Wednesday, September 23, 2009

Jiran

Kami tinggal di kawasan rumah teres 2 tingkat. Mesti ada 2 jiran. Satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Alhamdulillah, kami mendapat 2 jiran yang baik. Satu berbangsa Cina manakala satu lagi berbangsa Melayu.



Jiran yang berbangsa Melayu tinggal di sebelah kanan. Namanya Encik Amir. Seorang pensyarah Universiti Teknikal Malaysia (Utem). Orangnya tidak banyak bercakap tetapi baik orangnya. Walaupun kami tinggal bersebelahan, berkongsi dinding namun kami jarang berjumpa. Ini kerana waktu abis keje antara kami berdua pun berbeza. Kebiasaannya, kami akan berbual apabila terserempak jika ingin keluar rumah.



Pada aku, situasi begini agak baik kerana kadang-kala, jika perhubungan terlalu rapat, ia akan menyebabkan mudah terkecil hati.



Jiran sebelah kiri pula bernama Molly. Agak peramah. Aku sering lama duduk di dalam kereta apabila Pn Molly terjumpa dengan isteri aku kerana banyak cerita yang ingin diceritakan. Pn. Molly seorang jiran yang sangat caring. Beliau selalu memberi ole-ole kepada kami. Semasa isteri aku akit perut, beliau datang bersama-sama dengan buah anggur serta pil sengseh. Semasa wife aku admitted di MMC, beliau bersama suami datang menjenguk bersama dengan buah tangan. Semasa hari raya, beliau memberi kami hamper dan yang paling penting, apa jua hal berkaitan dengan keselamatan rumah, beliau sering memberi info berguna kepada kami.



Aku tersangatlah bersyukur mendapat jiran yang baik seperti beliau. Bukan senang untuk mendapat jiran yang baik serta tiada perasaan hasad dengki seperti kedua-dua jiran ini.



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kekalkanlah hubungan baik kami sesama jiran.

Kau berikanlah rahmat dalam perhubungan kami ini.

Kau jauhkanlah kami daripada berselisih faham.

Amin, Ya Rabbal A'lamin..."

No comments: