Actually, aku baru nak start buat projek nie...just untuk hobi...dulu masa kat smakj, budak2 aku ada buat projek ni...aku just guide je...tapi bila dah lama x buat, lupa plak...biasa la...ilmu kalau x amal pun sia2kan???x gitu....Ni ada la article nie aku cari kat internet untuk tatapan bersama...
PERALATAN HIDROPONIK
1) Takung Hidroponik
2) Penutup Takung (Polystreen)
4) Benang/Span
5) Baja Hidroponik
7) Biji Beni.....the most important...
PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK DAN CARA MENANAM
Langkah Pertama
Baja hidroponik yang dibekalkan dilarutkan mengikut arahan pada baja yang kita beli dan kacau hingga sebati.
Langkah Kedua
Ceduk larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dan campurkan kedalam takung hidroponik yang diisikan dengan air. Kacau hingga sebati. Dan tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
Langkah Ketiga
Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian .Juntaikan benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul supaya menjadi sumbu agar ia dapat menyerap larutan baja hidroponik. Masukkan yang telah diisikan dengan benang pada setiap lubang penutup takung hidroponik. Pada permulaan menanam, bahagian bawah bakul yang ada sumbu benang perlu direndam dalam larutan baja hidroponik untuk membasahi media tanaman.
Langkah Keempat
Masukkan 2 atau 3 biji benih sayur-sayuran diatas benang dalam bekas benang tadi. Pastikan biji benih basah supaya boleh bercambah.
*Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak ada percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.
Langkah Kelima
Letakkan set hidroponik ditempat yang mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang. Elakkan daripada hujan terus masuk kedalam takung hidroponik.
Selepas 3 minggu, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung. Oleh kerana jangkamasa matang berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takung. (Kangkong - 3 minggu / Sawi - 4 minggu / Cili - 2 1/2 bulan). Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.Setelah dipungut hasil, basuh semula takung, penutup dan bekas benang dan gantikan benang dan ulang langkah awal tadi untuk penanaman baru. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting, daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan kerdil dan lambat besar, daun kuning nipis dan tidak melengkung.
Harap-harap kita berjaya...Selamat mencuba...
Bengkel Kuasai Penyuntingan (BM SPM)
4 months ago
No comments:
Post a Comment