Wednesday, September 30, 2009

18 SX

Teringat satu persoalan tapi bukan daripada aku. Ianya keluar daripada mlut kawan aku tapi aku dah lupa siapa. Kenangan ni waktu kami berada di sekolah rendah. Main baling selipar, main rondas, main galah panjang dan macam-macam lagi. Tiap-tiap hari, mesti ada aktiviti yang dibuat. Biasalah, budak kampung....

Masa lepas main, ada seorang kawan ni buat soalan yang aku langsung tak sangka.

Kawan 1:
Kenapa orang putih bila cium perempuan je cium kat mulut. Dah la tu, cium lama pulak tu?Biasanya kan mak-mak kita akan cium kat pipi...

Aku tak tau nak bagi idea apa.Tapi kawan aku yang lagi sorang ni ada jawapan...

Kawan 2:
Orang lelaki tu nak bagi gula-gula dalam mulut dia kat perempuan yang dicium tu la. sebab tu dia cium kat mulut lama-lama..

Kawan 2 aku ni jawab dengan penuh yakin....

Aku pun fikir???Mungkin betul jugak jawapan kawan aku ni...(Budak-budak le katakan...)

Sekarang?? Aku hanya mampu tersenyum sorang-sorang macam kerang busuk apabila teringat jawapan daripada kawan aku ni....Lawak-lawak...Ianya lawak 18SX...hahhaha

Tuesday, September 29, 2009

Prof Noh

Semua budak UMS mesti kenal dengan Prof Noh ni. Nak-nak lagi budak Fizik. Nak dijadikan cerita, aku ngan Juwe plan la nak jadikan Prof Noh sebagai supervisor final year project.Maka, kami pun pergi ke Canselori untuk berbincang mengenai tajuk yang dipilih. Kami pergi dengan penuh semangat. Pukul 6.30 pagi lagi, kami sudah tercegat di hadapan bilik Prof Noh. Maklumlah, bukan senang untuk berjumpa dengan TNC Universiti (ketika itu..). Kini, beliau menjadi NC di Uitho, Parit Raja, Johor.

Maka, bermulalah detik yang ditunggu-tunggu. Juwe memulakan hajatnya tentang project yang dicadangkan. Maka, bermulalah detik ditembak...Aku pun tak ingat betapa syahdunya Juwe ditembak. Kalau budak Fizik, mesti faham sikap Prof Noh yang suka berterus terang dan menyindir dengan tajam. Pernah satu ketika, rakan kami dinasihatkan agar berhenti dari pengajian akibat tidak tahu suhu minimum peti ais. Merah padam muka kawan tu...

Habis je Juwe, aku pun memulakan topik. Aku menceritakan yang aku ingin membuat projek berkenaan dengan kegravitian. Satu soalan mudah dari Prof Noh.

PN: Berapa nilai graviti?
Aku: 9.81 prof.
PN: 9.81 tu di Geneva. Nilai graviti tidak sama mengikut tempat. Jika anda hanya mengetahui nilai graviti di Geneva hanya berdasarkan pembacaan yang sedikit, saya rasa baik anda menukar tajuk.

Terkedu aku. Aku setuju yang kami tidak membuat homework pun tentang tajuk yang dipilih. Kami cuma ingin guide la kononnya bagaimana untuk memulakan project ini, apa yang perlu dibaca, apa objektif khusus project, apa hasil yang dijangka, perlukah perbincangan bersama jabatan mineral dan banyak lagi....

Semangat kami jadi punah. Malu pun ada jugak. Silap sendiri. Akhirnya, aku mengambil Prof Fauziah Aziz sebagai supervisor. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat A- dalam project ini hasil daripada tunjuk ajar beliau serta kawan-kawan.

Sesungguhnya, pengalaman berjumpa Prof Noh merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Ia membuatkan semangat untuk berusaha semakin tinggi hanya untuk membuktikan yang tanggapan Prof Noh salah. Apa pun, Prof Noh, Prof Fauziah dan kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Nota Kaki:Untuk membuat sesuatu, perlu ada ilmu.

Monday, September 28, 2009

Sekolah

First day masuk keje ni cukup memboringkan. Masa cuti, semua ok. Tak pulak risau dengan macam-macam kerja yang perlu dihantar. Masa nak pergi sekolah pulak, cuaca sangat menggalakkan untuk tidur. Hujan renyai-renyai. Dugaan...

Apabila sampai di sekolah sahaja, sel-sel otak dalam kepala seakan-akan mula befungsi membayangkan apa yang perlu dihantar pada hari ini.Keadaan yang pada mulanya cukup memboringkan (secara jujur, bukan boring tetapi malas...), bertukar sekelip mata. Segalanya berpunca dengan kesibukan menyiapkan kerja.

Saturday, September 26, 2009

Kak Nita

Hari ini kami ( aku dan isteri) pergi ke Hospital Melaka. Tujuannya hanya untuk menziarahi sahabat lama yang telah dimasukkan ke sini akibat penyakit kencing manis. Sayu hati apabila mendapat sms daripada Rujita (sorang lagi sahabat tempat kerja lama) menceritakan penderitaan Kak Nita yang sudah terlantar di ICU.

Actually, berita ini aku terima pada bulan lepas. Tapi bulan lepas aku terlampau sibuk menguruskan isteri yang baru menjalani pembedahan, akhirnya kami meneruskan niat kami pada hari ini. Setelah sampai di Hospital Melaka, kami sibuk mencari hingga akhirnya kami meminta bantuan seorang petugas di bahagian pendaftaran. Akhirnya, hajat kami tidak kesampaian kerana Kak Nita telah dibenarkan pulang ke rumah.

Walaubagaimanapun, kami ingin mendoakan agar Kak Nita sembuh daripada penyakit yang dihidapinya. Bersabarlah, ia hanya dugaan daripada Yang Esa.Ia terbukti dengan janjiNya pada surah Al Baqarah, ayat 285

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

"Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kau sembuhkanlah penyakit sahabat kami ini, Nita binti Talib,
Janganlah Kau tinggalkan saki baki penyakit beliau ini,
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepadanya,
Agar beliau dapat mendidik anak-anak muridnya,
berjaya di dunia dan di akhirat.
Amin."

Thursday, September 24, 2009

Kelemahan Hari Raya

Sebenarnya, tahuk di atas perlu diperbetulkan.Bukan kelemahan hari raya tetapi kelemahan kita semasa hari raya. Ia di petik dari website Ustaz Zaharuddin . Semoga dapat dijadikan panduan khususnya pada diri sendiri yang banyak kelemahan ini.

Secara ringkas, saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat
Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Semoga ianya dapat dihindarkan dan dijauhkan sama sekali oleh kita.Amin...

Wednesday, September 23, 2009

Jiran

Kami tinggal di kawasan rumah teres 2 tingkat. Mesti ada 2 jiran. Satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Alhamdulillah, kami mendapat 2 jiran yang baik. Satu berbangsa Cina manakala satu lagi berbangsa Melayu.



Jiran yang berbangsa Melayu tinggal di sebelah kanan. Namanya Encik Amir. Seorang pensyarah Universiti Teknikal Malaysia (Utem). Orangnya tidak banyak bercakap tetapi baik orangnya. Walaupun kami tinggal bersebelahan, berkongsi dinding namun kami jarang berjumpa. Ini kerana waktu abis keje antara kami berdua pun berbeza. Kebiasaannya, kami akan berbual apabila terserempak jika ingin keluar rumah.



Pada aku, situasi begini agak baik kerana kadang-kala, jika perhubungan terlalu rapat, ia akan menyebabkan mudah terkecil hati.



Jiran sebelah kiri pula bernama Molly. Agak peramah. Aku sering lama duduk di dalam kereta apabila Pn Molly terjumpa dengan isteri aku kerana banyak cerita yang ingin diceritakan. Pn. Molly seorang jiran yang sangat caring. Beliau selalu memberi ole-ole kepada kami. Semasa isteri aku akit perut, beliau datang bersama-sama dengan buah anggur serta pil sengseh. Semasa wife aku admitted di MMC, beliau bersama suami datang menjenguk bersama dengan buah tangan. Semasa hari raya, beliau memberi kami hamper dan yang paling penting, apa jua hal berkaitan dengan keselamatan rumah, beliau sering memberi info berguna kepada kami.



Aku tersangatlah bersyukur mendapat jiran yang baik seperti beliau. Bukan senang untuk mendapat jiran yang baik serta tiada perasaan hasad dengki seperti kedua-dua jiran ini.



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kekalkanlah hubungan baik kami sesama jiran.

Kau berikanlah rahmat dalam perhubungan kami ini.

Kau jauhkanlah kami daripada berselisih faham.

Amin, Ya Rabbal A'lamin..."

Tuesday, September 22, 2009

Agenda Utama

Tahun ini, kami beraya di rumah Batu Pahat pada Hari Raya Pertama dan Kedua.Ramai adik - beradik berkumpul, bertukar-tukar cerita dan bertukar-tukar pendapat selain memohon ampun dan maaf.

Sudah menjadi kelaziman bagi keluarga kami, pada malam raya pertama, kami bergotong-royong menyediakan juadah serta mengadakan majlis tahlil anak beranak. Selepas tahlil, kami akan bermaaf-maafan sambil mengalunkan selawat beramai-ramai serta menjamu selera. Menu kegemaran kaum Banjar ialah ayam masak gaul. Yum yum yum...Tapi menu ini tidak begitu digemari oleh kebanyakkan menantu. Hem...sebab menu ini sebenarnya gabungan ayam rebus dicampurkan dengan susu cair dan digaulkan bersama timun yang dihiris nipis, hirisan bawang merah serta hirisan tomato.Oleh yang demikian, menu ini agak ganjil dan ia biasanya hanya menjadi kegemaran untuk orang yang berbangsa Banjar sahaja. Hehehe. Buat menantu, mereka lebih gemar makan menu biasa seperti rendang, nasi himpit, ketupat serta ayam masak merah.
Semoga budaya bertahlil ini akan menjadi acara tradisi setiap tahun...

Pada hari raya kedua, ramai orang pergi menziarahi sanak-saudara. Namun, bagi keluarga kami, kami akan bergotong-royong membuat suatu kerja yang hanya boleh dilakukan jika ada ramai orang sahaja. Em, inilah masanya. Selepas sarapan ubi kayu rebus lawan dengan sambal tumis serta ikan kering...terliur rasanya...kami bergotong-royong membersihkan saki baki jambatan kayu di hadapan rumah yang telah usang. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang telah bertungkus lumus menyelesaikan tugasan dengan jayanya.

Thursday, September 17, 2009

Kereta Idaman

Suatu ketika dahulu, aku tak terfikir yang aku mampu membeli sebuah kereta yang aku idamkan. Ye la...Dahulu, pegi sekolah pun naik bas.Kalau lambat, kena berdiri sampai sekolah. Masa matrik, ramai orang yang pergi dihantar manakala balik dijemput. Tapi, aku masih lagi menaiki bas. Cuma masa belajar kat Ums je, apabila balik ke kampung, tak boleh naik bas. Gila hapa nak naik bas untuk merentas Laut China Selatan tu. So, terpaksalah aku menaiki kapal terbang tetapi diakhiri dengan menaiki bas untuk sampai ke kampung halaman.

Macam dah lari topik je. Sejak dua menjak ni, aku selalu lari daripada topik. Mungkin sebab semangat raya yang tinggal tidak berapa hari lagi. Mungkin juga disebabkan bulan bonus bagi umat Islam hampir sampai ke penghujung.Sebenarnya, aku ingin menceritakan kereta idaman aku dari kecil hingga sekarang. Tapi, pada aku, idaman mesti realistik.Janganlah idamkan yang di luar daya akal fikiran kita yang normal ni.

Kereta idaman semasa kanak-kanak


Kreta masa kartun transformer...waktu ni fikiran belum realistik kot...

Kereta Idaman semasa sekolah rendah


Kereta Idaman semasa sekolah menengah


Dah mula minat 4X4 kononnya...

Kereta Idaman semasa Kat UMS

Yang ni aku konpius gila....apasal aku cuma idamkan Wira aje..Mungkin semangat cinta akan negara ...hahhaha

Kini dan ini bukan idaman...ini ialah kenyataan

Alhamdulillah...Ini aje yang mampu ..

Tapi sebenarnya, jika kita impikan sebuah kereta tu, apabila kita dah menggunakannya, kita akan mengimpikan kete yang lain pula. So, tak yah la nak membazir. Kete semuanya sama je. Bezanya, lambat ngan cepat je....

Tuesday, September 15, 2009

Balik Kampung...

Kadang kala, semangat raya meruntuhkan amalan bertolak ansur suami isteri. Ada yang gaduh-gaduh apabila memilih tempat mana yang dipilih untuk balik raya. Alhamdulillah, pengalaman kami suami isteri tidak begitu.

Alhamdulillah, aku dikurniakan isteri yang memahami. Harap-harap sifat 'understanding' ini berterusan sehingga bila-bila. Pada tahun ini, untuk puasa terakhir, raya pertama dan raya kedua adalah di Batu Pahat. Kami mengamalkan sistem giliran tetapi semuanya juga bergantung kepada keadaan. Kadang-kala, kita tidak perlu terlalu mengikut dengan sistem seperti ini. Sistem yang dibuat oleh mansia penuh dengan kelemahan. Allah jua yang maha kuasa dan maha mengetahui.

Pada hari raya ketiga dan keempat, kami akan berada di melaka atau dengan lebih tepat lagi, di rumah mertua. Begitulah keadaannya bertukar-tukar setiap tahun. Sikap tolak ansur ini akan membuatkan kasih sayang antara kami berdua subur dan makin subur.

Bak kata ustaz masa kursus kahwain dulu, "Apabila kita berkahwin, kita berkahwin dengan keseluruhan familinya sekali. Jadi, semuanya perlu diurus dengan sebijak-bijaknya, seadil-adilnya supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Selamat hari raya, maaf, zahir dan batin untuk semua.

Sunday, September 6, 2009

Semoga Berjaya

Kepada murid-murid aku, Selamat menjawab soalan peperiksaan, jangan cuai, jangan buang masa dan jangan terlalu yakin. Bagi yang beragama Islam, berdoa dan bertawakal lah...Semoga Allah memdahkan segala urusan kita. Amin...Untuk semua, semoga anda berjaya...

Friday, September 4, 2009

Kasihan Isteriku...

Akhir-akhir ni, aku tidak ada masa (ataupun mungkin aku buat keje lambat...hehhehe). Pag, bangun sahur,panaskan semula lauk-lauk buka kemudian masak bubur untuk isteri tercinta.Ia lah kan, selama ni, beliau je yang masak...Kesian, dah seminggu makan masakan aku yang tidak sedap...Sebelum ergi sekolah, aku akan menolong beliau untuk mandi.

Apabila ada masa lapang je (gap 2 masa), aku akan bergegas ke rumah untuk membantu isteri pergi ke tandas untuk membuang air besar. Badan beliau masih lemah dan masih belum boleh membongkok. Kemudian, bergegas semula ke sekolah. Terima kasih kepada pentadbir sekolah yang memberi kelonggaran kepada aku.

Apabila waktu balik sahaja, aku bergegas semula ke rumah, bantu beliau untuk ambil air sembahyang. Kemudian, pastikan beliau makan ubat, masak sayur, masak nasi dan mencari juadah pemanis mulut untuk berbuka puasa.

Ada lagi tugas sampingan. Basuh baju, kemudian sidai baju-baju itu di ampaian serta basuh pinggan yang telah digunakan.Emmmmm, baru aku sedar selama ini penatnya menjadi isteri...

Mungkin, inilah masanya untuk aku membalas jasa kepada beliau.

"Ya Allah, Kau sembuhkan penyakit isteriku ini. Janganlah kau tinggalkan saki baki penyakit beliau. Ya Allah yang Maha Berkuasa, Kau cepatkanlah sembuh luka-luka dalam perut beliau. Amin Ya Rabbal A' Lamin..."