Hari ni aku nak cerita tentang dugaan daripada Allah. Dulu,masa aku dapat result UPSR, aku x dapat masuk asrama. Waktu tu aku berangan2 juga nak dok asrama paling2 cikai pun masuk la asrama Rancangan Khas kat Sekolah Dato Bentara Luar. Tapi malangnya aku x dapat masuk pun. Ramai sedara mara aku tanya kenapa x dapat masuk walaupun aku rasakan keputusan aku amatlah layak ke sana berdasarkan keputusan aku yang boleh dikatakan membanggakan based on title sekolah luar bandar...orang kampung...aku kecewa gak masa tu...(jealous tengok dua tiga orang kawan dapat masuk asrama ....)
Masa Form 3, result PMR aku teruk walaupun aku stay kat Form 3A.Aku frust gila tapi bila di fikirkan,kenapa aku mesti frust sebab ia memang hak aku dapat keputusan macam tu based on usaha aku. Masa tu,ramai kawan2 aku dapat keputusan yang jauh lebih baik dan cemerlang berbanding aku.Jelous tengok berduyun2 kawan aku dapat masuk SBP. Aku???Stay kat sekolah lama la jawabnya...Bila cuti,seronok la tengok kawan2 yang dok SBP nie balik dari asrama dia orang,cerita itu ini pasal tempat belajar dia orang.Peh!!!Jealous siot...
Masa tingkatan 5 pulak, aku dimomokkan pasal matrikulasi. Timbul persoalan masa tu sama ada nak apply diploma ataupun nak masuk matrik je lepas SPM nanti.Tapi bila ditanya2 dengan abang aku, dia cadangkan aku masuk matrik. Actually, waktu tu aku x de harap sangat pun sebab aku sedar aku nie bukan pandai sangat(nada merendah diri)...Doa je banyak2 .....
Lepas SPM je, aku terus masuk keje kilang biskut. Bila tau je tarikh keputusan SPM nak keluar, waktu tu jugak la aku terus berhenti keje kilang. Seksa beb. aku amik la result...x la baik sangat tapi layak la apply kat memana...Lepas tu, aku dapat offer masuk form 6 kat SDBL.aku pun amik la.Keselamatan beb. Takut x dapat mana2.X kan nak keje kat kilang biskut balik...Lepas tu,aku ingat balik, dulu aku berangan nak sekolah kat sini...sekarang aku dah dapat pun...TU NAMANYA DOA AKU DIMAKBULKAN WALAUPUN LAMBAT....ALHAMDULILLAH...tapi aku masuk sekolah ni 1 bulan jek...
Sampai la pada satu hari,aku dapat satu sampul surat kecik...rupanya,surat tawaran masuk matrikulasi sains UMS. Aku tergezut gak...UMS???kat mana tu???ada ke ???rupanya UMS ni universiti baru...pada masa yang sama aku dapat jugak offer dari Mara,buat 2 tahun setengah kat sini, 3 tahun kat UK(University Of Swansea).Abang Ca kata UK ni lebih bagus.Aku buat la solat istiharah. Aku pun buat keputusan aku amik UMS.Arwah mak aku pun sokong aku sebab kos x banyak. Dia kata dapat naik kapal terbang jugak...aku faham maksudnya...kalau g UK pun, mula2 sapa yang nak tanggung...aku bukan orang senang. So,Akhirnya kena la buat matrik 2 tahun kat Sekolah Menengah Sains Muar...Sebuah sekolah asrama penuh....stay la kat sini selama 2 tahun....waktu ni la aku teringat, dulu aku berangan nak masuk SBP. aku dapat gak merasa walaupun aku masuk kat sini atas tiket matrik UMS.ALHAMDULILLAH, DOA AKU DIMAKBULKAN JUGAK...WALAUPUN LAMBAT....BESARNYA KUASA ALLAH MEMAKBULKAN DOA HAMBAMU YANG LEMAH INI...
Abis matrik aku masuk la UMS.Amik Fizik ngan elektronik...sampailah aku grad.ada la kenangan suka duka kat sini...Sekarang,aku berdoa agar aku nak apply sambung belajar sebab aku sedar, ilmu yang aku ada sekarang, ibarat bila kita celup tangan kat dalam air, air yang tinggal kat tangan tu je la ilmu yangkita ada...Fikir2 kan....
Bengkel Kuasai Penyuntingan (BM SPM)
4 months ago
2 comments:
Bogus,
Aku doakan kau berjaya sentiasa. Aku pun macam kau byk yg aku nak tak dapat. Tapi berkat doa arwah mak aku, Alhamdulillah semua aku dapat dengan usaha aku sendiri. W/pun ada orang cakap aku anak orang senang dan berpangkat tapi aku tau, kalau org tua aku tak senang dan berada pun aku rasa doa dan restu orang tua yg paling penting....
Selamat.
THAT'S TRUE GANG...
Post a Comment