Apabila ada masa lapang je (gap 2 masa), aku akan bergegas ke rumah untuk membantu isteri pergi ke tandas untuk membuang air besar. Badan beliau masih lemah dan masih belum boleh membongkok. Kemudian, bergegas semula ke sekolah. Terima kasih kepada pentadbir sekolah yang memberi kelonggaran kepada aku.
Apabila waktu balik sahaja, aku bergegas semula ke rumah, bantu beliau untuk ambil air sembahyang. Kemudian, pastikan beliau makan ubat, masak sayur, masak nasi dan mencari juadah pemanis mulut untuk berbuka puasa.
Ada lagi tugas sampingan. Basuh baju, kemudian sidai baju-baju itu di ampaian serta basuh pinggan yang telah digunakan.Emmmmm, baru aku sedar selama ini penatnya menjadi isteri...
Mungkin, inilah masanya untuk aku membalas jasa kepada beliau.
"Ya Allah, Kau sembuhkan penyakit isteriku ini. Janganlah kau tinggalkan saki baki penyakit beliau. Ya Allah yang Maha Berkuasa, Kau cepatkanlah sembuh luka-luka dalam perut beliau. Amin Ya Rabbal A' Lamin..."
No comments:
Post a Comment