Semua budak UMS mesti kenal dengan Prof Noh ni. Nak-nak lagi budak Fizik. Nak dijadikan cerita, aku ngan Juwe
plan la nak jadikan Prof Noh sebagai
supervisor final year project.Maka, kami pun pergi ke Canselori untuk berbincang mengenai tajuk yang dipilih. Kami pergi dengan penuh semangat. Pukul 6.30 pagi lagi, kami sudah tercegat di hadapan bilik Prof Noh. Maklumlah, bukan senang untuk berjumpa dengan TNC Universiti (ketika itu..). Kini, beliau menjadi NC di Uitho, Parit Raja, Johor.
Maka, bermulalah detik yang ditunggu-tunggu. Juwe memulakan hajatnya tentang
project yang dicadangkan. Maka, bermulalah detik ditembak...Aku pun tak ingat betapa syahdunya Juwe ditembak. Kalau budak Fizik, mesti faham sikap Prof Noh yang suka berterus terang dan menyindir dengan tajam. Pernah satu ketika, rakan kami dinasihatkan agar berhenti dari pengajian akibat tidak tahu suhu minimum peti ais. Merah padam muka kawan tu...
Habis je Juwe, aku pun memulakan topik. Aku menceritakan yang aku ingin membuat projek berkenaan dengan kegravitian. Satu soalan mudah dari Prof Noh.
PN: Berapa nilai graviti?
Aku: 9.81 prof.
PN: 9.81 tu di Geneva. Nilai graviti tidak sama mengikut tempat. Jika anda hanya mengetahui nilai graviti di Geneva hanya berdasarkan pembacaan yang sedikit, saya rasa baik anda menukar tajuk.
Terkedu aku. Aku setuju yang kami tidak membuat
homework pun tentang tajuk yang dipilih. Kami cuma ingin
guide la kononnya bagaimana untuk memulakan
project ini, apa yang perlu dibaca, apa objektif khusus
project, apa hasil yang dijangka, perlukah perbincangan bersama jabatan mineral dan banyak lagi....
Semangat kami jadi punah. Malu pun ada jugak. Silap sendiri. Akhirnya, aku mengambil Prof Fauziah Aziz sebagai
supervisor. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat A- dalam
project ini hasil daripada tunjuk ajar beliau serta kawan-kawan.
Sesungguhnya, pengalaman berjumpa Prof Noh merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Ia membuatkan semangat untuk berusaha semakin tinggi hanya untuk membuktikan yang tanggapan Prof Noh salah. Apa pun, Prof Noh, Prof Fauziah dan kawan-kawan, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Nota Kaki:Untuk membuat sesuatu, perlu ada ilmu.