Mungkin pelik tetapi inilah kenyataan. Inilah yang dinamakan takdir. Bermula belajar di tingkatan empat dalam bidang sains tulen. Kemudian berjaya ditawarkan untuk mengikuti matikulasi Sains di salah sebuah universiti tempatan. Secara jujurnya, saya sudah jatuh cinta dengan dua bidang yang lain tetapi hasrat itu tidak kesampaian....Dua bidang itu ialah bidang perakaunan ataupun bidang bahasa.
Saya gagahkan juga untuk ke matrikulasi...Alhamdulillah, saya berjaya ke peringkat seterusnya. Kemudian, betapa Allah sayang akan hambaNya ini, saya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Dengan Elektronik.
Sempatlah menganggur seketika lalu diterima menjadi pensyarah di salah sebuah kolej swasta di Melaka.saya mengajar pelajar-pelajar yang mengikuti Sijil dan juga Diploma Kejuruteraan Elektronik.
Setelah setahun mengajar di sana, saya diterima mengajar di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor secara kontrak. Di sini, saya mengajar Fizik tingkatan 4 dan juga Bahasa Inggeris tingkatan 1. Jika ingin kekal di sana, saya perlu mengambil Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Kuala terengganu setiap kali cuti panjang. Entah! Hati saya tidak tergerak untuk mengisi borang untuk ke maktab walaupun sudah pergi untuk sesi temuduga oleh Jabatan Agama Johor di Pejabat Pendidikan Agama Muar.
Kemudian, saya "menemankan" kawan untuk mengisi borang KPLI secara sepenuh masa. Alhamdulillah,kami dipanggil untuk sesi temuduga dan seterusnya berkelana jugalah saya selama satu tahun di Maktab Perguruan Kuala Terengganu selama setahun. Pelikkan? Maktab yang sama dengan tawaran semasa di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor.
Dipendekkan cerita...Saya ditempatkan di slaah sebuah sekolah rendah di Johor Baharu dengan mengajar Sains , Pendidikan Jasmani serta Bahasa melayu.Disebabkan isteri saya tidak dapat berpindah kerana terikat dengan perjanjian dengan kerajaan, maka sukacitanya permohonan pindah saya ke negeri Melaka diterima.
Namun, saya ditempatkan di SJKC. Sejak Jun 2006,saya menjadi guru Bahasa Melayu tetap dan berpencen. Apabila difikirkan kembali, inilah cita-cita saya sebenarnya.
Insya-Allah,saya akan kongsikan sedikit-sebanyak pengalaman saya untuk mengajar Bahasa Melayu di sini....
Bengkel Kuasai Penyuntingan (BM SPM)
4 months ago
No comments:
Post a Comment