjurkan majlis ini serta terima kasih kepada cikgu yang menjayakan majlis ini. Tahniah!.Alhamdulillah...

Kepada semua, terima kasih kerana bersedekah. Semoga mendapat balasan daripada yang Esa. Seminggu yang banyak makan percuma...

”Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”Begitulah makna pada surah Ar Rahman yang diulang berulang-ulang olehNya sebanyak berbelas-belas kali...

[Nota:Lebih kurang lagi 2 minggu kami berdua akan berjalan-jalan di negeri tempat belajar saya dahulu -UMS..Ianya juga nikmat yang diberi oleh Allah. So, tidak terfikirkah kita?]

Monday, February 22, 2010

Tua

Sekadar gambar hiasan

Telefon bimbit boleh diibaratkan seperti "buah hati". 5 tahun lepas, saya sangat beriya-iya untuk menggunakan telefon bimbit yang canggih dan lain dari yang lain. Sanggup bersusah payah pergi mencari dari Permas Jaya ke Bandaraya Johor Baharu untuk mencari "buah hati" baru meninggalkan "buah hati" lama yang telah rosak.

Hasilnya, saya membeli sebuah telefon bimbit jenama Samsung SGH -E640 [canggihlah kiranya ketika itu] yang berharga RM1XXX. [bukan rahsia tapi sudah lupa lebihnya berapa...dah tua...]. Gembira bukan kepalang ketika itu tapi saya pun tak tahu gembira kerana apa.

Hakikatnya, ianya hanya membazirkan wang sahaja kerana untuk orang biasa seperti saya, telefon bimbit hanya digunakan untuk bercakap melalui telefon dan menghantar pesanan ringkas. Bagi hal-hal lain seperti e-mail, mengambil gambar serta lain-lain hal boleh menggunakan alternatif lain.

Kini, keinginan saya tidak lagi sama seperti lima tahun lepas. Setelah "buah hati" yang agak mahal rosak setelah berjasa selama 5 tahun, saya hanya ingin mencari sebuah telefon bimbit yang sangat biasa.

Beginilah kata-kata saya kepada penjual telefon bimbit di Mahkota Parade ketika itu, "Saya ingin mencari sebuah telefon bimbit yang paling murah".Kemudian penjual itu mencadangkan saya sebuah telefon bimbit Nokia yang berharga RM1XX.

Kini, "buah hati" saya ini saya gunakan hanya untuk 4 keadaan:-
1.Untuk bercakap melalui telefon.
2. Untuk menghantar pesanan ringkas.
3. Sebagai alarm bangun pagi.
4. Peringatan untuk bacaan Al Quran dan terjemahan ayat.

Mengapa keinginan saya sudah berkurang? Mungkin saya sudah melewati usia muda...[malu nak mengaku tua...hehehe].

Thursday, February 18, 2010

2030

Hari ini,aktiviti sangat pack walaupun masih bercuti. Dari pagi hinga ke malam,ada sahaja kerja yang masih perlu diselesaikan. Pendek kata, selagi nyawa dikandung badan, mesti ada perkara yang perlu dilaksanakan.

Petang tadi, bergegas-gegas ke Tabung Haji untuk mendaftar. Jalan teramatlah sesak. Mungkin kerana jalan ini jugalah yang menghubungkan orang ramai untuk pergi ke Mahkota Parade, sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Melaka.Kalau tidak sabar, hati sudah berdetik-detik untuk membatalkan hasrah yang murni ini.

Apa tidaknya, niat untuk menyelesaikan rukun Islam yang kelima itu kan wajib bagi yang mampu. Jika kita mampu memakai kereta berpuluh ribu, mampu membeli rumah ratusan ribu, mampu melancong serta mendaki gunung yang tinggi-tinggi, mengapa tidak kita gunakan lebih kurang RM10 ribu untuk menunaikan kewajiban ini? Ada pula yang memberikan alasan belum mampu tetapi peliknya mampu untuk membeli 2 kotak rolkok setiap hari.Pelikkan?

Sampai sahaja di Tabung Haji, keadaan sangat selesa. Parking yang betul di hadapan pintu masuk Tabung Haji serta masa menunggu yang amat singkat. Setelah mendaftar, pegawai memaklumkan bahawa sekiranya saya mendaftar pada hari ini, saya akan dapat menunaikan rukun Islam yang kelima ini pada tahun 2030. Aduhai, lamanya lagi!Hajat di hati ingin menunaikan kewajiban ini sebelum umur 40 tahun...

Namun, masih ada talian hayat. Boleh membuat rayuan apabila wang dan ilmu sudah mencukupi. Jika tidak, alamatnya peluang menunaikan haji jatuh pada usia 52 tahun...Tuanya ketika itu. Sihat ke lagi pada usia itu?Bagaimana dengan mak mertua dan bapa mertua?Bagaimana pula dengan isteri?Adakah mereka juga berada dalam keadaan yang baik pada ketika itu?


"Ya Allah, Kau permudahkanlah niat kami ini, Kau mewahkanlah rezeki kami sekeluarga serta Kau berikanlah kesihatan yang super duper marvelous!!! Tidak sabar rasanya aku ingin memijak kaki di bumi Ambiak, bersolat betul-betul di hadapan kaabah, serta menjalankan ibadah haji di sana. Kaulah yang Maha Berkuasa.Kaulah yang maha pemurah.Perkenankanlah doa hambaMu yang lemah,hina lagi fakir ini."
Nota:Tahniah kepada pegawai yang menguruskan pendaftaran petang tadi. Sangat baik, sangat membantu serta sangat bersemangat walaupun dalam keadaan mengandung!Keep it up!

Thursday, February 11, 2010

Jawapan Ketiga

Semalam menonton Al Kuliyyah.Dalam perbincangan Al Kuliyah pada hari itu, mereka membincangkan mengenai syaitan dan iblis. Mereka menjelaskan syaitan ada di dalam kapilari darah. Mungkin, inilah sebabnya kita dibisikkan di dalam minda kita agar melambat-lambat solat serta tidak sabar apabila menerima suatu musibah mahupun dugaan. Masyaallah.
emahnya kita jika kita dengan mudah tunduk atas bisikan-bisikan ini.

Allah itu maha mengetahui. Malam tadi juga, ketika menyambung pembacaan dalam tafsir Al Quran, ternyata jawapan yang dicari pada ujian tiga yang lalu ada jawapannya di surah Al Imran,ayat 186. Dalam ayat ini menerangkan segalanya hanyalah ujian. Kita perlu bersabar atas ujian yang diberi.

[Kamu pasti akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu pasti akan mendengar daripada orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan daripada orang yang mempersekutukan Allah,gangguan yang banyaj yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertawakal, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan],Al Imran,186.

Wallahuaklam.

Thursday, February 4, 2010

Ujian

Minggu ini merupakan ujian yang menimpa-nimpa ke atas saya. Saya percaya, ujian ini merupakan tanda sayang Allah kepada saya. Alhamdulillah.

Ujian pertama:
Entah mengapa, komputer riba saya dijangkiti virus trojan yang tidak boleh dipadam dengan menggunakan anti virus AVG. Berkali-kali keluar amaran ketika komputer riba ini digunakan. Apabila masuk ke link blog kawan-kawan, dengan sepantas kilat, ianya terhilang dengan sendirinya. Saya tak tahu dimana silapnya. Saya bukan orang yang celik IT. Bolehlah menggunakan pada kadar yang sederhana sahaja. Esok, saya akan menghantar komputer riba saya ini ke klinik...

Ujian Kedua:
Berlaku pada hari ini. Namun, saya hanya mengetahui hal ini secara tidak rasmi [melalui guru yang duduk di sebelah saya]. Ibu seorang murid tahun 4 ingin mengadu kepada Guru Besar atas denda yang saya kenakan ke atas anak beliau. Namun, hasrat beliau terpaksa ditangguhkan kerana guru besar sedang bercuti sehingga esok. Saya faham. Mungkin ini lumrah ataupun trend masa kini.

Mengapa saya berkata begitu? Semasa saya berada sebaya dengan umur murid saya ini, saya tidak berani untuk mengadu lebih-lebih lagi mengadu dengan arwah emak. Jika saya berani mengadu, arwah emak akan menambah lagi apa yang diberi oleh cikgu tadi.

Alasannya mudah! Tidak ada seorang guru pun di dunia ini ingin melihat anak muridnya gagal. Gurulah mualim, muaddib dan mudarris. Kedudukan guru amat tinggi pada zaman saya bersekolah dahulu. [mungkin lebih tinggi daripada PTD...pegawai tadbir dan diplomatik. Hehehehe].

Berbalik pada cerita saya tadi, anak beliau sering tidak menyiapkan kerja rumah. Saya akan rotan sekali di tapak tangan. [Denda biasa yang masih wujud di sekolah cina]. Apabila diminta untuk menyalin daripada buku kawan pun, dia tidak menyiapkan kerja yang diberi. Jadi, saya masukkanlah gear dua untuk hal ini. Inilah hasilnya...Saya pasrah tetapi saya redha!!

Ujian tiga:
Petang tadi, Atam membuat panggilan telefon ke atas saya. Pelik jugak. Rupa-rupanya hendak mengadu tentang hal sempadan tanah. Meminta saya memarahi orang ini, jangan mendengar kata - kata daripada adik beradik , walhal kata-kata darpada bapa saya. Jika ingin berbincang, beliau meminta saya berbincang tersu kepada beliau. Emmm...saya tak tinggal pun di kampung namun, disebabkan saya merupakan waris atas pusaka arwah emak. Jika saya mengambil acuh tak acuh, ini bermakna saya tidak menjaga amanah dengan baik.

Yang lain, saya tidaklah ambil kisah tetapi apabila meminta saya agar tidak meminta nasihat daripada bapa saya...saya rasa itu sudah agak keterlalun!!!

Inilah jawapan akhir saya...

"Atam, saya tak duduk di kampung. Saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Beginilah, bila saya balik kampung, saya akan tengk macam mana...

Atam pun berkata itu dan ini sehingga menggugat kesabaran saya..[kesabaran orang biasa-biasa]...Ya Allah, ampunkanlah aku...

Akhirnya, saya malas nak melayan lagi. Kemudian ayatini terkeluar daripada mulut saya..
" Beginilah...Kalau susah sangat, nanti saya akan upah juruukur supaya dapat memberikan sempadan yang tepat dan kemudian, kita ikut sempadan yang di beri..."

Ya Allah, bantulah hambaMu. Aku manusia kecil. Aku manusia lemah. Aku percaya, di sebalik ujian ni, ia merupakan ingatan kecil agar aku sentiasa mengingatiMu. Bantulah aku. Tolonglah aku. Perkenankanlah.."

Monday, February 1, 2010

1Malaysia

Petang tadi, selepas menyelesaikan beberapa urusan di Bank Islam, saya dan isteri teringin untuk makan petang di Kedai rojak berhampiran Pejabat Pos Besar Melaka. Kedai ini memang terkenal dengan keenakan rojaknya.

Apabila sampai di sana,hanya cuma ada beberapa meja yang kosong. Kami pun duduk di sebuah meja bersama seorang uncle yang berbangsa Cina. Sebabnya, hanya uncle ini sahaja yang memeplawa kami duduk bersama. Yang lain, tidak menggambarkan yang mereka selesa untuk makan di meja mereka.

Saya pun berbual-bual dengan uncle ni memandangkan uncle ini pun amat ramah. Uncle ini sangat fasih berbahasa Malaysia. Kami pun bertukar-tukar pendapat antara perbezaan kanak-kanak masa kini serta kanak-kanak zaman dahulu. Beza!Memang berbeza.

Uncle ini balik lebih awal daripada kami. Apabila kami ingin membayar makanan yang dimakan tadi, pekedai memaklumkan yang ianya telah dibayar oleh uncle tadi.Thanks Uncle...Rezeki dari Allah datangnya pelbagai cara....Alhamdulillah.

Friday, January 29, 2010

Alhamdulillah

Kadang kadang, kita selalu terfikir tentang nasib orang lain dan yang menjadikan lebih "kurang seronok" apabila kita cemburu dengan kejayaan orang lain lalu dengan busuk hati kita mengatakan itu dan ini. Namun, hakikatnya sepatutnya tidak begitu...

Jika dilihat daripada sudut yang positif, pada pendapat saya, tidak salah jika ada perasaan cemburu namun ianya perlu dikawal dengan jiwa yang waras. Mengapa begitu? Sebagai contoh, jika si A mendapat sesuatu, kita perlu bertanya pada diri kita sendiri.Bagaimana untuk menjadi seperti si A? Apa yang perlu saya lakukan serta mohonlah dengan penuh keikhlasan kepada yang berkuasa, yang mentadbir seluruh alam.Dialah yang berkuasa!

Jika kita telah melakukan yang terbaik namun tidak jua dimakbulkan, ingatlah ianya hanya dugaan kecil dari yang Esa kerana kita disayangiNya. Janganlah kecewa dan berduka lara. Tambahkan usaha serta bertawakallah. InsyaAllah...jika tidak tahun ini,mungkin tahun hadapan...jka tidak tahun hadapan,mungkin akan datang, ianya akan menjadi mlik kita jua.

Kita [Manusia] adalah makhluk yang sangat istimewa. Dalam pembacaan saya,ada satu hadis apabila bertanya malaikat kepada Allah, mengapa manusia makhluk yang istimewa? JawapanNya adalah kerana manusia beramal sedangkan mereka tidak nampak pun dengan mata sendiri syugra dan neraka.Berbeza dengan malaikat....

Oleh yang demikian, bersyukurlah!

Monday, January 18, 2010

Allah Maha Mengetahui...

Pada zaman saya berada di tingkatan 4, syarat permohonan masuk ke sekolah teknik agak ketat. Akibatnya, saya tidak berpeluang menyambung pelajaran di sana kerana permohonan tidak berjaya.

2 tahun selepas itu, kesemua sekolah menengah vokasional telah dinaiktaraf menjadi sekolah menengah teknik. Oleh yang demikian,syarat kemasukan telah diturunkan. Ramai murid yang saya lihat,keputusan peperiksaannya jauh lebih teruk daripada saya berjaya melangkah menjadi pelajar di sekolah teknik!Allah maha mengetahui!!

Saya reda...walaupun pada hakikatnya saya sedih...sedih bukan kerana tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke asrama tetapi sedih kerana memikirkan seorang demi seorang rakan baik berhijrah ke asrama sedangkan kami murid lelaki hanya tinggal 8 orang berbanding kaum hawa seramai 20 orang...

Akibatnya, semua pelajar lelaki "terpaksa" duduk di barisan hadapan". Allah itu maha mengetahui....Akhirnya, berjaya juga melanjutkan pelajaran seperti rakan-rakan yang lain tetapi pada situasi yang sedikit berbeza.

Pagi tadi, saya mendapat SMS daripada abang ipar meminta saya menyemak permohonan anaknya ke sekolah menengah teknik...Sebelum ini, sayalah yang membantu untuk mengis borang permohonan. Mungkin, apabila menteri pelajaran bertukar, berlaku sedikit perubahan yang saya rasakan perubahan itu tidak memihak kepada anak saudara saya. Hanya sekolah teknik terpilih sahaja menawarkan subjek teknik. Selebihnya, hanya menawarkan subjek vokasional.[Saya rasa, keadaannya tidak lebih dan tidak kurang seperti keadaan pada zaman saya dahulu]

Sebentar tadi, saya baru menyemak status permohonan anak saudara saya. Permohonannya tidak berjaya namun boleh membuat rayuan di sekolah yang diminta.

Nasihat saya, Amirul, bersabarlah...buatlah rayuan jika anda betul-betul berminat. Berdoalah kepadaNya. Janganlah terlalu kecewa jika tidak berjaya. teruskan usaha. Jangan putus asa.Allah maha mengetahui. Semua yang berlaku tentu ada hikmahnya.

Monday, January 11, 2010

Mari Bermarathon...

Tajuk di atas nampak pelik.Ia bukanlah marathon biasa yang kita selalu lakukan. Pada kebiasaannya, marathon biasanya berkait dengan larian yang tidak berhenti tetapi pada jangka masa yang lama.Ada juga yang menyebutnya sebagai lari-lari anak dan ada juga yang menyebut sebagai joging.

