Friday, July 31, 2009

Adakah anda takut apabila dipantau??

Persoalan ini sebenarnya ditujukan kepada semua guru yang mengajar Skim Baucer Tusyen. Difahamkan, muai bulan Ogos, pemantau akan datang untuk memantau Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada aku, kita akan takut jika kita melakukan kesilapan. Sebenarnya, kesilapan yang kita lakukan adalah pengalaman yang paling baik untuk mendewasakan kita. Namun, perlu diingat, kita perlu meminimumkan kesilapan. Kadang kala, kita dengan sengaja melakukan kesilapan. Ini adalah kesilapan yang TIDAK PERLU.Oleh yang demikian, jangan sekali-kali cuba untuk melakukan kesilapan dengan sengaja.

Sebagai contoh, kita belum solat asar. Jam ditangan sudah pukul 6.30 petang. Cadangan utama ialah untuk membeli belah di Jaya Jusco. Oleh itu, solatlah dahulu, barulah pergi membeli belah. Jangan silap apabila membuat keputusan....Solatlah dahulu sebelum menghabiskan wang...hehehhe...

Berbalik pada pemantauan tadi, pada pendapat aku, jika hendak dipantau, pantaulah...Kita tak perlu takut. Kita HANYA pelu takut pada pencipta, iaitu ALLAH...

Thursday, July 30, 2009

Syukur

Syukur alhamdulillah...Pada hari semalam, aku mendapat sedikit penghargaan daripada Kementerian Pelajaran. Indahnya dan perasaan seronok dalam hati ini memang tidak dapat dinafikan. Itu baru penghargaan di dunia. Macam mana agaknya kalau kita mendapat penghargaan di akhirat nanti. Mesti jauh lebih indah pengalaman itu.

Honestly, aku tidak menyangka sama sekali. Pada pendapat aku, biarlah kita bekerja seikhlas yang mungkin, balasan akan kita terima di akhirat kelak. Sebab aku telah dididik semasa berada di MPKTBR dahulu, guru adalah segalanya...Mudarris,muallim dan muaddib. Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan penghargaan ini.

Namun, dalam pada gembira, tidak aku nafikan ada 2 benda yang aku takut. Pertama, aku takut jika rakan-rakan sekerja yang merasakan mereka lebih layak menerimanya, menyalahkan aku. Secara jujurnya, sampai ke saat ini, aku masih tertanya-tanya...layakkah aku menerimanya. Percayalah, tidak pernah ada didetik ini untuk mempengaruhi pentadbir dalam pemilihan ini.Harap-harap, semua yang aku takutkan ini tidak berlaku.Kedua, aku takut juga akan wujud perasaan riyak, takbur dan bongkak. Nauzubillah.Minta Allah jauhkan perasaan ini ke atas aku.

Ya Allah, aku bersyukur kerana diberikan penghargaan ini,
Aku amat berterima kasih kepadaMu Ya Allah,
Kau jauhkan aku daripada sifat-sifat yang dicela,
Kau berilah aku semangat untuk menghadapi dugaan dan cabaran di alam pekerjaan,
Kau permudahkanlah aku dalam menjalankan kerja seharian,
Amin, Ya Rabbal A' Lamin...

Saturday, July 25, 2009

Adakah kita menyayangi isteri???

Tajuk hari ini pelik sedikit. Ia mempunyai 1001 persoalan. Setiap insan mempunyai cara yang tersendiri menunjukkan cara yang mereka menyayangi seseorang. Kadang-kala, caranya agak pelik dan lain dari yang lain.

Namun, ada juga cara yang biasa-biasa yang dilakukan oleh suami contohnya memberi bunga, memberi hadiah, memberi ciuman romantik di dahi setiap kali pergi mencari nafkah dan banyak lagi. Bagi aku, aku bukanlah insan yang sangat romantik dan mungkin harapan isteri untuk mendapat sekuntum mahupun sejambak bunga dari suaminya ini adalah sangat tipis sekali.

Ini bukan bererti yang aku tidak menyayanginya tetapi mungkin caranya agak berbeza sedikit. Setiap hari, kita solat lima waktu. Ingatlah, sebagai seorang lelaki, kita tidak pernah "uzur" seperti wanita. Walau bagaimana uzur pun,sebagai kaum lelaki, kita mesti solat.

Selepas solat, ada hadis yang menyatakan orang yang tidak berdoa merupakan orang yang sombong. Sombongkah kita?Bukan lama pun untuk memohon kepadaNya. Biasanya, doa selepas solat ditujukan untuk diri sendiri, isteri, keluarga dan ada juga sedikit untuk muslimin dan muslimat.

Cara aku menunjukkan yang aku mencintai isteri adalah, aku akan mengkhususkan doa selepas solat ba'diah dan qabliah untuk isteri. Doanya begini,

Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau ampunkanlah dosa isteriku,
Kau mewahkanlah rezekinya,
Kau jadikanlah isteriku isteri yang solehah,
Yang taat kepadaMu Ya Allah, Yang taat pada suami Ya Allah,
Kau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada beliau,
serta Kau jauhkanlah daripada dijangkiti penyakit.
Ya Allah yang Maha Berkuasa,
Kau temukanlah kami di pintu syuga FirdausMu,
Kau tambahkanlah perasaan kasih,cinta dan sayang
antara kami berdua setiap masa.
Ya Alah, Yang Maha Agung,
Kau Kurniakanlah kepada beliau zuriat yang soleh,
Yang sempurna sifatnya serta yang dapat mendoakan kami Ya Allah
Kau permudahkanlah kerja yang dilakukannya,
Kau permudahkanlah laluan kerjayanya.
Kau perkenankanlah doa hambaMu yang lemah ini,
Amin Ya Rabbal A'Lamin...
Pada pendapat aku, inilah hadiah yang paling berharga...Semoga dimakbulkan olehNya.

Thursday, July 23, 2009

Bengang!!!

Entah la...mungkin aku tak patut buat macam ni...tapi ...aku manusia biasa,ada perasaan, ada akal dan ada emosi yang kadang-kadang, aku sendiri gagal mengawalnya.

Pagi tadi, aku mendapat Local Order dari Pejabat Pendidikan Daerah. So, aku plan nak submit hari ini juga. Jadi, aku lengkapkanlah kedatangan pada 20 Jun 2009 yang lepas. Actually, aku sudah hantar ke PPD kedatangan yang original tetapi aku pun tak faham, mana kedatangan tu pada masa ini. Yang ada cuma yang fotocopy sahaja.

So, dipendekkan cerita, aku pun minta jasa baik cikgu-cikgi ni untuk tanda tangan balik kertas kedatangan tu based on fotocopy yang aku ada simpan la. Semuanya berjalan lancar.Sampai la pada seorang cikgu ni...

Aku :
"Cikgu, boleh tak cikgu tanda tangan kat sini. Actually, kedatangan yang original saya dahbagi ke PPD tapi bila dapat Local Order je, PPD kata belum dapat lagik kedatangan masa tu. So, kita kena tanda tangan lagi sekali."

Cikgu ni:
"Ey.....ini kedatangan saya tak nak tanda tangan....saya tak nak...hahahahah".

Tak sakit hati ko???Hello, aku bukan mintak duit. Aku minta tanda tangan je...Bukan untuk kesenangan aku. Untuk kesenangan semua.

Semua??Ye la...Untie dapat duit makanan dia....Aku tak hadapi sebarang masalah dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai penyelaras LDP, cikgu-cikgu yang tanda tangan ni tak la kena bagi surat tunjuk sebab angkara tidak hadir LDP.

Sometimes, aku tak faham ada orang yang menyusahkan benda yang mudah. Tak kan aku nak tanda tangankan untuk mereka. Sebagai penyelaras, yes...aku bincang dengan pentadbir, nak buat apa, yes, aku fikirkan siapa penceramah , yes....aku buat proposal, yes...aku hantar pra LO bila dah dapat surat kelulusan,yes...aku pastikan LDP berjalan lancar, yes...aku buat laporan tentang perjalanan LDP, yes...aku hantar laporan kedatangan pada PPD...tapi tak kan tanda tangan pun aku nak tanda???

Mungkin, ini adalah sebahagian daripada dugaan hidup.Ialah yang mematangkan kita.

"Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang lemah ini.
Aku tidak berdaya,Ya Allah.Hanya Kau yang berkuasa.Amin"

Wednesday, July 22, 2009

Tak Faham!!!!

Tak ada niat yang tersembunyi. Hari ini, aku dapat bill statement daripada bank I***m. Walaupun ada dasarnya aku tidak lagi berhutang dengan bank I***m tetapi sebaliknya bank inilah yang berhutang dengan aku, tiba-tiba je dapat bil yang meminta aku membayar sebanyak RM60.



Alasan: Annual Fee



Dahulu, Si Sales Girl yang buat promosi kad ni kata,



"that's free for life. Don't worry. Just tolong saya dan menaikkan bank beragama islam kerana kita agama islam".



So, aku dan Tini pun amik aje la.sebab nak tolong...



Aku pun call la bank ini. Dia boleh cakap :



"RM60 tu perlu dibayar. sebab aku tak guna kad tu sekurang-kurangnya 12 kali".



dulu, tak cakap pulak.



Aku bukan kisah sangat pasal RM60 tu. tapi ini soal prinsip. Sebab, aku pernah jugak alami perkara seperti ini dengan bank lain. Hasilnya, setelah aku buat follow up by email je, dia orang akan call dan akan kreditkan balik bank fee tu dengan pujukan agar aku tidak menutup akaun.



Malangnya perkara seperti ini tidak berlaku di bank I****m.Sedih sebab sayangkan RM60, anda kehilangan pelanggan...Inilah beza bank ini dengan bank-bank lain. Bank lain sibuk mengharapkan pelanggan tetapi sebaliknya untuk bank ini.



p/s: Pada hari esok, Bank ini akan kehilangan 2 orang pelanggan ....

Friday, July 17, 2009

Baru Aku Menyedarinya..

Lima tahun yang lepas, kami (aku bersama Aji) mendaftar di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit ( kini dikenali sebagai Institut Perguruan Datuk Razali ). Suasananya amat berbeza semasa kami mendaftar di Universiti Malaysia Sabah dulu. Ini kerana kami diorientasi oleh adik-adik yang jauh lebih muda daripada kami.

Em...Dah lari topik ni. Kali ini, agaknya aku dah matang sikit. Sudah ada target masa masuk kelas. First time kelas je, semangat tak alang-alang. Tapi, dalam pada semangat tu, aku selalu complaint kat gang-gang kelas aku. Aku tak tau kenapa semua pensyarah kat maktab ni suka guna marker pen yang dah nak habis ink. Nampak tak jelas dan kabur je.

Suatu hari, aku cerita ngan Opek tentang hal ni. Dia ketawa besar. Dia suruh aku try cermin mata dia. Em...Nampak jelas yang teramat sangat. Kini barulah aku perasan yang aku sudah rabun. Allah memberi peringatan kepada aku yang aku sudah tua.

Wednesday, July 15, 2009

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.

Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Wallahualam.

(apapun, kita renung kembali kepada firman Allah Ta'ala dalam surah az-Zariyyat yang bermaksud : " dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia itu kecuali mereka beribadat kepada-Ku")

** maka benarlah Allah yang Maha Berkuasa **

Entri ini diambil di blog ini.

Friday, July 10, 2009

Bulan Penuh Ujian...

Sentiasa dan sentiasa berdoa,


" Ya Allah, Kau permudahkan segala kerja yang aku lakukan"


Mengapa? Salah satu senjata ataupun cara kita untuk menyelesaikan masalah ialah dengan berdoa kepadaNya selepas kita berusaha melaksanakan segala tugasan.


Pada bulan ini, Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (LDP) diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 11 Julai dan 25 Julai. Sebagai oenyelaras untuk latihan ini, aku perlu mencari guru yang bermurah hati untuk membentang (kerana tiaada peruntukan untuk pembentang jemputan...Jadi,jika mencari pembentang dari luar, siapa yang akan membayar??), menyediakan proposal, menempah makanan, membuat pesanan tempatan (Local Order) serta menghantar laporan selepas LDP dijalankan.


Selain LDP, aku perlu melatih seorang murid ke pertandingan syarahan Piala Perpaduan( sudah berlangsung semalam...kalah...ada hikmahnya...jika menang, aku perlu melatihnya lagi untuk persediaan ke peringkat negeri...Thank You Allah).Aku juga perlu memilih 4 orang murid yang bijak Bahasa Malaysia untuk menyertai Pertandingan Pemahaman Piala Perpaduan.


Pada masa yang sama, aku juga sedang melatih 5 orang murid Tahun 4M dan 5 orang murid Tahun 4B untuk menyertai Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah pada 21 Julai 2009 ini.


