Wednesday, February 25, 2009

Bila Lahir????

Aku lahir bulan Januari. Ni aku ada maksud bulan lahir from Dr Fadzilah Khamsah nak share ngan kau orang.

Quite true indeed. Enjoy reading!~

JANUARI(Aku le tu)
*Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik....yang ni betul kot...cuma part serius tu macam x berapa la...Heheheh
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik...betul kot...Dengan bahasa yang paling mudah di fahami...aku nie dikira busy body...
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan...Part untung tu yang tak berapa tepat kot...
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur....Yes...
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam...Sometimes
* Pandai mengambil hati orang lain...Not sure...sebab kadang2 ada jugak yang kecik ati...
* Pendiam kecuali telah dirangsang...Tapi kalau dah kenal...dah tak pendiam dah...
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi...pemalu Yes but part tumpuan tu not at all
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri...not at all...
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema..x pulak...
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya...Tepat sekali....wife aku selalu compalaint part romantik nie
* Cukup sayang pada kanak-kanak...kadang2...ikut time
* Suka duduk di rumah...langsung x tepat...not at all...meleset sama sekali
* Setia pada segala-galanya...betul!!
* Perlu belajar kemahiran bersosial...not sure
* Sifat cemburu yang sangat tinggi...setengah2 la...

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik. -aktif? dinamik?
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian - nope nope.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam. -mmm not really lah.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan. - used to, but not anymore.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Thursday, February 19, 2009

Dugaan Allah

Hari ni aku nak cerita tentang dugaan daripada Allah. Dulu,masa aku dapat result UPSR, aku x dapat masuk asrama. Waktu tu aku berangan2 juga nak dok asrama paling2 cikai pun masuk la asrama Rancangan Khas kat Sekolah Dato Bentara Luar. Tapi malangnya aku x dapat masuk pun. Ramai sedara mara aku tanya kenapa x dapat masuk walaupun aku rasakan keputusan aku amatlah layak ke sana berdasarkan keputusan aku yang boleh dikatakan membanggakan based on title sekolah luar bandar...orang kampung...aku kecewa gak masa tu...(jealous tengok dua tiga orang kawan dapat masuk asrama ....)
Masa Form 3, result PMR aku teruk walaupun aku stay kat Form 3A.Aku frust gila tapi bila di fikirkan,kenapa aku mesti frust sebab ia memang hak aku dapat keputusan macam tu based on usaha aku. Masa tu,ramai kawan2 aku dapat keputusan yang jauh lebih baik dan cemerlang berbanding aku.Jelous tengok berduyun2 kawan aku dapat masuk SBP. Aku???Stay kat sekolah lama la jawabnya...Bila cuti,seronok la tengok kawan2 yang dok SBP nie balik dari asrama dia orang,cerita itu ini pasal tempat belajar dia orang.Peh!!!Jealous siot...
Masa tingkatan 5 pulak, aku dimomokkan pasal matrikulasi. Timbul persoalan masa tu sama ada nak apply diploma ataupun nak masuk matrik je lepas SPM nanti.Tapi bila ditanya2 dengan abang aku, dia cadangkan aku masuk matrik. Actually, waktu tu aku x de harap sangat pun sebab aku sedar aku nie bukan pandai sangat(nada merendah diri)...Doa je banyak2 .....
Lepas SPM je, aku terus masuk keje kilang biskut. Bila tau je tarikh keputusan SPM nak keluar, waktu tu jugak la aku terus berhenti keje kilang. Seksa beb. aku amik la result...x la baik sangat tapi layak la apply kat memana...Lepas tu, aku dapat offer masuk form 6 kat SDBL.aku pun amik la.Keselamatan beb. Takut x dapat mana2.X kan nak keje kat kilang biskut balik...Lepas tu,aku ingat balik, dulu aku berangan nak sekolah kat sini...sekarang aku dah dapat pun...TU NAMANYA DOA AKU DIMAKBULKAN WALAUPUN LAMBAT....ALHAMDULILLAH...tapi aku masuk sekolah ni 1 bulan jek...
Sampai la pada satu hari,aku dapat satu sampul surat kecik...rupanya,surat tawaran masuk matrikulasi sains UMS. Aku tergezut gak...UMS???kat mana tu???ada ke ???rupanya UMS ni universiti baru...pada masa yang sama aku dapat jugak offer dari Mara,buat 2 tahun setengah kat sini, 3 tahun kat UK(University Of Swansea).Abang Ca kata UK ni lebih bagus.Aku buat la solat istiharah. Aku pun buat keputusan aku amik UMS.Arwah mak aku pun sokong aku sebab kos x banyak. Dia kata dapat naik kapal terbang jugak...aku faham maksudnya...kalau g UK pun, mula2 sapa yang nak tanggung...aku bukan orang senang. So,Akhirnya kena la buat matrik 2 tahun kat Sekolah Menengah Sains Muar...Sebuah sekolah asrama penuh....stay la kat sini selama 2 tahun....waktu ni la aku teringat, dulu aku berangan nak masuk SBP. aku dapat gak merasa walaupun aku masuk kat sini atas tiket matrik UMS.ALHAMDULILLAH, DOA AKU DIMAKBULKAN JUGAK...WALAUPUN LAMBAT....BESARNYA KUASA ALLAH MEMAKBULKAN DOA HAMBAMU YANG LEMAH INI...
Abis matrik aku masuk la UMS.Amik Fizik ngan elektronik...sampailah aku grad.ada la kenangan suka duka kat sini...Sekarang,aku berdoa agar aku nak apply sambung belajar sebab aku sedar, ilmu yang aku ada sekarang, ibarat bila kita celup tangan kat dalam air, air yang tinggal kat tangan tu je la ilmu yangkita ada...Fikir2 kan....

Tuesday, February 17, 2009

Perjalanan Yang masih Jauh

Memandangkan dah lama x ada entry baru, hari ni aku just nak story peristiwa2 yang berlaku minggu lepas...
Sabtu yang lepas,as usuall la...bila dah cuti panjang masa CNY hari tu,tentulah kena ganti...walaupun balik awal, tapi dah namanya pun GANTI, memang la liat untuk menghadirkan diri...Namun ku gagahkan jua...maklumla...bila kita dah lama kat suatu tempat,tanggungjawab pun ada banyak sikit....wakakakka(perasan lama walhal ramai lagik cikgu2 yang jauh lebih lama dari aku)Buat PJ untuk budak2 tapi last2 aku yang injured kat bahagian belakang...mulanya aku x kisah gak...tapi kesakitan masih terasa lebih2 lagi masa sujud semasa aku menunaikan solat...so,aku pun g klinik kat depan Giant...doktor yang check aku tu kata muscle over stretch.So dia bagi la 2 jenis ubat tahan sakit and cream untuk sapu kat bahagian sakit...aku kata ok jek tapi dalam hati aku,still ada sikit x puas hati sebab doktor ni gayanya memang gaya seorang pemalas...dia x tengok pun musle aku yang dia kata over stretch tu...dia cuma tanya jek...aku redha je la...nak buat cam mana...kalau ada doktor2 atau bakal doktor yang terbaca kes macam aku nie, aku harap korang jangan la jadik macam doktor yang check aku nie...kalau x sakit,aku pun x nak membazir duit gi klinik la...mana ada orang suka2 je g klinik kecuali orang yang nak amik mc.(but aku x bukan orang yang macam tu pun...)

tapi,sakit2 pun masa hari sabtu tu,still g hi tea kat legacy. makanan nye ok gak...pada pendapat aku murahlah kalau hi tea RM25 tapi ada banyak jenis makanan...x rugi beb...start pukul 12.00 until 4.00 p.m.tapi ada gak sikit x puas hati kat pekerja2 hotel tu...bangang gila...kot ia pun korang nak kemas awal,area kita orang tengah sembang ngan lepak2 tu jangan la kacau...ni bising gila sebab sibuk alih meja...kata sampai pukul 4.00...Masa hi tea tu, adalah bunga call.nak jumpa malam nie...aku boleh je..lagi pun dah lama gila x jumpa mamat nie...last sekali aku jumpa masa aku bawak budak smakj ke mint...tu maknanya sebelum aku kawin...

aku jumpa bunga kat umah aku je sebab kalau jumpa kat luar,kesian pulak kat tini dok sorang2.Sembang la sampai pukul 2.00 pagi...seronok tengok kawan aku nie dah ada pangkat besar sesuai lah dengan ke'aktif'an si bunga nie masa kat ums dulu.kira mint x rugilah amik mamat nie...(tp ada sikit jealous jugak sebab dengar dia orang selalu g oversea....)tapi bila difikirkan ,semua tu kan ketentuanNya...rezeki masing2...