Marathon yang saya maksudkan adalah maraton membaca Al Quran. Konsepnya mudah! Setiap waktu solat,[tidak kira sebelum atau selepas waktu solat], saya perlu membaca kitab suci Al Quran sekurang-kurangnya 1 muka surat. Ini bermaksud setiap hari, saya akan membaca sebanyak 5 muka surat. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, ini bermaksud dalam masa 4 bulan, saya akan khatam membaca Al Quran.

Dalam masa setahun, saya akan dapat khatam sebanyak 3 kali. Sekiranya Allah memberi nikmat untuk saya hidup selama 28 tahun lagi [mengambil umur purata masa kini meninggal dalam usia 60 tahun...alahai...2 tahun je dapat merasa duit pencen], InsyaAllah saya akan dapat khatam membaca Al Quran sebanyak 85 kali [84 + sekali khatam pada usia muda].MasyaAllah.

Ia mudah diperkatakan namun untuk memulakannya secara istiqamah, terdapat banyak halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi. Saya mengambil contoh diri sendiri. Waktu pagi amat mengharukan. Mana tidaknya,masa bersiap ke sekolah membuatkan masa begitu pantas berlalu. Jadi, saya perlu "mengqadakkannya" pada waktu yang lain....


"Ya Alah, Kau permudahkanlah niatku ini...Amin...

Sunday, January 10, 2010

Siapa?

Actually, info ini khususnya untuk peringatan diri sendiri. Namun ianya juga boleh dijadikan sebagai peringatan kepada insan yang membaca blog ini.

1. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

2. Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4.Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5.Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....

6. Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

9.Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

10. Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar petikan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Thursday, January 7, 2010

Mudah-mudahan...

Alhamdulillah, saya hampir menghabiskan seminggu waktu bekerja saya pada tahun ini. Setakat ini, tidak ada lagi masalah yang besar-besar. Jika masalah kecil-kecil tu, biasalah. Azam tahun baru masih lagi berkobar-kobar. Di harap, semangat ini akan membara dan akan membara. Semoga Allah menutup pintu hati ini untuk berfikir yang negatif.

Aktiviti minggu ini banyak dihabiskan dengan melengkapkan pelbagai bahan. Inilah kerja rutin setiap tahun. Melengkapkan Rancangan pengajaran tahunan, senarai nama murid, yuran, mesyuarat kurikulum, mesyuarat panitia dan lain-lain lagi merupakan perkara biasa.

Ada rakan-rakan bertanya. Bila nak pindah ke sekolah kebangsaan...Aku cuma tersenyum sambil berkata, semuanya sudah ditentukan. Sekarang, rasanya sudah jatuh cinta dengan persekitaran sekolah. Hubungan antara guru - guru yang sangat akrab serta tidak ada perasaan tidak selesa. [Kalau tak puas hati sedikit-sedikit tu, emmm mungkin ada lah. Adik beradik pun kadang-kadang bertengjar juga]. Sesungguhnya, ia amat sukar diperolehi. Rambut sama hitam,hati lain-lain. Kadang kala, niat yang baik disalah ertikan.

Ada satu lagi keseronokan di sini. Disebabkan kantin di sini agak "lain dari yang lain", maka saya dibenarkan untuk makan diluar pada waktu tidak ada kelas.[kebenaran daripada Guru Besar dahulu, En Tan Yok Pon]. Situasi ini menjadikan saya amat selesa kerana tidak terkejar-kejar. Ada sekolah yang hanya membenarkan guru-guru pergi ke kantin hanya pada waktu rehat...[emm,kejamnya]. Jadi, mereka perlu "bersaing" dengan murid-murid ketika waktu rehat.

Itu masih belum seronok. Ada lagi yang lebih seronok. Disebabkan tempat makan saya bukan di dalam kawasan sekolah, ia amat memudahkan saya untuk mendisiplinkan nafsu makan saya setiap hari Isnin dan Khamis. Niat saya, inilah antara cara saya menambahkan pahala kepada orang yang disayangi. Abah, arwah mak dan juga isteri. Niat yang sentiasa bermain di minda saya, "Ya Allah, aku ingin berpuasa pada hari ini. Kau bantulah aku. Kau permudahkanlah urusanku, Kau terimalah amalanku. Kau sedekahkanlah pahala puasaku ini juga kepada abah, arwah mak serta isteri yang aku cintai.Semoga kasih sayang mereka akan sentiasa mekar hingga bila-bila. Amin"...Mudah-mudahan doaku ini diperkenankan olehNya,Tuhan pentadbir seluruh alam.

