Kadang kala kita alpa. Kadang kala kita lupa. Walaupun telah diingatkan berulang kali. Inilah namanya manusia. Setiap kali teringat mati, barulah terasa betapa kita mesti mensyukuri apa yang kita peroleh selama ini. Manakan tidak. Kita dapat hidup aman, makan cukup, pakai cukup malah kadang kala ianya amat berlebihan. Inilah Malaysia.
Negara yang amat bertuah kerana kita sentiasa diselamatkan olehNya ketika negara lain ditimpa musibah.[merujuk kepada negara-negara jiran].
”Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”Begitulah makna pada surah Ar Rahman yang diulang berulang-ulang olehNya sebanyak berbelas-belas kali.Jika kita fikirkan secara logik, mengapa berulang-ulang?? Itu tandanya Allah sentiasa meminta kita supaya sentiasa muhasabah diri serta mensyukuri atas nikmat yang diberi olehNya.Segalanya merupakan nikmat.
Dalam surah al Kahfi, ayat 7 juga ada menyatakan,
” Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah di antara yang terbaik perbuatannya”. Namun, pada akhir zaman ini, masih ramai manusia yang menunjukkan seolah-olah mereka akan kekal di dunia ini, tamak, membuat segala kemungkaran . Hakikatnya, ia hanyalah pinjaman. Akhirat jua yang kekal selama-lamanya.
Nota: Catatan pada hari ini bukanlah catatan kepada orang lain namun ia hanyalah catatan untuk peringatan diri sendiri. Apa yang kita ada? Semuanya bergantung atas kehendakNya. Lemahnya kita. Tanpa kehendakNya, nak makan pun tak boleh...
Bengkel Kuasai Penyuntingan (BM SPM)
4 months ago
2 comments:
Salam Cikgu Kamarul,
Memang nikmat Allah cukup banyak. Allah selalu mengingatkan kita tentang ini dalam ayat-ayatNya yang selalu kita baca. Teruskan mengkaji ayat-ayatNya. InsyaAllah Dia akan menunjukkan jalan kebenaran. Selamat hari raya aidil adha.
Insyaallah
Post a Comment