Thursday, December 20, 2012

Kelas

2 hari yang meletihkan. Biasanya, menghadiri majlis ilmu memang begitu lebih-lebih lagi untuk pelajar tua.Alhamdulillah, kelas menghampiri ke penghujung. Semoga selamat sampai ke rumahku syurgaku.

Tuesday, December 18, 2012

Ketua

Biasanya, ketua merupakan orang yang berkuasa di satu tempat. Anak buah akan membuat apa yang dikehendaki oleh ketua mereka. Ada yang melakukan kerja biasa-biasa namun ada juga yang melakukan kerja dengan harapan segala kerja yang dilakukan diketahui oleh ketuanya. Manusia memang begitu.Mudah lupa bahawa segala yang dilakukan bukan hanya dinilai oleh ketua. Ia juga dinilai oleh pencipta.

Monday, December 17, 2012

Melentur buluh

Kanak-kanak perangainya berbeza-beza. Ada yang terlalu skema. A yang diajar, A jugalah yang dibuat. Tidak ada penambahan. Sama sahaja. Bagi kanak-kanak begini, ada baik dan ada buruknya juga. Mungkin murid begini kurang kreatif. Namun bagi kanak-kanak yang tidak "skema", ia tidaklah mesti kanak-kanak ini kreatif.Ada sebahagian yang begitu. Kreatif atau tidak, ia bukanlah menjadi masalah besar.

Namun, apa yang merisaukan adalah apabila ada segelintir kanak-kanak yang suka mereka-reka cerita.Sikap sedemikian apabila kerap dilakukan tanpa rasa bersalah oleh kanak-kanak itu sendiri, sikap sebegini akan jadi sebati dan mereka tidak akan merasa bersalah untuk mereka-reka apa jua cerita yang difikirkan. Akhirnya, sikap negatif ini akan bercambah dari hari ke hari dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung awal-awal lagi.

Tugas kita sebagai orang tua yang mengubah sikap sebegini. Jika orang tua buat "kisah tak kisah", maka sukarlah mengubatinya. Mudah-mudahan dijauhkan.

Friday, October 12, 2012

Mungkin pelik tapi ...

Mungkin pelik tetapi inilah kenyataan. Inilah yang dinamakan takdir. Bermula belajar di tingkatan empat dalam bidang sains tulen. Kemudian berjaya ditawarkan untuk mengikuti matikulasi Sains di salah sebuah universiti tempatan. Secara jujurnya, saya sudah jatuh cinta dengan dua bidang yang lain tetapi hasrat itu tidak kesampaian....Dua bidang itu ialah bidang perakaunan ataupun bidang bahasa.

Saya gagahkan juga untuk ke matrikulasi...Alhamdulillah, saya berjaya ke peringkat seterusnya. Kemudian, betapa Allah sayang akan hambaNya ini, saya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Dengan Elektronik.

Sempatlah menganggur seketika lalu diterima menjadi pensyarah di salah sebuah kolej swasta di Melaka.saya mengajar pelajar-pelajar yang mengikuti Sijil dan juga Diploma Kejuruteraan Elektronik.

Setelah setahun mengajar di sana, saya diterima mengajar di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor secara kontrak. Di sini, saya mengajar Fizik tingkatan 4 dan juga Bahasa Inggeris tingkatan 1. Jika ingin kekal di sana, saya perlu mengambil Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Kuala terengganu setiap kali cuti panjang. Entah! Hati saya tidak tergerak untuk mengisi borang untuk ke maktab walaupun sudah pergi untuk sesi temuduga oleh Jabatan Agama Johor di Pejabat Pendidikan Agama Muar.

Kemudian, saya "menemankan" kawan untuk mengisi borang KPLI secara sepenuh masa. Alhamdulillah,kami dipanggil untuk sesi temuduga dan seterusnya berkelana jugalah saya selama satu tahun di Maktab Perguruan Kuala Terengganu selama setahun. Pelikkan? Maktab yang sama dengan tawaran semasa di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor.

Dipendekkan cerita...Saya ditempatkan di slaah sebuah sekolah rendah di Johor Baharu dengan mengajar Sains , Pendidikan Jasmani serta Bahasa melayu.Disebabkan isteri saya tidak dapat berpindah kerana terikat dengan perjanjian dengan kerajaan, maka sukacitanya permohonan pindah saya ke negeri Melaka diterima.

Namun, saya ditempatkan di SJKC. Sejak Jun 2006,saya menjadi guru Bahasa Melayu tetap dan berpencen. Apabila difikirkan kembali, inilah cita-cita saya sebenarnya.

Insya-Allah,saya akan kongsikan sedikit-sebanyak pengalaman saya untuk mengajar Bahasa Melayu di sini....

Friday, January 13, 2012

gila kuasa ke kuli ke...

Inilah antara jawatan yang diamanahkan pada tahun ini:-

1) Guru jadual waktu

2) Ketua panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

3) S/U Latihan Dalam Perkhidmatan

4) Guru bilik televisyen/Media

5) Guru inventori

6) S/U kokurikulum merangkap s/u sukan

7) S/U Panitia Bahasa Melayu

8) AJK Panitia Pendidikan Seni dan Visual

9) Guru bertugas setiap hari Isnin

10) Penyelaras Ujian SEGAK

11) Penyelaras Peperiksaan Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

Beginilah nasib jika bekerja di sekolah yang bilangan gurunya tidak ramai. Sesungguhnya, pengalaman ini amat berharga dan tidak boleh dibeli di mana-mana...(berfikir positif)

Thursday, January 12, 2012

LINUS

Tadi, ada sorang fasi linus datang ke sekolah aku.

Bila aku turun office, maka terserempaklah aku dengan beliau.

Dalam hati, macam aku kenal je...

Tengok name tag, sah! Memang kenal...

Cuma dia je yang tak kenal ngan aku lagi...

Maklumlah, dah jadi orang jabatan...

Bro, kita pernah satu group masa ada course kat KL November 2010 dulu...

Waktu tu masih jadi cikgu biasa la....huhu...

Nasib baik tak sombong...Keep it up!

Tuesday, January 3, 2012

Ujian Pertama 2012

Ujian tahun ini dimulakan dengan usaha ke arah kesihatan.

Untuk berjumpa dengan "doktor" yang hebat sememangnya memerlukan pengorbanan. Menunggu dari pukul 10 malam hingga pukul 5.00 pagi hanya untuk mendapatkan nombor giliran merupakan satu dugaan yang dahsyat. Apa tidaknya, jarum jam seolah-olah tidak bergerak. 10 minit dirasakan seperti 1 jam. Aduhhh...Dugaan betul.

Ya Allah, permudahkan urusanku...