Thursday, July 30, 2009

Syukur

Syukur alhamdulillah...Pada hari semalam, aku mendapat sedikit penghargaan daripada Kementerian Pelajaran. Indahnya dan perasaan seronok dalam hati ini memang tidak dapat dinafikan. Itu baru penghargaan di dunia. Macam mana agaknya kalau kita mendapat penghargaan di akhirat nanti. Mesti jauh lebih indah pengalaman itu.

Honestly, aku tidak menyangka sama sekali. Pada pendapat aku, biarlah kita bekerja seikhlas yang mungkin, balasan akan kita terima di akhirat kelak. Sebab aku telah dididik semasa berada di MPKTBR dahulu, guru adalah segalanya...Mudarris,muallim dan muaddib. Terima kasih kepada semua kerana telah memberikan penghargaan ini.

Namun, dalam pada gembira, tidak aku nafikan ada 2 benda yang aku takut. Pertama, aku takut jika rakan-rakan sekerja yang merasakan mereka lebih layak menerimanya, menyalahkan aku. Secara jujurnya, sampai ke saat ini, aku masih tertanya-tanya...layakkah aku menerimanya. Percayalah, tidak pernah ada didetik ini untuk mempengaruhi pentadbir dalam pemilihan ini.Harap-harap, semua yang aku takutkan ini tidak berlaku.Kedua, aku takut juga akan wujud perasaan riyak, takbur dan bongkak. Nauzubillah.Minta Allah jauhkan perasaan ini ke atas aku.

Ya Allah, aku bersyukur kerana diberikan penghargaan ini,
Aku amat berterima kasih kepadaMu Ya Allah,
Kau jauhkan aku daripada sifat-sifat yang dicela,
Kau berilah aku semangat untuk menghadapi dugaan dan cabaran di alam pekerjaan,
Kau permudahkanlah aku dalam menjalankan kerja seharian,
Amin, Ya Rabbal A' Lamin...

No comments: