Sunday, August 30, 2009

Dugaan Ramadan

Sudah lama aku tak meng"update" blog ini. Sebabnya, aku tiada mood untuk meng"update"nya sebab terlalu risau. Apa yang aku risaukan? Ini yang aku katakan dugaan.

Dugaan pertama. Sudah tentulah murid-murid aku sebab mereka kelihatan belum sedar dan bersedia sepenuhnya walaupun UPSR sudah hampir tiba.Masih ada yang ponteng, masih ada yang membuang masa tidak tentu hala semasa guru tiada serta masih ada yang tertinggal buku semasa P&P dijalankan. Jika begini, adakah dikatakan mereka sudah bersedia? Adakah guru boleh melelapkan mata dengan lenanya? Sudah tentu jawapannya tidah.

Harapan aku agar mereka tidak membuang masa semasa waktu cuti ini. Seharusnya, waktu cuti selama satu minggu ini dijadikan masa yang amat berharga untuk mengulangkaji pelajaran dan menyangkal dakwaan aku sebelum ini.

Dugaan keduan. Berbalik pada rutin harian semasa cuti ini, aku sedih kerana walaupun kita sudah berpuasa selama 9 hari, namun aku belum dapat berbuka bersama abah di kampung. Mulanya, aku rancang untuk balik kampung selepas PTK pada hari Khamis. Namun, rancangan itu terpaksa ditunda ke tarikh yang lain kerana isteri tercinta terpaksa menjalani pembedahan appendiks ( aku pun tak tau betul ke tak ejaannya) pada hari Khamis. So, proses pemulihan selepas pembedahan sudah pasti mengambil masa.

Dugaan ketiga ialah agar aku dapat berkhidmat kepada isteriku semasa proses pemulihan ini dengan penuh sabar dan ikhlas. Aku sedar, ini hanya dugaan kecil daripadaNya.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau permudahkanlah segala kerjaku, Kau sembuhkanlah penyakit isteriku dengan cepat serta Kau mudahkanlah semua muridku agar dapat menjawab soalan Bahasa Malaysia semasa UPSR kelak khususnya dan menjawab soalan semua subjek dalam UPSR kelak amnya. Kau jadikanlah semua muridku murid yang cemerlang keputusan UPSRnya serta terpuji akhlaknya. Amin...

No comments: