Saturday, January 2, 2010

ASB...Harus atau haram??

Honestly aku bukanlah orang yang tepat untuk menjelaskan hukumnya. Article ni diperolehi dari Ustaz Zaharuddin untuk pengetahuan bersama

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :


"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".


Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :


1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.


a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie


2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram



Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.




Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.


Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.


PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sekian, Wassalam.

Friday, January 1, 2010

10 meninggal dunia...

Tengok tajuk di atas ni, memang la gerun..bukan apa, tapi amalan tak cukup lagik...takut la jugak...Tajuk kat atas ni sebenarnya ada kaitan dengan kemalangan bas baru-baru ini. Takziah kepada semua mangsa...

Actually, pada pendapat aku yang tak ada power ni,bukan masanya nak bertekak sapa salah tapi kita kena tanya apa punca UTAMA terjadinya hal sebegini. Memanglah segala yang berlaku adalah takdir Allah.

Tak perlulah LPKP nak salahkan itu, JKJR nak salahkan ini, pihak polis nak kata gitu, JPJ pulak kat ginii, ahli politik kata lain...Kita MESTI cari punca UTAMA terjadinya kemalangan sebab kita tak tahu, akan datang mungkin saudara kita ke,adik kita ke, abang kita ke...tak pun diri kita sendiri...[selisih malaikat 44...]. Hendaknya, jika Allah mengarahkan malaikat maut mencabut nyawa, biarlah dicabutnya semasa dalam keadaan yang tidak menyakitkan...

Ini pendapat aku yang tak ada apa-apa kepentingan ni...Pada aku, kemalangan sebegini terjadinya disebabkan oleh kurangnya KESEDARAN sivik dari pemandu.Aku tak cakap pemandu bas sahaja sebaliknya kebanyakkan pemandu walhal pemandu yang nerdpon ada yang memandu melebihi had laju...Hello...jalan raya bukan tempa nak tunjuk skill...nak tunjuk kete ...nak tunjuk apa nyah lagik...

Jom kita perincikan lagik...Kenapa orang berani pandu laju-laju??Satu persoalan yang menarik? Kenapa orang luar negeri (especially orang Singapore) dengan selamba je bagi high beam bila nak memotong kat highway PLUS yang dia orang guna tu?? Mesti ada sebab kenapa?Mana ada bila kita tanya kenapa tapi tak ada jawapan...

Ni jawapannya...aku rasa la...Orang berani langgar undang-undang jalan raya ni[especially pandu laju] sebab penguatkuasaan sangat lemah.[abang-abang penguatkuasa...jangan marah la].Kenapa aku cakap lemah? Sebab berapa banyak speed trap yang ada sepanjang highway PLUS tu setiap hari? Kalau ada pun, orang dah boleh agak kat mana sebab tempatnya biasanya sama je...Cubalah abang -abang JPJ dan abang-abang polis ni bekerjasama tempatkan dia orang ni kat setiap tempat..Contoh, kalau aku nak g jb...mula dari Ayer Keroh...tempatkanlah abang-abang polis ke JPJ ke at least kat mana mana dari Ayer Keroh ni sampai la kat exit Tangkak[2 exit]. Then, tempatkanlah lagik abang-abang polis and JPJ ni antara exit Tangkak sampai la exit Yong Peng selatan...dan begitulah sampala ke last exit...So, aku rasa orang bodoh je nak bawak laju-laju...mana tahan kalau dari Ayek keroh sampai ke Skudai bawa laju...last-last dapat 3 saman...Cadangan ni memanglah macam tak logik tapi aku rasa,kalau cadangan ni dilaksanakan selama setahun, aku rasa ianya dapat mengubah mentaliti pemandu...Sapa kata tak boleh...MBMB boleh je tempatkan kakitangan dia orang kat semua tempat..pantang parking je,terus datang nak saman kalau tak pakai kupon... Malaysia BOLEH!!!After one year...boleh la dikurangkan dari 2 exit tadi ke 3 exit...tapi tak payah la nak umumkan kat surat khabar...kat TV segala...

Berkenaan dengan pemandu luar[esspecially Singapore],buat la rules yang lain sikit...Ni cadangan aku, kalau kete yang bukan plat Malaysia atau yang tak ada mykad, kalau kena saman...bagi la lebih-lebih sikit.Contoh speed trap RM1000 dan perlu di bayar sebelum keluar dari negara kita.Jangan bagi peluang!!!

Kesimpulannya, jika cadangan keras aku ni diguna pakai, ia akan dapat mengurangkan kemalangan, mendidik pemandu supaya lebih berhemah , menambahkan pendapatan negara serta menjana ekonomi negara ke tahap yang lebih membanggakan...

Tak ada la kita nampak, kete Singapore ni bawak slow je macam siput kat tempat dia ...then,bila lepas je kat Tambak Johor...bawa laju tak mengingat...sebab apa??Dia orang kata kalau kena saman pun berapa sen sangat bila dah convert duit dia...lagi pun bukan kena bayar cepat pun...Kalau tak bayar, lama-lama boleh dapat diskaun...Panassss je hati bila dengar!!!

Thursday, December 31, 2009

Sowi...

Aktiviti hari ini sangat-sangat la membosankan...Selepas tidur seketika akibat menyaksikan kemenangan bergaya Arsenal pagi tadi, terus bergegas membuat kerja amal makruf nahi mungkar membersih cum mengemas kelas isteri kesayanganku.Aktiviti amal ini berlangsung sehingga jam 3.00 petang...[Ala-ala kerahan tenaga]...

Sedang asyik lunch [eh! iya ke lunch pukul 3.00 ], handphone berbunyi banyak kali. Bila tengok je, nombor yang keluar tu nombor rumah...Tension betul sebab sure alarm umah sedang berbunyi dengan banyak kalinya.

Actually, aku dah inform dekat company alarm ni tapi sampai sekarang x muncul-muncul lagi..Yang peliknya, alarm akan berbunyi berulang-ulang kali sekitar jam 3.00 hingga 4.00 petang sahaja...Waktu lain tak bunyik pon...Cuba kalau aku telefon cakap nak bagi duit ke...hadiah ke...sure berdesup datang...Lepas ni, aku dah tak nak cakap alarm ada problem. Aku akan cakap nak upgrade system alarm kat umah aku ni...kompom, dia orang datang as soon as posible...[Entah-entah, malam pun dia orang sanggup datang!!!]

Oleh yang demikian, besarlah harapan aku agar jiran-jiran aku mengamponkan dosa alarm aku yang berbunyi sebanyak beberapa kali sekitar jam 3.00 petang hingga 4.00 petang tadi yang menyebabkan anak-anak kecik menangis, bapak-bapak budak nak tidur pun tak dapat, ibu-ibu yang tak dapat meng'konsentret' sinetron indon...

So, to all my neighbours...SOWI ye...

Wednesday, December 30, 2009

1Malaysia..

1Malaysia versi Toyota, kete lambat datang didahulukan, kete aku dikebelakangkan..hampeh betul...Sengaja nak uji aku dengan menda-menda bodoh macam ni.Pressure betol...sakit hati bila tengok kete aku masih lagik tersangkut kat depan mata.Kete lain yang baru datang,terus dihantar ke bengkel kat belakang tu.

Bila ditanya, kejap bang.Kita tengah arrange ni. Kete dia orang pun actually park je kat belakang. Helloooo....Kalau kete dia orang, sekurang-kurangnya dah la jugak park dekat dengan mekanik yang nak buat servis tu...tuan punya kete tak la nampak kete dia lagik.tapi kete aku still kat tempat yang sama dimana aku park tadi.

Aku malas nak gadoh2...last2,aku jawab..suka hatilah...kalau nak park kat situ sampai pukul 11.00 pon tak apa....[Nota:sekarang baru pukul 9.55 pagi].Klaau ada la pusat servis kat area lain kat melaka ni, kompom aku dah bertukar....

Ya Allah, aku manusia lemah.Aku manusia hina. Aku manusia yang sebenarnya tahap kesabaran aku bukan tebal pon...sabar aku tipis je..ala ala nano...Kau permudahkanlah urusanku...Amin..

Monday, December 28, 2009

Warm Up...

Lama dah rasanya tak meng"update" blog ni. Semakin bercuti, semakin banyak aktiviti harian yang dijalankan...yang pastinya, segala aktiviti ini menyumbang kepada pengeluaran wang hatta ke tandas sekalipun...perlu juga dibayar...[sebab banyak masa kami tidak berada di rumah...jalan dan jalan dan jalan]

Mungkin, inilah masanya untuk menjana semangat serta mengembalikan tenaga-tenaga yang sudah hilang,membuang sisa-sisa malas yang ada.

Ada rakan yang bertanya tentang azam...Apa azam tahun baru...Pada tahun ini, azam yang paling utama ialah mendekatkan diri kepada pencipta...Jika azam ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, segala azam-azam yang berikutnya akan berjalan dengan lancar...InsyaAllah.

Friday, December 4, 2009

Interesting...

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

So,
H-A-R-D-W-O-R- K >> 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E>> 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

But,
A-T-T-I-T-U-D-E >> 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you.

L-O-V-E-O-F-G-O-D >> 12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore,
one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and
Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Have a nice day & may Allah bless us!!!

Thursday, December 3, 2009

Peringatan 2

Takziah kepada jiran yang kematian isteri beliau malam tadi. Semoga roh isteri beliau dtempatkan digolongan orang-orang yang solehah.Kematian sebenarnya satu peringatan straight to the point kepada kita yang masih hidup. Ia amat signifikan dengan amalan yang mesti kita kerjakan.

Biasanya, pada akhir zaman,kita sering terlupa lalu sentiasa memikirkan tentang kewangan. Walhal, disebalik kemewahan dan nikmat dunia, kita biasanya meminggirkan amalan-amalan sunat yang perlu di "top up" bagi menambahkan amalan kita seharian selain amalan-amalan wajib yang mesti kita kerjakan.

Semoga ia dapat dijadikan peringatan serta motivasi diri sendiri untuk menghampirkan diri kepada Allah sehampir yang boleh. Kurangkan tidur dan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Pastikan semua kerja yang kita lakukan dimulai dengan niat yang tulus suci murni...

Kita tidak tahu bila masa kita akan dijemputNya. Malam sihat, mungkin siang sudang tiada. Siapa tahu? Hanya Allah yang mengetahui...Wallahuaklam.