Wednesday, July 21, 2010

MLM

Suatu ketika dahulu, saya di"add" di FB saya oleh seorang wanita yang saya kenali. Beliau merupakan rakan sekelas saya semasa saya berada di sekolah rendah. Ini bermakna saya sempat merasa pengalaman sekelas dengan beliau selama 6 tahun.

Saya tidak lagi sekelas dengan beliau selepas saya menjejakkkan kaki ke sekolah menengah. Berbalik pada cerita FB tadi. Saya tidak mengesyaki sesuatu. Pada pendapat saya, mungkin beliau ingin mengembalikan kenangan kami berkawan semasa di sekolah rendah itu. Saya mula berfikir agak jauh.Mungkin ia melampaui apa yang kita paut fikir.

Saya mula berfikir, sekiranya saya menjumpai kesemua 40 orang rakan di kelas saya semasa di sekolah rendah ini, maka apa salahnya untuk membuat satu program yang tujuannya dapat membantu kepada sekolah rendah saya...SK Seri Comel...[barangkali kerana ramai muridnya comel-comel belaka...].

Kami mula bertukar pendapat melalui status di FB saya. Beliau beriya-ia bertanya kepada saya tentang waktu saya pulang ke kampung...Beliau ingin berjumpa kami suami isteri. Saya tidak menghadapi masalah mengenai perjumpaan begini. Pada saya, perjumpaan seperti ini merupakan titik permulaan unuk kami merancang mencari kawan-kawan lama...

Tibalah waktu yang dirancang. Malangnya beliau datang bersama seorang kawan.Emmm...saya tidak kisah tetapi saya mulai curiga tentang tujuan beliau berjumpa saya...

Tibalah masanya...beliau berbual seperti biasa...Bertukar-tukar cerita...dan akhirnya beliau memperkenalkan kawan beliau ini...Sah! Rupa-rupanya, beliau ingin mengajak saya menyertai skim Multi Level Marketing ,MLM dari satu produk yang memang terkenal buat masa ini. Modalnya sangat banyak. Secara jujurnya,saya tidak mampu dan berani untuk menyertai aktiviti seperti ini. Saya meminta sedikit masa untuk berfikir....

Keesokkan harinya, beliau menghantar pesanan di FB saya...bertanya tentang keputusan saya.Saya hanya membalas ...

"Saya minta maaf. Saya tidak berminat untuk menyertai.Saya harap anda faham."

Semenjak hari itu, beliau tidak lagi memberi sebarang komen tentang apa yang saya tulis di FB. Saya tak tahu mengapa?mungkin sibuk, mungkin juga topik yang ditulis membosankan tetapi tidak mustahil ia berkaitan dengan keputusan saya yang lepas...

MLM...boleh merubah persepsi seorang kawan...Harap-harap, saya tidak begitu walaupun saya memangpun tidak aktif dalam apa jua MLM. Saya menyertai Zhulian,Cosway,Amway dan apa ntah lagi yang saya sendiri pun sudah lupa adalah kerana ingin menjaga hati seorang kawan.

Tetapi jika yuran untuk menyertainya sampai puluhan ribu, saya minta maaf...

2 comments:

cheekongsejuk said...

tu la realiti mlm.. pd pndapat anor mlm tu x salah pun. yg buat ia dipandang serong ialah org2 yg menjalankannya. masa anor & pahmi buat dulu kami mmg niat utk bjaya dgn bantu org lain. tp kbykkn salah anggap niat kami tu.. antara sebabnya tu la. ramai org yg menjalankannya mpy niat yg hanya ingin cpt kaya. kwn2 pun lari bila kami nk jumpa.. sedih kan.. kdg2 pelik jugak.. napa lari dpd kita. kami bkn memaksa sesiapa utk join atau beli produk.. industri mlm tu sendiri dh ada rekod/cara kendaliannya yg buat org takut. yg jd mangsa keadaan adalah org2 mcm kami ni. nasib kami ni x jatuh tersungkur..

Anonymous said...

Honestly, saya kurang berminat.Tp kadang-kadang, kalau kawan2 yg ajak, kami masuk je.Kalau beli pun lpas tu,just untuk kegunaan sendiri..contoh ubat gigi, multivitamin ke..sabun basuh ke...
tp kalau modal sampai puluh ribu,siap suggest buat loan bank rakyat segala...saya tak setuju...
pas tu, terus senyap je...
as a friend, saya rasa x perlu gitu kot...entah la anor...