Wednesday, November 4, 2009

Jasa

Semenjak kecil, kita ditatang bagai minyak yang penuh. Masih teringat lagik cerita-cerita abah tentang cabaran menjaga anak-anaknya. Bukan senang untuk membesarkan anak yang 9 orang.Kami bukan berasal dari keluarga senang. Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Abah dan arwah emak hanya bekerja sebagai penoreh getah. Jika hujan, maka tidak ada la hasil untuk keluarga kami.

Antara cabarannya yang tak boleh dilupa ialah semasa kak cik menghadapi masalah kulit di kepala. Waktu itu musim hujan. Nak makan pun susah inikan pula untuk pergi ke klinik. Akhirnya, arwah mak menggadaikan subangnya. Dapatlah RM30. Waktu itu, RM30 agak besar nilainya. Ia hampir sama nilai RM 50 pada masa sekarang.[agaknya la]...

Mungkin disebabkan kemiskinan, abang cik semasa usianya 12 tahun pernah mengikut tukang jual ubat dengan niat untuk membantu. Maahnya arwah mak bukan kepalang.Manakan tidak. Usia sebegitu bukanlah usia yang ideal untuk bekerja. Sepatutnya, usia sebegitu ditumpukan kepada pelajaran. Waktu it, abah bekerja sebagai buruh di Singapura. Mungkin, gambaran pekerjaan abah pada masa ini ialah seperti orang indon yang membuat bangunan di Malaysia...Akhirnya, abang cik akur dengan arahan mak agar tidak mengikut lagi Si Tukang Ubat...

Satu yang membanggakan saya ialah tidak ada seorang pun anak-anak abah yang tidak belajar setidak-tidaknya sehingga sekolah menengah. Maklumlah, pemikiran orang kampung kadang kala melawan arus. Ada yang berbangga kerana anak mereka sudah dapat membantu pada usia yang muda lagi.[Tidak masuk bersekolah tetapi bekerja mengambil buah sawit]. Saya bukan mengecil-ngecilkan pekerjaan ini tetapi pada pendapat syaa, ada baiknya tuntutlah ilmu terlebih dahulu agar lebih berjaya.

Alhamdulillah, walaupun anak-anak abah tidaklah berjaya sehingga menjawat jawatan yang besar-besar tetapi sekurang-kurangnya, anak-anak abah ini tidak lagi menyusahkan abah.Semuanya berjaya dengan kerjaya masing-masing. Pastinya, kami berjaya kerana doa abah dan arwah mak juga.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, kau tempatkanlah mereka di dalam syugaMu, SyurgaMu yang istimewa[meminjam doa Prof Hj Kamil],Kau jauhkanlah mereka daripada api neraka jahanam, Kau jauhkanlah mereka daripada siksaan azab kubur,Perkenankanlah doa hambaMu yang lemah ini"..

No comments: