Monday, February 22, 2010

Tua

Sekadar gambar hiasan

Telefon bimbit boleh diibaratkan seperti "buah hati". 5 tahun lepas, saya sangat beriya-iya untuk menggunakan telefon bimbit yang canggih dan lain dari yang lain. Sanggup bersusah payah pergi mencari dari Permas Jaya ke Bandaraya Johor Baharu untuk mencari "buah hati" baru meninggalkan "buah hati" lama yang telah rosak.

Hasilnya, saya membeli sebuah telefon bimbit jenama Samsung SGH -E640 [canggihlah kiranya ketika itu] yang berharga RM1XXX. [bukan rahsia tapi sudah lupa lebihnya berapa...dah tua...]. Gembira bukan kepalang ketika itu tapi saya pun tak tahu gembira kerana apa.

Hakikatnya, ianya hanya membazirkan wang sahaja kerana untuk orang biasa seperti saya, telefon bimbit hanya digunakan untuk bercakap melalui telefon dan menghantar pesanan ringkas. Bagi hal-hal lain seperti e-mail, mengambil gambar serta lain-lain hal boleh menggunakan alternatif lain.

Kini, keinginan saya tidak lagi sama seperti lima tahun lepas. Setelah "buah hati" yang agak mahal rosak setelah berjasa selama 5 tahun, saya hanya ingin mencari sebuah telefon bimbit yang sangat biasa.

Beginilah kata-kata saya kepada penjual telefon bimbit di Mahkota Parade ketika itu, "Saya ingin mencari sebuah telefon bimbit yang paling murah".Kemudian penjual itu mencadangkan saya sebuah telefon bimbit Nokia yang berharga RM1XX.

Kini, "buah hati" saya ini saya gunakan hanya untuk 4 keadaan:-
1.Untuk bercakap melalui telefon.
2. Untuk menghantar pesanan ringkas.
3. Sebagai alarm bangun pagi.
4. Peringatan untuk bacaan Al Quran dan terjemahan ayat.

Mengapa keinginan saya sudah berkurang? Mungkin saya sudah melewati usia muda...[malu nak mengaku tua...hehehe].

1 comment:

cheekongsejuk said...

dulu2 zaman remaja mungkin x byk berfikir panjang.. suka sesuatu yang lebih menarik..

baguslah keinginan dah berpada-pada. mungkin duit yang lebih tu boleh ditempatkan di tempat yang lebih baik.. mudah-mudahan..