Friday, March 6, 2009

Marah sebab sayang...

Entry ini khas di tujukan kepada murid-murid 6K

Maafkan cikgu tentang apa yang terjadi hari ini...Percayalah,tindakan cikgu bersebab...Cikgu tidak mahu anda menyesal semasa hari mendapat keputusan UPSR nanti.
Memang sebagai seorang cikgu, tidak ada cikgu yang gembira bila anak didiknya melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya...Cuai dan tidak berusaha sedaya upaya...Bukan pertama kali tetapi kesilapan seperti ini telah anda lakukan semenjak di tahun 4 lagi.Sekarang, anda sudah berada di tahun 6.Ini lah masanya untuk anda membuktikan kepada semua yang anda tidak seperti apa yang orang lain katakan.

walaupun majoriti daripada anda bukan sebangsa dengan cikgu, soal ilmu, cikgu ketepikan semua itu...Tidak ada perbezaan dari segi layanan mahupun pengajaran.Tanggungjawab cikgu tidak mengenal bangsa...
Jadikanlah nasihat cikgu dan teguran cikgu ini sebagai turning point anda untuk lebih berusaha,lebih cermat semasa menjawab serta sentiasa serius semasa cikgu sedang mengajar...

Percayalah...Cikgu tidak mahu duit kamu...Cikgu tidak mahu harta yang kamu ada...Walhal buku karangan kamu pun cikgu yang belikan....Apa yang cikgu inginkan,anda berjaya dan ceria semasa mendapat keputusan UPSR kelak.

Ayuh!!Berusahalah...Sesungguhnya,satu sahaja yang cikgu pinta daripada anda.Kejayaan daripada anda semua....I love to all of you...Believe me...

Di bawah ini adalah apa yang cikgu harap anda akan perolehi:-

Ada segulung ijazah


Ada sebuah rumah yang selesa


Ada sebuah kereta yang power...


Ada duit yang banyak...


Last but not least is you got a happy family...That's all!!

1 comment:

Anonymous said...

ups...sedihnya...cian cikgu....