Monday, July 26, 2010

Dilema

Bulan ini merupakan bulan dilema bagi saya. Mengapa? Kerana ia sedikit lari dari perancangan. Maklumlah, sedikit masa lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak...

Mulanya, bermula bulan lepas lagi, kawan saya semasa matrik malahan semasa berada di UMS, susah senang bersama,Cicun dan Apek menyatakan untuk hadir ke Family Day kilangnya di Melaka. Maka, beliau menyatakan keinginannya untuk tidur di teratak saya. Honestly, saya amat mengalu-alukan kehadiran beliau sekeluarga.

Tiba-tiba abang saya mewar-warkan hajat di FBnya untuk bergotong-royong di kampung pada tarikh yang sama. Emmm, saya merasa sedikit serba-salah kerana saya telah menyatakan persetujuan kepada 2 orang kawan saya ini.

Sudah menjadi kebiasaan ibu mertua saya pula mengadakan kenduri pada minggu akhir sebelum bulan Ramadhan. Oleh itu, mahu tidak mahu, suka tidak suka, saya juga perlu menghadirinya.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menyambut kehadiran sahabat saya pada minggu ini,31 Julai 2010, kemudian pergi ke kenduri doa selamat sebelum Ramadhan di rumah ibu mertua saya pada minggu hadapan. Saya akan pulang ke kampung pada hari keempat pada Bulan Ramadhan [minggu lagi satu]. So, kami boleh berbuka puasa bersama-sama serta pergi bersolat tarawikh bersama-sama di kampung.

Harap-harap, tindakan saya ini betul. Bukan kerana saya mengutamakan kawan-kawan tetapi saya menginginkan menyambut awal Ramadhan di kampung bersama bapa saya yang amat saya sayangi.

Harap-harap juga, kawan-kawan saya suka tidur di rumah saya. Saya amat menghargainya.

No comments: