Tuesday, June 30, 2009

Harapan...

Hari ini, aku menghadiri mesyuarat pertandingan syarahan piala perpaduan peringkat kawasan Bukit Cina. Mesyuarat berjalan seperti yang dirancang. Namun sedikit kecewa dengan tarikh pertandingan. Pertandingan akan dijalankan pada 9 Julai 2009 (Khamis). Pada aku, ianya terlalu suntuk. Alasan yang diberikan, penganjur baharu dapat tahu pada minggu lepas. Ia tidak boleh diubah lagi kerana pertandingan peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 21 Julai hingga 23 Julai 2009. Aku takut murid aku, Ong Chong Seng tidak dapat menghafal syarahan yang telah diberi awal pagi tadi. Dia cuma ada masa 9 hari untuk menghafal,menggayakan serta mengucapkan dengan intonasi yang betul. Aku beri masa agar dia dapat menghafalnya dengan lancar selewat-lewatnya pada hari Jumaat. Ini kerana aku mula akan mengajar intonasi serta gaya pada Hari Sabtu ini. Semoga Ong Chong Seng bersungguh-sungguh menghafalnya.

Ya Allah, Kau bukakanlah hati muridku, Ong Chong Seng agar mudah mengingati syarahan yang aku berikan kepadanya. Kau naikkanlah semangatnya agar dia mahu belajar, mencuba dan mengimpikan kemenangan agar dia mencuba dengan bersungguh-sungguh. Amin...

No comments: