Khamis minggu lepas, seperti biasa bersolat zuhur di Masjid Al Azim. Apabila sudah terlewat, mesti sukar mencari parking. Akhirnya, terpaksalah aku parking di tempat yang agak jauh dari pintu masuk. Kebetulan, pintu yang terdekat mempunyai beberapa pili paip yang sedia untuk digunakan khusus untuk membasuh kaki mahupun mengambil air sembahyang tetapi tiada berbumbung.
Disebabkan tempat mengambil wuduk utama agak jauh, aku membuat keputusan untuk mengambil wuduk di pili yang disediakan ini sahaja. Disebabkan cuaca yang panas terik, akhirnya aku terpaksa membatalakan untuk mengambil wuduk di situ kerana air yang keluar daripada paip ini terlalu panas. Macam mana nak mencurahkan air yang panas ini ke muka??? Mau melecur dibuatnya...
Akhirnya, terpaksalah mengambil wuduk di tempat wuduk utama walaupun memerlukan perjalanan yang agak jauh...
Hari ini, walaupun cuaca agak panas, air paip yang digunakan untuk mengambil wuduk tidak terasa pun kepanasannya.
Pengajaran: Air yang panas sedikit sahaja pun, kita tidak boleh tahan darjah kepanasannya...Inikan pula kepanasan api neraka. Oleh itu, adakah kita masih lagi berani untuk melakukan perkara-perkara mungkar di muka bumi ciptaanNya? Peringatan hari ini Allah tujukan kepada aku dan ianya boleh dikongsi bersama.Semoga kita mengambil iktibar dari sedikit peringatan tadi...
Bengkel Kuasai Penyuntingan (BM SPM)
4 months ago
2 comments:
Salam Kamarul.
Wudhu' adalah ibadah. Elok juga jalan jauh untuk buat ibadah. Saya teringat maksud hadis riwayat Dar Qutni dan al-Hakim yang bermaksud: Ganjaran sesuatu ibadah itu dikira berdasarkan kepada tahap keletihan dan belanja ikhlas yang dikeluarkan. Lagipun, berwudhu' dengan air panas kan makruh.
Terima kasih atas nasihat yang diberikan.Masia mudah lupa.Semua nak "Fast track".
Post a Comment