Monday, December 17, 2012

Melentur buluh

Kanak-kanak perangainya berbeza-beza. Ada yang terlalu skema. A yang diajar, A jugalah yang dibuat. Tidak ada penambahan. Sama sahaja. Bagi kanak-kanak begini, ada baik dan ada buruknya juga. Mungkin murid begini kurang kreatif. Namun bagi kanak-kanak yang tidak "skema", ia tidaklah mesti kanak-kanak ini kreatif.Ada sebahagian yang begitu. Kreatif atau tidak, ia bukanlah menjadi masalah besar.

Namun, apa yang merisaukan adalah apabila ada segelintir kanak-kanak yang suka mereka-reka cerita.Sikap sedemikian apabila kerap dilakukan tanpa rasa bersalah oleh kanak-kanak itu sendiri, sikap sebegini akan jadi sebati dan mereka tidak akan merasa bersalah untuk mereka-reka apa jua cerita yang difikirkan. Akhirnya, sikap negatif ini akan bercambah dari hari ke hari dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung awal-awal lagi.

Tugas kita sebagai orang tua yang mengubah sikap sebegini. Jika orang tua buat "kisah tak kisah", maka sukarlah mengubatinya. Mudah-mudahan dijauhkan.

No comments: