Saturday, January 31, 2009

Sesaje...

Tak tau nak cerita apa....tapi sesaje nak tulis...
Actually, aku boring gila sebab dah satu minggu cuti....
walaupun aku bukan makhluk yang berbangsa Tionghua...
Penat pun ada jugak...
awal cuti,balik kampung...jaga abah...stay kat sana 3 hari...
pas tu, alarm umah pulak bunyi. bila call jiran pulak, dia terkejut sebab pintu umah terbukak...yang peliknya, grill tak terbuka pulak...
nampaknya,ada 2 kemungkinan.....
1st, ada pencuri nak masuk tapi tak sempat nak masuk sebab alarm dah bunyik...
2nd, tak ada pencurik pun tapi Tini lupa nak tarik pintu kuat-kuat ..
so,bila angin kuat, pintu akan terbuka dan as usual,home alarm akan berbunyi...
Harap-harap,biarlah yang kedua tu...apapun, aku tetap mengambil langkah berjaga-jaga...So, kita orang agak rushing jugak dari BP ke Melaka....Alhamdulillah,tak ada apa-apa yang hilang...
So, kebarangkalian untuk pendapat kedua tadi agak tinggi le....
Bila dak kelam kabut, banyak barang yang tertinggal kat kampung...So,petang tu jugak,balik semula ke BP dan tido 1 malam lagik...
Keesokkan harinya,turn tido kat umah mak mentua pulak...stay kat sini 3 hari...last day, ada 2 perkara terjadi...Busy tolong Isa angkat barang and busu bersalin...baby girl...Tahniah....dah jadi mak and bapak korang berdua...so,kena pandai plan and pandai buat keputusan yang bijak...jangan jadi macam budak-budak lagik....
Lepas 3 hari, balik umah balik semula adn prepare untuk keje hari Isnin ni....Chow...

Monday, January 19, 2009

Sunset Oh Sunset



Sunset di Pulau Melaka

Sunset and Mahkota Medical Centre

Actually, aku amik gambar ni asa amik Tini dari MMC. Stay kat MMC 2 hari 1 malam....ala-ala holiday lah...Dia masuk MMC pada 22 Disember yang lepas...Kelam kabut jugak sebab 23 Disember tu aku meeting untuk tahun 2009...So,malam tu aku stay jugak kat MMC...tido kat atas kerusi jek...Alhamdulillah,everything tak ada apa-apa....just doktor suspect je...Ialah,lebih baik tengok dulu,sebab kalau lambat2 baru tau lagi la bahaya....So,lepas tu,kita orang solat asar kat Masjid Kat Pulau Melaka.Besarnya kuasa ALLAH.Hebatnya ciptaanNya.

Inilah juadah Tini masa kat MMC...Amacam??Ada bran???

Wednesday, January 14, 2009

Langkawi Oh Langkawi Part 3

Dah sampai Langkawi, rugi rasanya kalau nak stay kat hotel jek...kita orang stay kat Baron Hotel.Actually, aku pernah stay kat sini 2 tahun lepas...
Lepas letak beg je,terus round Pekan Kuah...tapi memandangkan kita orang stay kat sini cuma 2 hari 1 malam, memang la rasa tersangat la tak puasnya...

Aktiviti malam di Dataran Helang..tempat yang orang Langkawi agung-agungkan....
Selepas tidur semalam, pagi lagi kita orang dah g jala-jalan.Tempat 1st ialah kilang minyak gamat Nusantara. Lepas tu, terus g Makam Mahsuri...Pastu kita orang rushing g Idaman Suri supaya kaum-kaum Hawa dapat borong barang-barang untuk di bawa ke Melaka. Kat sini kan banyak pilihan....

Lepas abis shopping, kami terus g hotel. Amik beg and rushing ke Jetty untuk mengejar balik...Tiket balik dijadualkan pada pukul 4:00p.m...

Still happy walaupun badan penat ...
Khas untuk Peniaga kedai makan kat Kuala Perlis, aku nak suarakan rasa sedikit kecewa sebab dia orang ambik kesempatan jual makanan mahal gila...
boleh dikatakan, semua yang makan petang tu mengeluh sebab harga mahal...tak reasonable langsung...sedap tak sedap tu lain cerita... Kalau nak industri pelancongan maju, cara sebegini bukanlah cara yang betul...
yang lain,semua ok....

Sunday, January 11, 2009

Go Arsenal Go

Malam tadi Arsenal menang 1-0 lawan Bolton...Cuma aku boring tengok masa 1st half. x ada attack langsung.Just control bola kat tengah padang je...Wengre should buy Arsavin ataupun player lain yang boleh main ala-ala Fabregas.Kalau tak,susah nak kejar MU,Liverpool an Chelsea

Friday, January 9, 2009

Cara Menyelesaikan Tekanan

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian.
Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!

Masalah Penanaman Hidroponik

TANDA KEKURANGAN UNSUR PEMAKANAN TUMBUHAN
Disebabkan oleh :
Suhu larutan nutrien yang meningkat.
Suhu yang sesuai adalah diantara 25°C - 29°C.

GANGGUAN FISIKAL KEPADA TUMBUHAN
Disebabkan oleh :
-Kedudukan tanaman yang tidak stabil/seimbang.
-Sokongan yang kurang kuat.
-Tiupan angin.