Aku juga sedang melatih 5 orang murid Tahun 6K untuk menyertai Pertandingan Syarahan Peringkat Sekolah yang akan berlangsung ada 30 Julai 2009.

Pada 15 Julai ini juga. Ketua Pentaksir Kawasan akan datang untuk PLBS Bahasa Malaysia. Harap-harap semuanya berjalan lancar.


Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang lemah ini,
Kau tingkatkanlah kesabaranku,
Janganlah Kau beri aku ujian yang aku tak dapat menghadapinya kepadaku,
Kaulah yang berkuasa, Kaulah Maha Agung,
Kau perkenankanlah doa hambaMu yang lemah lagi hina ini,
Amin...

Wednesday, July 8, 2009

Sabak Awor

Pada 3 Rejab yang lepas, saya bersama isteri berpeluang berbuka puasa di port medan ikan bakar yang baru di Muar, Johor. Perjalanan dari rumah mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai sahaja di medan ikan bakar Sabak Awor, tepat-tepat azan berkumandang. Kami hanya berbuka dengan minum air yang dibawa sendiri dan terus berjalan ke surau berdekatan untuk menunaikan kewajipan terlebih dahulu.

Selesai sahaja solat, terus ke gerai kedua berhampiran surau seperti yang dicadangkan oleh Kak Suzie dan Kak Sham. Dalam kelaparan, kami terus memesan makanan. Pesan tak hingat.Macam-macam ada. Amik kerang di masak rebus, udang masak sambal, sotong goreng tepung, ikan pari masak sambal,ketam butter,2 bungkus nasi lemak serta sepinggan nasi putih.(nafsu tamak tu...).


Dalam hati, terdetik jugak,

"Kalau tak sedap, macam sia-sia je buka jauh-jauh".

Tunggu tak lama la. Lebih kurang 15 minit, semuanya ada di depan mata. Yum yum yum...Sungguhmenyelerakan. Tak sia-sia jalan jauh sikit. Tempat duduk pun selesa, tempat solat pun superb!! Tak malulah mengaku orang Johor...

Abis makan je, kami berdua terkejut. Kenapa...Biasanya, semasa kami makan di tempat lain, anggaran dalam RM 100 la. Saya terpaksa bertanya 2 kali takut-takut tersalah dengar. Hanya RM46.00. Subhanallah.Alhamdulillah. Semoga harga sebegini kekal selamanya. Jangan berubah apabila sudah glamour...Yang pasti, mungkin kami akan datang lagi selepas ini. Credit to Kak Suzie dan Kak Sham yang telah memperkenalkan tempat ini.

Pintu masuk Medan Ikan Bakar Sabak Awor


Depan sekali tu ialah surau



Siap ada menara lagi...

Tuesday, July 7, 2009

Semuanya sudah ditentukan...

Cerita ini berlaku pada hari semalam...

12.00 tengah hari
"Rul, petang ni boleh tolong gantikan kelas saya tak? Saya kena pegi taklimat H1N1 di SMK Padang Temu",kata Mr Seit.Aku dengan tidak berfikir panjang berkata,"OK, No problem".
Sebab, apabila aku gantikan kelas pada hari Isnin ni, maka Mr Seit akan menggantikan kelas beliau pada hari esok. Oleh itu, esok aku tak ada kelas tambahan la...Tapi apa faedahnya??sebab walaupun tak ada kelas tambahan, aku perlu datang juga pada pukul 3.00 hingga pukul 4.30 petang untuk aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia. Emmmm...aku tak kisah la...

4.40 petang
Ketika menjemput Tini, "Yang, saya demam...",kata Tini. Saya membawanya ke klinik. Banyak jugak ubat diberi beserta MC pada hari esok.

Hari ini, aku mengerti mengapa aku perlu menggantikan kelas Mr Seit pada hari semalam. Jawapannya, pada hari ini jadual tersangatlah pack. Kelas aku dari pagi hinggalah pukul 1.05 tengah hari. Oleh itu, selepas meminta kebenaran untuk balik seketika untuk hantar makanan kepada Tini dengan alasan kelas sudah habis.

Jika petang ini ada kelas tambahan, bagaimana nak hantar makanan??Semuanya sudah ditentukan. Hanya Allah mengetahui segalanya. Indahnya perancangan Allah..