"Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit isteriku,
Agar beliau dapat menjalankan segala tanggungjawabnya sebagai guru
guru yang sangat-sangat bertanggungjawab
Agar anak-anak muridnya tidak ketinggalan...
Amin..."
Ketinggalan...inilah yang diucapkan oleh isteriku tatkala berada dalam Kaunter Kecemasan Mahkota Medical Centre walaupun suh badannya mencecah 39.6 darjah celsius.
Semasa menanti jururawat sibuk melakukan pemeriksaan darah, X Ray dan sesi berjumpa doktor sebelum di hantar ke wad dan diberi antibiotik serta merta, banyak pesanan yang dipesan.
Maklumlah, segalanya tidak dirancang. Mulanya, hanya untuk ke klinik biasa. Namun, setelah suhu semakin meningkat sehingga hampir pitam, inilah destinasi yang paling tepat...cepat...
Pesanan beliau,
"Yang jangan lupa bawakan telekung renda kuning, pakaian, kain batik, baju panas, minyak panas dan charger". Jangan lupa tolong beritahu GB esok saya tak dapat datang." Macam manalah budak-budak saya. Exam dah dekat. Kalau saya tak ada, agak-agak dia orang buat ulangkaji tak yang?..."
Maklumlah, ajar darjah 1 memang ulangkaji biasanya terarah pada guru yang mengajar. Sebab itu biasanya guru darjah satu merupakan guru wanita. penyayang dan penyabar...sentiasa peka pada masalah ...
Em, dah sakit-sakit pun masih ingat tentang orang...itulah Cikgu Kartini.
Doaku,"Semoga Allah mudahkan kerja kita. Amin".
2 comments:
Salam Kamarul.
Semoga cikgu Kartini cepat sembuh.
terima kasih. Harapan saya juga begitu. sepi seorang diri...
Post a Comment