Thursday, January 8, 2009

Baru Nak Belajar-Belajar

Actually, aku baru nak start buat projek nie...just untuk hobi...dulu masa kat smakj, budak2 aku ada buat projek ni...aku just guide je...tapi bila dah lama x buat, lupa plak...biasa la...ilmu kalau x amal pun sia2kan???x gitu....Ni ada la article nie aku cari kat internet untuk tatapan bersama...

PERALATAN HIDROPONIK
1) Takung Hidroponik
2) Penutup Takung (Polystreen)
4) Benang/Span
5) Baja Hidroponik
7) Biji Beni.....the most important...


PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM
Langkah Pertama
Baja hidroponik yang dibekalkan dilarutkan mengikut arahan pada baja yang kita beli dan kacau hingga sebati.

Langkah Kedua
Ceduk larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dan campurkan kedalam takung hidroponik yang diisikan dengan air. Kacau hingga sebati. Dan tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.

Langkah Ketiga
Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian .Juntaikan benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul supaya menjadi sumbu agar ia dapat menyerap larutan baja hidroponik. Masukkan yang telah diisikan dengan benang pada setiap lubang penutup takung hidroponik. Pada permulaan menanam, bahagian bawah bakul yang ada sumbu benang perlu direndam dalam larutan baja hidroponik untuk membasahi media tanaman.

Langkah Keempat
Masukkan 2 atau 3 biji benih sayur-sayuran diatas benang dalam bekas benang tadi. Pastikan biji benih basah supaya boleh bercambah.
*Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak ada percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.

Langkah Kelima
Letakkan set hidroponik ditempat yang mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang. Elakkan daripada hujan terus masuk kedalam takung hidroponik.

Selepas 3 minggu, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung. Oleh kerana jangkamasa matang berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takung. (Kangkong - 3 minggu / Sawi - 4 minggu / Cili - 2 1/2 bulan). Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.Setelah dipungut hasil, basuh semula takung, penutup dan bekas benang dan gantikan benang dan ulang langkah awal tadi untuk penanaman baru. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan kerdil dan lambat besar, daun kuning nipis dan tidak melengkung.

Harap-harap kita berjaya...Selamat mencuba...

Monday, January 5, 2009

Langkawi Oh Langkawi Part 2....











Ni gambar masa kat dalam ferry. Penuh dengan Keluarga Pak Yasin aje...Riuh...Macam kat umah sendiri... betul-betul macam pelancong...Sampai jek kat jetty Kuah,ada problem lagik...3 van yang kita orang nak sewa telah di ambil orang...Jadi, tersadai la lagik lebih kurang 30 minit...Kita orang sampai hotel pukul 4.00 petang. Penat gila...Betul-betul dugaan la...

Langkawi Oh Langkawi Part 1....

Pada 26 Disember yang lepas, keluarga bapak mentua aku ni buat lah satu lawatan ke langkawi. Cost bas ditaja oleh Abang Baba. Thanks a lot atas apa yang telah disumbangkan...Harap dilimpahkan rezeki...Amin.
Kami bertolak dari Taman Putat Indah pukul 9.00 malam. Semua happy sebab dah tak sabar-sabar nak shopping kat Langkawi...Biasa lah...Bab-bab menghabiskan duit ni, kaum Hawa memang very-very excited...Nak borong pinggan la katakan....

Mula-mulanya,perjalanan amat lancar...Siap brother driver bas ni lumba-lumba lagik dengan bas - bas lain. Aku cuak juga tapi tawakal aje la...Nama bas kita orang naik pun namanya Tawakal.

Ni la rupa bas yang kita orang naik tu...
Lepas je area Nilai, aku dah terasa something. Ada bau hangit. Actually, aku dok betul2 kat area engine. Sampai je dekat2 area hentian Dengkil, ada bunyik kuat. Rupa-rupanya pipe apa ntah,aku pun x mahir tentang ni kata driver dah bocor.Nasib baik benda nie jadik betul2 kat Hentian Dengkil. So,kita orang pun makan-makan la kat situ...
Brother driver kata,dia takut nak teruskan perjalanan guna bas nie sebab takut bocor lagik. So,kena lah tunggu bas lain....Kita orang tersadai kat sini lebih kurang 4 jam...Sampai pukul 3.00 pagi. Sampai jurujual kat situ pun dah bosan tengok muka kita orang lalu lalang g toilet aje. Apa boleh buat...Dah nasib badan...Kita orang sempat berposing sakan lagik masa kat Hentian Dengkil...Apa tidaknya. Tersadai 4jam gang...Heheheh...

Sunday, January 4, 2009

How To Save Fuel???

1) try pump your petrol during early morning, or night time or after raining when the moment it is high humidity. avoid refill your petrol on hot sun weather. simple physics - substance contracts when cold, expands when hot, same to liquid petrolium. thus same amount you pump, night-time and noon-time may be different.

2) don't pump full tank if not going long distance trip. load leads to FC consumption.

3) do away whatever gabage and unneccessary items in your car cabin and boot to reduce weight load on the car.

4) air-cond contributes sufficient cold to you will be enough. too cold will lead to more workload from compressor, indirectly affects FC. ideal is around 25 c.

5) check your tyre presure at least once a month. avoid over-inflate or under-inflate.

6) before start-off your journey, plan for proper direction and route to go.

7) make sure periodical service is done for your car to maintain the optimum working-state of the car.

8) last, most important, your right foot. avoid sudden acceleration and sudden braking type of driving style.

anymore?? there are still many......everyone can share here.....