Tuesday, June 30, 2009

Harapan...

Hari ini, aku menghadiri mesyuarat pertandingan syarahan piala perpaduan peringkat kawasan Bukit Cina. Mesyuarat berjalan seperti yang dirancang. Namun sedikit kecewa dengan tarikh pertandingan. Pertandingan akan dijalankan pada 9 Julai 2009 (Khamis). Pada aku, ianya terlalu suntuk. Alasan yang diberikan, penganjur baharu dapat tahu pada minggu lepas. Ia tidak boleh diubah lagi kerana pertandingan peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 21 Julai hingga 23 Julai 2009. Aku takut murid aku, Ong Chong Seng tidak dapat menghafal syarahan yang telah diberi awal pagi tadi. Dia cuma ada masa 9 hari untuk menghafal,menggayakan serta mengucapkan dengan intonasi yang betul. Aku beri masa agar dia dapat menghafalnya dengan lancar selewat-lewatnya pada hari Jumaat. Ini kerana aku mula akan mengajar intonasi serta gaya pada Hari Sabtu ini. Semoga Ong Chong Seng bersungguh-sungguh menghafalnya.

Ya Allah, Kau bukakanlah hati muridku, Ong Chong Seng agar mudah mengingati syarahan yang aku berikan kepadanya. Kau naikkanlah semangatnya agar dia mahu belajar, mencuba dan mengimpikan kemenangan agar dia mencuba dengan bersungguh-sungguh. Amin...

Saturday, June 27, 2009

Syukur Alhamdulillah

Allah itu maha kaya,maha adil,maha mengetahui,maha segalanya. Hari ini 4 Rejab. Seperti yang sedia maklum, saya ada membaca “Barang siapa yang berpuasa 3 hari pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat”. Sebagai seorang manusia, saya pun sedang menuju ke arah itu. Alhamdulillah, saya bersama isteri tercinta berjaya.
Pada 4 Rejab, sekolah saya telah mengadakan jamuan hi tea di Hotel Avillion Legacy,Melaka. Bagaimana tarikh ini dipilih? Siapa yang memilih tarikh ini?(Saya tidak terlibat untuk memilih tarikh ini).Jawapannya, satu sahaja. Ianya ketentuan ALLAH.ALLAH menentukan tarikh ini sebagai hadiah di dunia kepada saya. Alhamdulillah...Indahnya perancanganMu Ya Allah...
Untuk gambar meriahnya makan di sana, boleh klik
di sini

Friday, June 26, 2009

Kagum...

Aku kagum melihat orang-orang yang berjaya...(kagum ye...bukan jealous)Contohnya, Prof Haji Muhd Kamil. Beliau merupakan seorang profesor kat Uitm,Pengarah lagik tapi membaca ceritanya akan membuatkan kita berfikir..."Kalau seorang prof yang sangat berilmu, berpangkat tetapi boleh berfikir begini baik....Kenapa kita yang biasa-biasa selalu tidak malu-malu untuk membuat kesalahan sungguhpun kadangkala kita tahu yang perkara itu salah.Semalam, baca Berita Harian...Ada seorang berjaya menjadi pilot walaupun jantinanya ialah perempuan. Aku tau, dan yakin, Semua yang berjaya ni sebenarnya atas usaha mereka dan kehendak dariNya. Oleh itu, walaupun kita orang biasa, kita mesti berusaha menjadi lebih baik dengan satu syarat sahaja,BERUSAHA dan kemudian berTAWAKAL kepadaNya!Tak ada cara lain!Kita patut berazam setiap hari, kita perlu menjadi lebih baik dari hari ini.Noktah...

Sunday, June 21, 2009

Menyedihkan...

Petang tadi, sambil membaca blog, saya membuka email. Ada 2 inbox. Satu daripada facebook saya dan satu lagi,daripada fotopages sekolah yang dah tak diupdatekan lagi.Kenapa?Sebab saya tidak suka apabila mengetahui fotopages berasal dari Israel.Noktah!

Biasanya, saya abaikan sahaja email ini namun pada hari ini, hati saya tergerak untuk melihatnya. Setelah membuka, didapati ada beberapa message pada fotopages tersebut(mungkin daripada murid-murid saya).

Setelah membukanya,saya amat terkejut kerana murid-murid menyalahgunakan ruangan komen yang dibina. Pada pendapat saya, sekiranya saya berdiam diri, ia akan mengakibatkan reputasi saya sebagai seorang guru menjadi buruk. Ini kerana sayalah yang bertanggungjawab terhadap fotopages ini.Ia juga sungguh menyedihkan saya.

Setelah berfikir sejenak, saya membuat keputusan untuk menghalang murid-murid saya daripada melayari fotopages ini lagi dengan meletakkan password sekiranya ingin melayarinya juga. Saya tidak akan memberitahu password fotopages ini kepada mereka. Mereka telah menghancurkan kepercayaan saya terhadap mereka.Mereka mengecewakan saya dalam hal ini.

Nasihat saya kepada murid-murid saya juga terhadap diri sendiri, berfikirlah sebelum kita memberi komen atau hendak bercakap kerana jika kita tidak berfikir, mungkin kita akan mengecilkan hati ataupun memberikan kemarahan orang lain. Mungkin saya juga begitu, Ya Allah,ampunkan aku.Aku manusia lemah.Aku manusia jahil.Kau berilah pertunjuk dan hidayahMuKau jadikanlah semua murid-muridku sebagai murid yang berjaya serta baik budi pekertinya.Amin...

Thursday, June 18, 2009

Fikir Untuk Diri Sendiri

Tidur 5 jam 20.8
kerja 9 jam 37.5%
Solat(sehari semalam) 1 jam 4.2 %
Lepak-lepak 8 jam 33.3%
Mandi (sehari semalam) 1 jam 4.2%

Lemahnya aku Ya Allah...Ampunkan aku Ya Allah

Wednesday, June 17, 2009

Iman...

Kadang kala kita sering lalai...Lalai dengan dunia...Perkataan nanti kejap sering diucapkan tatkala hati mahu bersolat. Akhirnya,wujudlah gelaran subuh gajah lah dan bermacam nama yang sewaktu dengannya...Inilah yang dinamakan manusia...Kadang kala, kita sering alpa dan leka walhal perkara yang dilakukan tidaklah sepenting solat yang merupakan tiang agama.

Buktinya, waktu yang paling susah untuk aku bersolat awal masa kini ialah waktu asar. Aku pun tak tahu apa sebabnya...Mungkin kerana leka berehat. Kalau mahu diikutkan berapa minit je kita bersembahyang??

Mari saya kira berapa lama kita bersolat sehari semalam...Dalam pengiraan aku, katakan lah 1 rakaat bersamaan 1.5 minit. Jumlah keseluruhan rakaat kita bersolat ialah 17 rakaat.Jadi, kita hanya mengingatiNya sehari semalam selama 25minit 30 saat. Katakan setiap waktu kita berdoa...Jangkamasa doa lebih kurang 5 minit(tu pun dah dikira lama).So, total semua kita mengingatinya ialah 25.5+ 25=50minit 30 saat. Kita diberikan waktu sehari semalam 24 jam. Tak kanlah kita sangat kedekut dengan masa yang Allah berikan kepada kita dengan mengingatiNya hanya 50 minit 30 saat sehari semalam.(Ia hanyalah 3.6% daripada masa yang dikurniakan oleh Allah) kepada kita...

Ya Allah, ampunkan hambaMu yang lemah dan sering melupakanMu ya Allah.Kau berikanlah aku kesihatan dan kau panjangkanlah umurku agar aku dapat mengabdikan diri kepadaMu dan menikmati segala keindahan alam yang Engkau ciptakan.Amin.

Monday, June 15, 2009

Mulut tak Ada Insurans...

Zam PAR Sekolah aku cakap, "Rul, R****** nak pindah".Aku dengan selamba menjawab..."Bagus lah...budak ni pun bukan baik sangat...kurang ajar ngan aku sebab dia ingat dia dah hebat...".Ya Allah,Aku pun tak tau kenapa mulut aku berkata begitu di kala aku sedang berpuasa...Astagfirullah...
Mungkin, keceluparan mulut aku ni sebab kes masa kelas tambahan tempoh hari. Budak ni ngan member dia lagi sorang betul-betul menguji kesabaan aku sebagai seorang guru. ye la...Kalau masa zaman aku jadi murid dulu, aku x berani nak buat macam tu...
Dia orang dua orang tak puas hati sebab dia kata aku ajar lebih kat budak-budak berbangsa cina pada hal, aku sebenarnya bagi latihan pemulihan untuk bebudak yang lemah...Mana-mana budak yang lemah,memang la aku sentiasa tengok....Budak-budak yang dah baik ni, buat je macam biasa...aku tengok sekali sekala dah la....
Tapi dia orang tak faham....Pas tu, buat perangai-perangai yang menunjukkan ketidak puas hatian dia orang ni...tapi honestly,pada aku tindakan macam tu dah dikira kurang ajar la....Jalan2, berbual....masa aku tengah mengajar...Kalau tegur,bat macam tak dengar jek....Aku hanya manusia biasa yang lemah Ya Allah, Bantulah hambaMu yang lemah ini....Kau jadikanlah murid-murid ku sebagai murid-murid yang bijaksana , yang hormat akan kedua ibu bapa serta orang yang lebih tua daripada mereka Ya Allah....Amin Ya Rabbal A'lamin...

Sunday, June 14, 2009

Allah Maha Berkuasa

Malam tadi,aku mengajak wife aku solat isya'."Yang, jom solat isya'".Wife aku kata,"Jap lagi...ada sikit lagi nak print."(maklumlah...lagi 2sehari nak masuk sekolah balik...)
Tetiba je, apa yang dibuat hilang sekelip mata...bukan sebab apa, sebab tersalah tekan...Actually, itulah kelemahan software PLBS ni...x dapek den nak nolog....
Pengajarannya, kalau PM selalu cakap, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan...Dari sudut agama pulak, sepatutya kita semestinya menekankan prinsip ini...solat didahulukan...
Akhirnya, terpaksalah kami berdua bekerjasama menyelesaikan masalah tadi sesudah tanggungjawab dilaksanakan. Alhamdulillah....Ini hanya ujian kecil Allah sebab mungkin hati kami sedikit mengutamakan kerja dunia...Aku kini sedar kebesaranMu...Ampunkan aku ya Allah...Sesungguhnya,aku manusia lemah yang sentiasa berkehendakkan bantuanMu Ya Allah.

Saturday, June 13, 2009

Terima kasih sahabat...

Terima kasih buat sahabat, Md Syaffik Hosnan dan keluarga kerana sudi bermalam di teratak kami...Dah lama juga kita orang tak jumpa...tup-tup...dah 3 orang anak kau...macam mana aku nak kejar nie....Cuma sebab ter"excited" sangat sampai lupa nak amik gambar kat dia orang ni....Actually, dia orang datang melaka sebab nak menghadiri kenduri kawin kawan dia kat alor gajah. Semoga sahabatku sentiasa dimewahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungiNya dunia dan akhirat...Amin.
Seronok bila ingatkan cerita-cerita lama.Rasa macam nak balik seperti dahulu...Namun, kita perlu ingat!!Hidup ini umpama roda....Semakin lama, tanggungjawab kita semakin besar. Dahulu, semasa kecil, tanggungjawab kita hanya pada diri sendiri...Apabila dewasa, tanggungjawab kita terhadap kedua ibu dan bapa...Kini, apabila sudah berkeluarga, tanggungjawab kita bertambah kepada diri sendiri, kepada kedua ibu dan bapa, serta tanggungjawab kepada keluarga. Kita tidak boleh sama sekali melangar amanah yang dipertanggungjawabkan ini.
Dan yang paling penting, hidup hanya sementara. Semakin lama kita hidup, itu bermakna kita akan semakin menghampiri mati. Adakah kita sudah bersedia?? Jadi,Beramallah seperti kita akan mati esok hari dan berkerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi...Skadar renungan untuk diri sendiri...Tiada maksud tersembunyi...Allah maha mengetahui...