Sunday, January 3, 2010

Kalimah ALLAH

Isu ini amat panas buat masa ini. Aku bukan orang yang berkuasa untuk berkata tentang hal ini. Apalah ada dengan pendapat aku sebab aku bukan somebody yang boleh mengubah apa yang berlaku sekarang tetapi sebab aku rasa, aku perlu keluarkan pedapat aku sebab ini blog peribadi aku. So, sesapa yang tak puas hati, aku mohon maaf sebab apa yang aku cakap ni hanyalah luahan hati sendiri.

Pada pendapat aku, sebagai negara yang bertunjangkan Islam adalah agama rasmi, agama lain tidak patut untuk menggunakan perkataan Allah. Jagalah sensitiviti orang beragama Islam. Janganlah disebabkan isu ini, berlaku perkara yang tidak kita jangka.

Untuk pihak yang berkuasa,e.g JAKIM Jabatan-jabatan agama[JAIS, do something...kalau kes Dr. Asri...cepat jek...], Kementerian Dalam Negeri, please la...do something yang boleh menyejukkan hati orang Islam, Janganlah rilex je..cool je...Tunjukkan la yang anda sedang berusaha untuk membela agama Islam yang merupakan agama rasmi negara kita.

Buat ahli-ahli politik serta menteri-menteri, pada pendapat aku, tentang agama,kita janganlah terlalu bertolak ansur. Tidak erlulah kita fikir yang kita akan kehilangan penyokong jika kita membela agama.

Langkah terakhir,kau harap kalau hal ini tidak selesai juga, aku harap Majlis Raja-Raja gunakanlah kuasa yang ada. Janganlah duduk senang lenang ketika ada orang yang sedang mengganggu gugat keistimewaan Islam sebagai agama rasmi. Betul kata Dr. Ridzwan[pengarang Haji Muda], ini merupakan kekalahan kita pada awal tahun.

Manusia...

Manusia ni kadang-kadang sukar dijangka. Aku pon tak tau what kind of people la orang macam ni...Bak kata Nabil,lu pikir la sendiri...

Ceritanya macam ni...Bulan November hari tu, motor mamat X ni diambik oleh tuan punya motor. Di sebabkan mamat X ni tak ada motor, so banyak la masalah yang dihadapi ditambah lagik dengan masalah - masalah yang lain. Antara masalah yang membuatkan aku sangat bersimpati ialah kesukaran mamat X ni nak g keje. So, kalau nak g keje pun susah, macam mana nak dapat duit nak bagi makan anak bini??

Aku kenal mamat X ni. So, aku pesan la ngan mamat X ni...

X, ko guna la motor aku dulu. Aku pun sekarang tak guna sangat motor ni (cuti sekolah pon dah nak start)...Kalau ko dah beli motor nanti, ko pulang la balik. Aku dah pam tayar, aku dah betulkan apa yang rosak, so aku nak ko jagalah motor ni baik-baik.

Ni keadaaan bila aku call seminggu sebelum cuti sekolah berakhir. Aku tau,mamat X ni dah beli motor.

X, bila ko dapat hantar motor balik. Ko pun dah ada motor. Sekurang-kurangnya, kalau motor tu ada pada aku, senang aku nak beli apa-apa kat kedai.

Ni jawapan mamat X ni.
Alamak Sham, sorrylah, kunci motor tu hilanglah...Nanti aku tukarkan set kunci motor tu dengan set yang baru ye.

Malam tadi, aku tanya lagi pasal motor aku ni.Jawapan yang aku terima...
Aku dah bagi ngan Si Y mintak dia betulkan set kunci motor tu. Tapi malam ni Si Y tu tak ada plak.

Actually, Si Y ni tak ada siap dengan motor aku sekali tak ada jugak!!!

Aku sedih sebab pada aku mamat X ni tak ada tanggungjawab langsung. Suka ambik mudah. Ini yang membuatkan aku kureng percaya pada orang yang macam ni. Dia buat motor buruk aku ni ibarat "habis madu,sepah dibuang"...

Mungkin, segala yang terjadi pengajaran untuk diri aku sendiri....