Friday, October 30, 2009

Niat

Apa jua perkara yang ingin dilakukan mesti dimulai dengan niat. Baru-baru ini,isteri bertanya sama ada aku ingin menyambung pelajaran atau tidak?Ye la, memandang ramai kawan-kawan sudah mahu meninggalkan tanah air tercinta. Ada juga juga yang membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di dalam negara memandangkan telah banyak IPTA-IPTA buat masa kini.

Menuntut ilmu wajib atas tiap-tiap orang Islam. Namun, dalam keadaan sekarang, [pekerjaan sekarang juga keluarga], niat untuk menyambung pelajaran memanglah ada namun untuk menyambung secara sendirian, mungkin ianya tidak akan menjadi kenyataan. Banyak kekangan yang harus difikirkan.

Tetapi niat yang ada bukanlah untuk meneruskan bidang Fizik seperti ijazah pertama dahulu. Fokus kali ini mungkin lebih terarah kepada pendidikan.Sekarang pun, aku sudah mula memikirkan apakah tajuk yang sesuai andainya aku terpilih, bertanya-tanya kepada orang yang lebih berpengalaman serta berdoa kepada yang Esa.Itu sahaja yang aku termampu.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah laluan kerjayaku, Kaulah yang maha berkuasa.Amin".

Tuesday, October 27, 2009

Pertemuan

Minggu lepas, semasa berada di kampung, Kak Jang ada memberitahu yang dua pupu saya, Pn X mengajar di sekolah yang terlalu hampir dengan sekolah saya. Jaraknya lebih kurang 2 km sahaja. Walaupun sudah 2 tahun beliau di sana, perkara sebegini tidak pernah terlintas difikiran.

Untuk mendapat kepastian, saya bertanya dengan menghantar SMS kepada seorang kawan yang mengajar di sekolah yang sama. Balasan dari kawan td, "Ya, ada".Keesokkan harinya, Pn x memberi SMS kepada saya. Lebih kurang begini SMSnya,"salam dari Bukit Cina. Seronok dapat berkenalan dengan saudara mara lebih-lebih lagi berada jauh dengan keluarga"...Rupa-rupanya, kawan semalam memaklumkan pertanyaan saya kepada Pn X. Kami ada juga hajat untuk berjumpa selepas ini. Biasalah, sudah jauh ni, saudara la tempat berbual-bual berbinang masalah-masalah dunia..

Hari ini, semasa kursus penambahbaikan LDP, aku duduk di sebelah Cikgu Y,dari SK Bukit Cina. Beliau bukan S/U LDP tetapi hanyalah pengganti. Apabila sudah berbual-bual dan sudah mesra, rupa-rupanya beliau merupakan suami kepada Pn X. MasyaAllah, walaupun jarak tempat kerja saya dan beliau hanyalah 2 km, tetapi kami berkenalan sejauh 40km dari tempat kerja. Lokasinya di Kolej Komuniti Masjid Tanah.Indahnya kuasa Allah memakbulkan hajat kami untuk mula mengeratkan silaturrahim...

Thursday, October 22, 2009

Terkejut besar mula-mula baca tajuk Utusan Malaysia hari ni-"Minyak Petrol RM300 seliter". Ingatkan betul-betul.Rupa-rupanya, segala berbalik pada pegangan agama. Jika semua orang memegang agama sebagai landasan,semestinya perkara sebegini tidak akan berlaku. Negara akan aman. Ekonomi akan pulih dengan lebih cepat. Kemiskinan akan berkurang.[analisa orang biasa].Segalanya akan menjadi lebih baik.

Perkara begini membuatkan aku tersenyum sendiri. Mana mungkin harga minyak yang RM2.05 seliter [sekarang] di jadikan RM300 seliter. Mungkin juga, segalanya berbalik pada sikap tamak. Inilah sikap manusia akhir zaman agaknya. Harap-harap, aku tidak begitu. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifat-sifat mungkar sebegini.

Tuesday, October 20, 2009

Ketinggalan

"Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit isteriku,
Agar beliau dapat menjalankan segala tanggungjawabnya sebagai guru
guru yang sangat-sangat bertanggungjawab
Agar anak-anak muridnya tidak ketinggalan...
Amin..."
Ketinggalan...inilah yang diucapkan oleh isteriku tatkala berada dalam Kaunter Kecemasan Mahkota Medical Centre walaupun suh badannya mencecah 39.6 darjah celsius.
Semasa menanti jururawat sibuk melakukan pemeriksaan darah, X Ray dan sesi berjumpa doktor sebelum di hantar ke wad dan diberi antibiotik serta merta, banyak pesanan yang dipesan.
Maklumlah, segalanya tidak dirancang. Mulanya, hanya untuk ke klinik biasa. Namun, setelah suhu semakin meningkat sehingga hampir pitam, inilah destinasi yang paling tepat...cepat...
Pesanan beliau,
"Yang jangan lupa bawakan telekung renda kuning, pakaian, kain batik, baju panas, minyak panas dan charger". Jangan lupa tolong beritahu GB esok saya tak dapat datang." Macam manalah budak-budak saya. Exam dah dekat. Kalau saya tak ada, agak-agak dia orang buat ulangkaji tak yang?..."
Maklumlah, ajar darjah 1 memang ulangkaji biasanya terarah pada guru yang mengajar. Sebab itu biasanya guru darjah satu merupakan guru wanita. penyayang dan penyabar...sentiasa peka pada masalah ...
Em, dah sakit-sakit pun masih ingat tentang orang...itulah Cikgu Kartini.
Doaku,"Semoga Allah mudahkan kerja kita. Amin".

Monday, October 12, 2009

Peringatan

Khamis minggu lepas, seperti biasa bersolat zuhur di Masjid Al Azim. Apabila sudah terlewat, mesti sukar mencari parking. Akhirnya, terpaksalah aku parking di tempat yang agak jauh dari pintu masuk. Kebetulan, pintu yang terdekat mempunyai beberapa pili paip yang sedia untuk digunakan khusus untuk membasuh kaki mahupun mengambil air sembahyang tetapi tiada berbumbung.

Disebabkan tempat mengambil wuduk utama agak jauh, aku membuat keputusan untuk mengambil wuduk di pili yang disediakan ini sahaja. Disebabkan cuaca yang panas terik, akhirnya aku terpaksa membatalakan untuk mengambil wuduk di situ kerana air yang keluar daripada paip ini terlalu panas. Macam mana nak mencurahkan air yang panas ini ke muka??? Mau melecur dibuatnya...

Akhirnya, terpaksalah mengambil wuduk di tempat wuduk utama walaupun memerlukan perjalanan yang agak jauh...

Hari ini, walaupun cuaca agak panas, air paip yang digunakan untuk mengambil wuduk tidak terasa pun kepanasannya.

Pengajaran: Air yang panas sedikit sahaja pun, kita tidak boleh tahan darjah kepanasannya...Inikan pula kepanasan api neraka. Oleh itu, adakah kita masih lagi berani untuk melakukan perkara-perkara mungkar di muka bumi ciptaanNya? Peringatan hari ini Allah tujukan kepada aku dan ianya boleh dikongsi bersama.Semoga kita mengambil iktibar dari sedikit peringatan tadi...

Friday, October 9, 2009

Kita masih istimewa dan bernilai..

Seorang pensyarah berdiri di hadapan kelas. Beliau mengeluarkan sekeping wang kertas bernilai RM50. Kemudian dia bertanya kepada pelajar-pelajarnya.

"Siapa mahu wang ini?"

Kesemua pelajar mengangkat tangan.

"Saya akan beri wang ini kepada salah seorang daripada kamu tapi biar saya buat begini dulu kepada wang kertas ini".

Pensyarah itu lalu merenyukkan dan menggumpal wang kertas tersebut.

"Sekarang siapa yang masih mahu wang kertas ini?" tanya pensyarah itu kepada pelajar-pelajarnya.

Masih ada yang mengangkat tangan. Bukan senang nak dapat RM50 secara percuma. Kemudian pensyarah tersebut menjatuhkan wang kertas yang bergumpal itu ke lantai lalu memijak dengan kasut. Wang kertas itu sekarang menjadi lebih teruk keadaannya dari tadi, bergumpal dan kotor.

"Ada sesiapa yang masih mahukan wang kertas ini?"

Sungguh hairan, masih ada yang mengangkat tangan, bermakna masih ada yang mahukan wang kertas yang telah bergumpal dan kotor itu.

"Wahai pelajar-pelajarku, kamu telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai hari ini, lebih bernilai dari wang kertas ini. Tidak kira apa yang telah saya lakukan kepada wang kertas ini tapi kamu masih mahukannya kerana kamu tahu nilai wang kertas ini tidak berubah walaupun keadaannya sudah menjadi teruk begini. Nilainya tetap RM50".

Sesungguhnya dalam kehidupan kita samada kita sedar atau pun tidak, kita pernah mengalami kejatuhan, kerenyukan dan disalut oleh debu-debu kekotoran disebabkan kesilapan yang kita lakukan atau disebabkan persekitaran yang tidak begitu meransang kita ke arah positif. Keadaan ini boleh menyebabkan kita berputus asa dan merasakan diri kita tidak berguna.

Walau seteruk mana sekalipun keadaannya, kita mesti selalu ingat dan sedar bahawa kita masih bernilai dan nilai diri kita tidak pernah hilang. Bersihkan diri dari kekotoran, lurutkan diri dari segala renyukan dan gumpalan dan ingatlah kita masih bernilai kepada orang-orang yang kita sayang dan orang-orang yang menyayangi kita .

[sumber: amalan harian]

Thursday, October 8, 2009

Jamuan Makan

Malam semalam, sedang kami menonton televisyen, tiba-tiba telefon berbunyi.

Tini : Assalamualaikum.
Pemanggil: Waalaikumsalam. Tini, ni Abang Sarip. Kita orang nak datang umah kau malam esok.
Tini: Ok.
Pemanggil : Dalam pukul 9.00 kami sampai.

Kami pun berbincang. kata orang, Orang datang membawa rezeki. Memandangkan hari Rabu merupakan hari bekerja, maka kami tidak sempat menyediakan banyak makanan. sekadar mana yang terfikir saja. Saya terus menelefon abang Sate untuk memesan sedikit Sate Ayam. Setakat ni, sate ayam abang ni tidak mengecewakan.

Then, kami plan untuk masak sup ayam serta celur mi hun. So, ala-ala mi hun sup la...Tu je yang boleh sebab masa sangat limited.Nama pun plan,masa jemput Tini selepas balik sekolah tengah hari tadi, Tini mengajak aku ke Mydin untuk membeli 2 ekor ayam.

Tini: Jom g Mydin sekejap. Saya nak beli 2 ekor ayam, beberapa biji tomato, salad, timun dan kiub ayam. Saya nak buat nasi ayam...Malas nak bising-bising, kami pergi ke Jaya Jusco dan lepas tu terus ke Mydin.[Cepatnya berubah...]

Akhirnya, nasi ayam yang dibuat mendapat pujian...habis tanpa baki [ayamnya] manakala nasi hanya sedikit lebihan...
Nota: Kalau makan nasi lebih tu pun tak kenyang...

Semoga kedatangan anda semua dapat memeriahkan kehidupan kami serta menceriakan suasana di Bulan Syawal. Terima kasih kerana sudi hadir. Maaf jika ada kekurangan.

Friday, October 2, 2009

Istiqamah

Beli kereta, mesti yang berkualiti tetapi ia mesti mengikut kemampuan. Beli rumah, mesti yang sedap mata memandang tetapi juga perlu mengira kemampuan bayaran bulanan. Beli pakaian, kita juga biasanya memilih yang sedap mata memandang tetapi juga perlu mengikut keperluan serta kemampuan supaya tidak ter"over" budget. Seperti kata pepatah melayu, alah membeli,menang memakai.Namun, pepatah ini juga perlu dilihat. Ukur baju dibadan sendiri...

Ia normal. Namun, situasi di atas tidak lengkap jika kita tidak kaitkan dengan diri kita. Ini yang lebih penting. Setiap hari, aku berazam untuk menjadi seorang muslim yang baik. Berazam dan berazam. Dugaan??Mana ada perkara yang tidak ada dugaan dan cabaran. Hendak pergi kerja pun ada dugaan...liatnak bangun. Nak makan pun kadang-kala ada dugaan. Mulut pecah...(ulser mulut). Dan banyak lagi.

Namun, dugaan yang paling sukar ialah dugaan mendekatkan hati dan diri kita ke jalan Allah.Aku berazam untuk membaca Al Quran sekurang-kurangnya 2 helai setengah setiap hari, membaca Buku Hadis Fadailul Amal selepas solat magrib serta membaca tafsir Al Quran selepas solat Isya'. Aku juga berazam untuk solat selepas mendengar azan berkumandang. Aku juga berazam bersolat di masjid sekurang-kurangnya 2 waktu sehari. Berazam untuk bangun sepertiga malam..Bkan untuk menonton bla tetapi untuk mendekatkan diri pada yang Esa.Juga berazam untk menjadi muslim yang baik dengan amal maaruf dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

Ianya nampak mudah. Namun cabaran yang paling tinggi ialah sejauh mana amalan yang diazamkan ini di"istiqamah"kan???

"Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Tolonglah hambaMu ini. Aku insan yang lemah. Hanya Engkau yang berkuasa. Amin..."

Thursday, October 1, 2009

Empat Ringgit

Seperti biasa, solat Zuhur di Masjid Al A'zim. Selepas selesai solat, aku didatangi oleh seorang lelaki tua. Beliau menceritakan kisahnya. Beliau tinggal di Bukit Rambai Melaka. Beliau datang ke sini bersama rakannya. Rakannya telah meninggalkannya dan beliau tiada wang untuk balik ke rumah.

Otak aku ligat berfikir. Betul atau tidak apa yang telah diceritakan? Adakah ianya hanya alasan. Jika aku seperti beliau, mustahil untuk mengikut rakan ke suatu tempat tanpa membawa wang walau sedikit pun. Selepas itu, aku bertanya, berapa tambang untuk pulang ke Bukit Rambai? Beliau pantas menjawab, empat ringgit.

Aku pun memberi seperti yang dikehendaki. Dalam hatiku, nilai empat ringgit tidaklah begitu besar. Kita tidak akan jadi papa jika bersedekah dengan nilai yang kecil itu. Jika benar cerita pakcik ini, mungkin aku telah bersangka buruk terhadap beliau. Maafkan aku wahai pakcik Bukit Rambai.

Namun, jika nilai empat ringgit itu bukan untuk tambang yang diceritakan, aku halalkan. Pendapat aku, jika bukan untuk tambang, mungkin ianya untuk makan. Menolong orang di masa kesusahan adalah kewajipan kita.Aku juga pernah hidup susah. Aku bukan dilahirkan daripada keluarga kaya raya. Bapaku dan arwah ibuku merupakan penoreh getah yang membesarkan lapan orang anak.

Semoga pakcik ini selamat sampai ke rumahnya, InsyaAllah.