Tuesday, June 9, 2009

Cabaran ...

Kadang-kala,manusia boleh berubah dengan sekelip mata jika diizinkanNya. Namun, antara faktor keberubahan seorang manusia itu ialah samada dapat menghadapi cabaran ataupun idak. Peliknya, suatu yang baik kadang-kala sukar diterima oleh rakan mahupun sanak saudara. Ini adalah cabaran yang paling hebat walaupun ianya merupakan masalah picisan jika ingin dibandingkan dengan cabaran semasa bekerja!!

Semoga kita tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran ini...InsyaAllah...

Wednesday, June 3, 2009

Dunia...

Kita boleh menghabiskan masa selama 2 jam tengok movie kat GSC.Kita boleh duduk depan tv tengok Detective Conan. Kita boleh berjalan sampai penat window shopping kat hypermarket,jusco,Giant dan banyak lagik.Kita boleh menghabiskan separuh hari di zoo melihat haiwan-haiwan. Tapi semua ini hal dunia...Pernah tak kita terfikir berapa masa yang kita peruntukkan untuk pencipta?Berapa minit kita baca Al Quran pada hari ini? Adakah kita mengunjungi rumahNya? Hanya diri sendiri yang boleh menjawab soalan - soalan ini...Fikir-fikirkan...

Monday, June 1, 2009

Jiwa Anak Sekarang

Mungkin murid sekarang tak sama dengan murid pada zaman aku dulu. Masa zaman aku dulu, takut sangat dengan cikgu. Walaupun di dalam hati, actually kita tak suka dengan cikgu ni, tapi luarannya kita tak berani melawan samada dengan perbuatan mahu pun dengan kata-kata lagi la jauh.

Benda yang paling aku tak suka adalah mendenda murid-murid. Ada 2 sebab kenapa aku tak suka. Pertama, sebab aku harap murid tidak tertekan dengan denda-ddenda yang aku kenakan. Jadi, murid akan belajar tanpa ketakutan dan senang bertanya (tak takut dimarahi) jika ada masalah. Sebab kedua, di zaman yang canggih ini,ibu bapa sekarang sudah tidak sama dengan ibu bapa zaman makbapak kita dulu. Dulu, jika kita kena rotan contohnya...kalau berani,cakaplah kat ibu bapa!!!tak dirotannya kita sebab mereka menganggap apa ang guru buat semuanya untuk kebaikan muridnya pada masa akan datang. Sekarang, ada guru yang dibawa kes merotan atau mendenda ke mahkamah...kena serang dengan mak bapak lagi....Ada berani???

Tadi, aku nasihatkan murid-murid yang aku ajar...Actually, aku lebih tumpukan pada budak yang bukan berbangsa Melayu sebab mereka memang selalu buat kesilapan terutama semasa meletakkan imbuhan. Tapi,aku tetap tekankan untuk budak-budak Melayu pun kadang-kadang ada yang buat silap...So,watch out...Honestly,aku nasihat ni bukan untuk budak-budak yang dapat markah tinggi...jadi, tak payah lah marah-marah and buat muka tak puas hati kalau markah yang awak dapat tu tinggi!!

Aku pun tak faham ada murid yang tak puas hati bila aku cakap macam tu...Mungkin dia ingat aku bias...Aku tak kisahlah kalau setakat macam tu..Dia mula buat perangai...tak dengar apa yang aku suruh buat...tak apa...aku sabar lagi...pas tu, dia dengan suka hati bejalan ke belakang pegi tempat partner dia yang mungkin tak puas hati dengan aku jugak...Aku pun tak pasti apa yang dibuat oleh mereka berdua ni...tak ke tu namanya kurang a*ar namanya...

Cuma aku sedih sebab orang yang buat macam ni adalah dari bangsa dan agama aku sendiri....Mungkin, ini adalah dugaan dariNya terhadap diri aku...Semoga murid ini berjaya dengan apa yang dikehendakinya. Amin...