Saturday, March 14, 2015

Budaya Prof Kamil

Pada masa cuti ini, saya ingin mencuba beberapa perkara dengan tujuan penambahbaikan kepada bahan mengajar saya.

Antara perkara yang ingin dicuba ialah:-
i ) bangun awal pagi seawal 4.00 pagi.
ii) solat hajat 2 rakaat
iii) buat 1 bahan disiapkan dalam masa 1 jam
iv) bersiap untuk pergi bekerja
v) solat subuh berjemaah

Harap niat yang baik ini boleh dilakukan secara istiqamah. Moga Allah pernudahkan.

Tips selamat semasa taksir cukai sendiri

Lama rasanya tidak mengemaskini blog. Sibuk memanjang. Malam ini baru sahaja melengkapkan untuk isi borang cukai di sesawang LHDN.

Untuk memudahkan pengisian, perkara yang paling penting ialah kita menyimpan segala resit transaksi yang berkaitan.

Antara resit yang perlu disimpan:-
1. Penyata tahunan insurans.
2. Pembelian  alatan sukan.
3. Pembelian bahan bacaan kecuali surat khabar.
4. Medical check up
5. Pembelian komputer.

Ada lagi yang lain tetapi transaksi di atas merupakan transaksi yang kerap dilakukan.

Jangkamasa untuk mendapat semula pulangan semula lebihan cukai yang telah dibayar ialah dalam masa 14 hari bekerja dan dikreditkan terus di akaun yang telah diberi semasa pengisian borang.

Kini, saya sedang menghitung hari...

Saturday, January 3, 2015

tffd

Hhgg

Wednesday, May 15, 2013

menyepi

Lama menyepi sebab sebelum ni susah nak update guna hp. La ni boleh pulak. So, lepas ni,harapnya blog ni tak bersawang lagi la...

Thursday, December 20, 2012

Kelas

2 hari yang meletihkan. Biasanya, menghadiri majlis ilmu memang begitu lebih-lebih lagi untuk pelajar tua.Alhamdulillah, kelas menghampiri ke penghujung. Semoga selamat sampai ke rumahku syurgaku.

Tuesday, December 18, 2012

Ketua

Biasanya, ketua merupakan orang yang berkuasa di satu tempat. Anak buah akan membuat apa yang dikehendaki oleh ketua mereka. Ada yang melakukan kerja biasa-biasa namun ada juga yang melakukan kerja dengan harapan segala kerja yang dilakukan diketahui oleh ketuanya. Manusia memang begitu.Mudah lupa bahawa segala yang dilakukan bukan hanya dinilai oleh ketua. Ia juga dinilai oleh pencipta.

Monday, December 17, 2012

Melentur buluh

Kanak-kanak perangainya berbeza-beza. Ada yang terlalu skema. A yang diajar, A jugalah yang dibuat. Tidak ada penambahan. Sama sahaja. Bagi kanak-kanak begini, ada baik dan ada buruknya juga. Mungkin murid begini kurang kreatif. Namun bagi kanak-kanak yang tidak "skema", ia tidaklah mesti kanak-kanak ini kreatif.Ada sebahagian yang begitu. Kreatif atau tidak, ia bukanlah menjadi masalah besar.

Namun, apa yang merisaukan adalah apabila ada segelintir kanak-kanak yang suka mereka-reka cerita.Sikap sedemikian apabila kerap dilakukan tanpa rasa bersalah oleh kanak-kanak itu sendiri, sikap sebegini akan jadi sebati dan mereka tidak akan merasa bersalah untuk mereka-reka apa jua cerita yang difikirkan. Akhirnya, sikap negatif ini akan bercambah dari hari ke hari dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung awal-awal lagi.

Tugas kita sebagai orang tua yang mengubah sikap sebegini. Jika orang tua buat "kisah tak kisah", maka sukarlah mengubatinya. Mudah-mudahan dijauhkan.