FYI, sampai sekarang nie pun sakit belakang badan aku nie x baik2 lagi...doa banyak2 moga disembuhkan dengan cepat..

One more things, semoga abah aku berada dalam keadaan sihat...Amin...Wassalam...

p/s: Tahniah kepada sahabatku,Mr Hatta yang telah selamat menimang cahaya mata kedua...semoga berjadi menjadi bapa yang dapat mendidik anaknya ilmu2 dunia dan akhirat...

Thursday, February 12, 2009

Love Your Body

Semasa aku menggodek2 blog orang, aku dapati ada satu article nie untuk dikongsi bersama....aku rasa baik untuk semua....Layan...…

1. answer the phone by left ear
2. do not drink coffee twice a day
3. do not take pills with cool water
4. do not have huge meals after 5 pm
5. reduce the amount of oily food you consume
6. drink more water in the morning,less at night
7. keep your distance from hand phone chargers
8. do not use headphone/earphone for long period of time
9. best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning
10. do not lie down immediately after taking medicine before sleeping
11. when the cellphone battery is down to the last bar/grid,do not answer the phone as the radiation is 1000 times!

Friday, February 6, 2009

Makna Kawan A to Z


Nak share apa yang aku dapat kepada kawan-kawan aku....


(A)ccepts you as you are

(B)elieves in "you"(tapi kekadang jangan la pecaya sangat cakap aku kalau macam tak logik je...tu namanya lurus bendul)

(C)alls you just to say "HI" tapi Aku tak call pun sebab tak ada kredit...(ayat defensive common la tu)

(D)oesn't give up on you

(E)nvisions the whole of you (even the unfinished parts)


(F)orgives your mistakes

(G)ives unconditionally

(H)elps you

(I)nvites you over

(J)ust "be" with you


(K)eeps you close at heart

(L)oves you for who you are...yang ni,no komen

(M)akes a difference in your life

(N)ever Judges

(O)ffer support


(P)icks you up

(Q)uiets your fears

(R)aises your spirits

(S)ays nice things about you

(T)ells you the truth when you need to hear it


(U)nderstands you

(V)alues you

(W)alks beside you

(X)-plains thing you don't understand

(Y)ells when you won't listen

(Z)aps you back to reality


Sebagai seorang manusia yang NORMAL, kita jangan tanya ....ada tak kawan kita yang mempunyai ciri A to Z TAPI...kita kena tanya pada diri sendiri...Adakah sifat-sifat A to Z ini pada diri aku???Fikir-fikirkan!!!(pijam kata-kata dari pembaca berita masa aku kecik-kecik sampai la sekarang...Farith Ismeth)...Hehehe

Wednesday, February 4, 2009

Arsenal...

Hari ni perasaan aku agak gembira kerana akhirnya pasukan kegemaran sejak aku kecil lagi,Arsenal berjaya membeli Arshavin. Pada aku, pembelian ini agak perlu kerana Arsenal sekarang yang bergelut dengan masalah kecederaan.

Eduardo,Cesc Fabregas, Tomas Rosicky, Theo Walcott dan Mikael Silvestre merupakan tulang belakang bagi pasukan tetapi dengan adanya masalah ini, ia akan menyukarkan peluang Arsenal untuk mengejar pencabar-pencabar EPL pada masa sekarang.Selain itu,Eboue juga sedang dihimpit masalah keyakinan. Main pun tak perform macam dulu. Biasa lah,lama tak main sebab injured. Justeru, Arshavin merupakan salah satu jalan penyelesaian yang baik.Walaupun bukan penyelesaian secara total,at least boleh la daripada tak ada apa-apa perubahan.

Bayangkan, dengan West Ham pun tak boleh nak menang. Peh...frust gila.Tapi aku percaya,dengan adanya Arshavin, aku harap game yang akan datang ni Arsenal akan menang(walaupun sebenarnya cuak jugak....)Man Utd dah jauh beb...tapi depan member-member yang fanatik man utd nie,kita kena maintain....We'll see...