Monday, March 29, 2010

Tensi

Hari ini antara hari yang amat memenatkan. Dari jam 7.00 pagi hinggalah jam 5.30 petang, ada sahaja yang perlu dilakukan...apa boleh buat,as a goverment servent, perkataan yang biasa kita baca ialah "saya yang menurut perintah".

Awal pagi hingga tengah hari, menghias bilik tv [dah nak masuk bulan 4, baharulah nak menghias bilik ni...kesiannya..] , masuk ke kelas seperti biasa kemudian menyediakan kerja yang murid-murid perlu lakukan sempena ketiadaan saya selama 3 hari di sekolah ini. Saya ditugaskan untuk membantu di Kejohanan Olahraga Kawasan. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, saya mesti meninggalkan murid-murid kesayangan saya selama 3 hari ini.

Petangnya pula, saya perlu ke SMK Cannossa Convent untuk mendengar taklimat tentang kejohanan esok. Yang kesiannya ialah isteri saya. Beliau terpaksa menunggu sehingga jam 5.00 petang kerana beliau belum mempunyai keyakinan diri untuk memandu kereta. Kesiannya...

Malam pulak, internet connection ada problem. Lepas godek-godek sikit, alhamdulillah. Ianya dapat berjalan dengan baik semula. [Kebetulan].

Semoga segalanya berjalan lancar...Aminnn...

1 comment:

cheekongsejuk said...

kdg kala tensi tu penting gak.. maybe lbh sesuai disebut cabaran. x tensi tu tanda org gila.. hehe.. bak kata dr fadhilah kamsah..