Petang tadi, bergegas-gegas ke Tabung Haji untuk mendaftar. Jalan teramatlah sesak. Mungkin kerana jalan ini jugalah yang menghubungkan orang ramai untuk pergi ke Mahkota Parade, sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Melaka.Kalau tidak sabar, hati sudah berdetik-detik untuk membatalkan hasrah yang murni ini.
Apa tidaknya, niat untuk menyelesaikan rukun Islam yang kelima itu kan wajib bagi yang mampu. Jika kita mampu memakai kereta berpuluh ribu, mampu membeli rumah ratusan ribu, mampu melancong serta mendaki gunung yang tinggi-tinggi, mengapa tidak kita gunakan lebih kurang RM10 ribu untuk menunaikan kewajiban ini? Ada pula yang memberikan alasan belum mampu tetapi peliknya mampu untuk membeli 2 kotak rolkok setiap hari.Pelikkan?
Sampai sahaja di Tabung Haji, keadaan sangat selesa. Parking yang betul di hadapan pintu masuk Tabung Haji serta masa menunggu yang amat singkat. Setelah mendaftar, pegawai memaklumkan bahawa sekiranya saya mendaftar pada hari ini, saya akan dapat menunaikan rukun Islam yang kelima ini pada tahun 2030. Aduhai, lamanya lagi!Hajat di hati ingin menunaikan kewajiban ini sebelum umur 40 tahun...
Namun, masih ada talian hayat. Boleh membuat rayuan apabila wang dan ilmu sudah mencukupi. Jika tidak, alamatnya peluang menunaikan haji jatuh pada usia 52 tahun...Tuanya ketika itu. Sihat ke lagi pada usia itu?Bagaimana dengan mak mertua dan bapa mertua?Bagaimana pula dengan isteri?Adakah mereka juga berada dalam keadaan yang baik pada ketika itu?
"Ya Allah, Kau permudahkanlah niat kami ini, Kau mewahkanlah rezeki kami sekeluarga serta Kau berikanlah kesihatan yang super duper marvelous!!! Tidak sabar rasanya aku ingin memijak kaki di bumi Ambiak, bersolat betul-betul di hadapan kaabah, serta menjalankan ibadah haji di sana. Kaulah yang Maha Berkuasa.Kaulah yang maha pemurah.Perkenankanlah doa hambaMu yang lemah,hina lagi fakir ini."
Nota:Tahniah kepada pegawai yang menguruskan pendaftaran petang tadi. Sangat baik, sangat membantu serta sangat bersemangat walaupun dalam keadaan mengandung!Keep it up!
2 comments:
Niat yang baik insya allah akan dipermudahkan. 2030 tu hanyalah perancangan yang disusun oleh kita. Allah maha mendengar, mana tau Dia akan cepatkan hajat kita tu.
Kami ni tak ter pergi lagi ke TH tu. dari sehari ke sehari nak pergi. ada saja halangan. padahal x de la jauh mana dari tempat keje kami ni. bila a.bogus sebut 2030.. mmm.. kalau kita org terhegeh-hegeh lagi alamat lagi lambatlah.. entah panjang umur ke tidak gaknye..
Anor:Better daftar cepat2.At least, bila dah daftar feel ke mekah tu macam dah tertunai selangkah. Kami pun dah plan lama tapi asyik bertangguh aje.ari tu kawan pegi,tahun 2028. Semalam, dah 2030...
Post a Comment