Friday, July 10, 2009

Bulan Penuh Ujian...

Sentiasa dan sentiasa berdoa,


" Ya Allah, Kau permudahkan segala kerja yang aku lakukan"


Mengapa? Salah satu senjata ataupun cara kita untuk menyelesaikan masalah ialah dengan berdoa kepadaNya selepas kita berusaha melaksanakan segala tugasan.


Pada bulan ini, Latihan Dalam Perkhidmatan Guru (LDP) diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 11 Julai dan 25 Julai. Sebagai oenyelaras untuk latihan ini, aku perlu mencari guru yang bermurah hati untuk membentang (kerana tiaada peruntukan untuk pembentang jemputan...Jadi,jika mencari pembentang dari luar, siapa yang akan membayar??), menyediakan proposal, menempah makanan, membuat pesanan tempatan (Local Order) serta menghantar laporan selepas LDP dijalankan.


Selain LDP, aku perlu melatih seorang murid ke pertandingan syarahan Piala Perpaduan( sudah berlangsung semalam...kalah...ada hikmahnya...jika menang, aku perlu melatihnya lagi untuk persediaan ke peringkat negeri...Thank You Allah).Aku juga perlu memilih 4 orang murid yang bijak Bahasa Malaysia untuk menyertai Pertandingan Pemahaman Piala Perpaduan.


Pada masa yang sama, aku juga sedang melatih 5 orang murid Tahun 4M dan 5 orang murid Tahun 4B untuk menyertai Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah pada 21 Julai 2009 ini.


Aku juga sedang melatih 5 orang murid Tahun 6K untuk menyertai Pertandingan Syarahan Peringkat Sekolah yang akan berlangsung ada 30 Julai 2009.

Pada 15 Julai ini juga. Ketua Pentaksir Kawasan akan datang untuk PLBS Bahasa Malaysia. Harap-harap semuanya berjalan lancar.


Ya Allah, Kau bantulah hambaMu yang lemah ini,
Kau tingkatkanlah kesabaranku,
Janganlah Kau beri aku ujian yang aku tak dapat menghadapinya kepadaku,
Kaulah yang berkuasa, Kaulah Maha Agung,
Kau perkenankanlah doa hambaMu yang lemah lagi hina ini,
Amin...

No comments: