Thursday, February 4, 2010

Ujian

Minggu ini merupakan ujian yang menimpa-nimpa ke atas saya. Saya percaya, ujian ini merupakan tanda sayang Allah kepada saya. Alhamdulillah.

Ujian pertama:
Entah mengapa, komputer riba saya dijangkiti virus trojan yang tidak boleh dipadam dengan menggunakan anti virus AVG. Berkali-kali keluar amaran ketika komputer riba ini digunakan. Apabila masuk ke link blog kawan-kawan, dengan sepantas kilat, ianya terhilang dengan sendirinya. Saya tak tahu dimana silapnya. Saya bukan orang yang celik IT. Bolehlah menggunakan pada kadar yang sederhana sahaja. Esok, saya akan menghantar komputer riba saya ini ke klinik...

Ujian Kedua:
Berlaku pada hari ini. Namun, saya hanya mengetahui hal ini secara tidak rasmi [melalui guru yang duduk di sebelah saya]. Ibu seorang murid tahun 4 ingin mengadu kepada Guru Besar atas denda yang saya kenakan ke atas anak beliau. Namun, hasrat beliau terpaksa ditangguhkan kerana guru besar sedang bercuti sehingga esok. Saya faham. Mungkin ini lumrah ataupun trend masa kini.

Mengapa saya berkata begitu? Semasa saya berada sebaya dengan umur murid saya ini, saya tidak berani untuk mengadu lebih-lebih lagi mengadu dengan arwah emak. Jika saya berani mengadu, arwah emak akan menambah lagi apa yang diberi oleh cikgu tadi.

Alasannya mudah! Tidak ada seorang guru pun di dunia ini ingin melihat anak muridnya gagal. Gurulah mualim, muaddib dan mudarris. Kedudukan guru amat tinggi pada zaman saya bersekolah dahulu. [mungkin lebih tinggi daripada PTD...pegawai tadbir dan diplomatik. Hehehehe].

Berbalik pada cerita saya tadi, anak beliau sering tidak menyiapkan kerja rumah. Saya akan rotan sekali di tapak tangan. [Denda biasa yang masih wujud di sekolah cina]. Apabila diminta untuk menyalin daripada buku kawan pun, dia tidak menyiapkan kerja yang diberi. Jadi, saya masukkanlah gear dua untuk hal ini. Inilah hasilnya...Saya pasrah tetapi saya redha!!

Ujian tiga:
Petang tadi, Atam membuat panggilan telefon ke atas saya. Pelik jugak. Rupa-rupanya hendak mengadu tentang hal sempadan tanah. Meminta saya memarahi orang ini, jangan mendengar kata - kata daripada adik beradik , walhal kata-kata darpada bapa saya. Jika ingin berbincang, beliau meminta saya berbincang tersu kepada beliau. Emmm...saya tak tinggal pun di kampung namun, disebabkan saya merupakan waris atas pusaka arwah emak. Jika saya mengambil acuh tak acuh, ini bermakna saya tidak menjaga amanah dengan baik.

Yang lain, saya tidaklah ambil kisah tetapi apabila meminta saya agar tidak meminta nasihat daripada bapa saya...saya rasa itu sudah agak keterlalun!!!

Inilah jawapan akhir saya...

"Atam, saya tak duduk di kampung. Saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Beginilah, bila saya balik kampung, saya akan tengk macam mana...

Atam pun berkata itu dan ini sehingga menggugat kesabaran saya..[kesabaran orang biasa-biasa]...Ya Allah, ampunkanlah aku...

Akhirnya, saya malas nak melayan lagi. Kemudian ayatini terkeluar daripada mulut saya..
" Beginilah...Kalau susah sangat, nanti saya akan upah juruukur supaya dapat memberikan sempadan yang tepat dan kemudian, kita ikut sempadan yang di beri..."

Ya Allah, bantulah hambaMu. Aku manusia kecil. Aku manusia lemah. Aku percaya, di sebalik ujian ni, ia merupakan ingatan kecil agar aku sentiasa mengingatiMu. Bantulah aku. Tolonglah aku. Perkenankanlah.."

1 comment:

cheekongsejuk said...

cadangan dari anor:

ujian 1: anor yg ada sikit2 ilmu komputer ni pun byk kali mengalami masalah yang sama. malas nak pening2 mintak kwn2 tolong format & skrg guna kapersky. alhamdulillah ok je.

ujian 2: maaf jika tanggapan anor menyinggung sesetengah pihak. guru2 zaman skrg dgn dulu mmg jauh beza. mungkin dari segi kesungguhan, keikhlasan dan ada juga yang berkira (RM). tapi anor pasti a.bogus masih lagi ada ciri2 guru2 yang anor boleh labelkan sebagai orang yang mulia. mak bapak juga satu hal.. kalau dah menyerahkan tanggungjawab anak kepada sekolah, tak payahlah sibuk2 masuk campur. kita mendenda bukan suka2 atau ikut perasaan. kita nak mengajar anak dia. yang akan jadi manusia pun nanti bukan orang lain, anak dia jugak. Mmmm.. entahlah.. Harap semua cikgu2 baru terutamanya banyak2 lah sabar dengan karenah anak2 didik dan jugak mak bapak yg mcm tak sekolah tu.. sabar ye a.bogus.. ni dugaan nak jadikan a.bogus seorang guru yang hebat.